Donation

April 27, 2010

.:: IkuT bArIsAn ::.

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi... "woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...
Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...
"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu.. "!..
Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe

April 24, 2010

.:: KaNiBaL LaGi ::.

kisah 3 pengembara tersesat dlm utan. tah caner trjumpa kg org kanibal plak. so, bermula la kisah tragedi ngeri ni...

kanibal:korg 3 org kalu nk idup, kna ikut arahan aku. pergi masuk balik utan, cari 1 buah setiap sorang.pastu dtg cni blik. CCPAAATTT!!!!!

pengembara-pngmbara tu pn tunggang lnggang msuk utan.

selang 5 mnit, pengembara 1 balik dgn buah rmbutan di tgn.

kanibal: bgus! skrg, sumbat lam idung! tp awas, trgelak skit pun, kpala ko kna penggal!

dgn trketar2, die mengikut arahan. dah sumbat rmbutan dlm idung, sah2 la geli.die pn tgelak la. ape lg, kanibal tu pn pncung kpala die.mlayang la nyawa die ke syurga.tp sblm die mati, die smpat nmpak pngembara 2 blik smbil bwak buah ceri. dlm ati die kate, "slamat la ko".

tp xlame stelah brada di syurga, ttiber je roh pngembara 2 mnjelma kat sana.

pengembara 1: la..! bkn ko bwk balik buah ceri ke tadi. xkan tgelak jgak kot?

pengembara 2: memang la aku bwk blik ceri. tp aku nampak member kite lg sorg tu bwk blik TEMBIKAI!

April 21, 2010

.:: isteri yg kuat bercakap dan cerewet ::.

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu... "

.:: Pisang Goreng ::.

Di sudut sebuah Kampung, terdapat seorang Tua yang tinggal seorang diri. Suatu hari dia teringin nak makan pisang goreng. Lalu bergerak lah dia ke dapur untuk mengoreng pisang. Setelah diselongkarnya segenap penjuru dapur tu, cuma minyak je yang dia ada. Pisang, tepung dan gula langsung takde. Maka terbantut la impiannya untuk memakan pisang goreng. Untuk melupakan keinginan memakan pisang goreng tu, dia pun membaca majalah mastika yang sudah 2 tahun terdapat di rumahnya. Sampai lah ke suatu artikel, "Perniaga Pisang Goreng yang Berjaya", dia teringat kembali tentang hasratnya ingin memakan Pisang Goreng. "Tak boleh jadi ni, aku nak juga makan pisang goreng" katanya dalam hati. Maka, dia pun menyeluk saku seluarnya untuk melihat berapa banyak duit yang ada untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak pisang goreng. Diseluknya poket kanan... kosong... Diseluknya poket kiri... . Pun kosong juga... Kesian dia... . Hancur lagi hasratnya untuk memakan pisang goreng.
Untuk mengubat hati yang luka, dia pun berjalanlah ke pekan. Sampai di satu kedai runcit dia pun bertanya kepada 'Taukeh' kedai tu.
"Taukeh, lu ada jual pisang tak?" Tanya orang tua tu.
"Ala, mau belapa kilo?" Jawab 'Taukeh' tu.
"Baguuuss... Tepung ada?" Tanya orang tua tu lagi tanpa menjawab soalan 'Taukeh' tu."
"Ala, lu mau belapa kilo?" Jawab 'Taukeh' tu lagi.
"Baguuuss... Gula ada?" Tanya orang tua sekali lagi tanpa menghiraukan pertanyaan 'Taukeh' tu.
'Taukeh tu pun jawab la lagi, "Ala, lu mau belapa kilo?"
"Baguuuss... " Balas orang tua tu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Orang tua tu pun masuk ke dalam kedai dan 'round' kat dalam kedai runcit tu.
Taukeh tu rasa pelik, orang tua ni betul ke tak betul? Napa tanya semua barang tu? Dia ni nak beli ke tak?
Lalu, 'Taukeh' tu pun tanyalah kat orang tua tu. "Halo Pakcik, macamana? Kenapa tanya itu barang?"
Pakcik tu pun menjawab, "Kalau ada barang tu semua, tunggu apa lagi? Masaklah Pisang Goreng, saya dah lapar ni"

Memang pandai la Orang tua tu. Tapi kita janganlah ikut cara dia ok? Nanti kita yang jadi goreng pisang

.:: KisS nUrSe ::.

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi... .maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam

April 13, 2010

.:: maggiie VS mee ::.

ersebutlah kisah dalam pasaraya, Mee amatlah cemburukan Maggi sehingga memusuhi si maggi ini. Oleh kerana rak Mee berhadapan dengan rak Maggi, apa lagik bertambahlah cemburunya beliau apabila ramai orang yang membeli Maggi. Sehinggalah pada satu hari, rak di hadapan Mee menjadi kosong. Legalah hati Mee kerana tak payah lagi nak melihat muka si Maggi hari². Pada satu pagi yang indah, apabila mee membuka mata, tiba² dia terpandang rak di depannya yang penuh dengan Bihun. Dia menjerit, "Woi Maggi, mentang²lah buat teknik rebonding, kau jangan ingat aku tak kenal kau!" Bihun kebingungan. .. heuheuheu...

April 10, 2010

.:: suaMi yanG SeTia ::.

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

April 07, 2010

.:: MaKaN mALaN ::.



Tersebut kisah sebuah negeri,

Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus lalu si anak pun berkata

Anak : Tengok Pak!!!! Adak mangsa!
Ayah : Jangan! Lihat saja tubuhnya tak ada isi, tentu tak cukup makan untuk kita. Lagipun tentu adak penyakit.

Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk maka dengan girang si anak pun berkata :-

Anak : Wah, itu rezeki kita Pak, tahan untuk dua hari!
Ayah : Jangan!.Kita boleh mati kena serangan sakit jantung kalau makan daging dia yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain.

Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi gila tempat mereka menuggu mangsa. Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang,

Anak : Uiihh!!! Pak yang kali ini bagus Pak, tentu isi dia lazat. Ayuh kita makan, lapar nih.
Ayah : Jangan! . Kita tak akan makan perempuan ini.
Anak : Kenapa Pak?

Lalu ayahnya pun menjawab,

Ayah : Sebab kita akan bawa dia balik rumah dalam keadaan hidup.Untuk santap malam ini kita makan saja ibumu.

April 06, 2010

.:: tiMbAng BeRaT ::.


Pada suatu petang sekumpulan rakan berjalan-jalan di pusat membeli belah.

Mereka pun berhenti seketika dimesin penimbang yang canggih, iaitu mesin yg boleh bercakap.

Rakan 1 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Anda terlalu kurus!

Rakan 2 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Anda terlalu gemok!

Rakan 3 masukan syiling dan mesin itu mula menimbang.
Mesin berkata : Tolong berdiri seorang sahaja di atas penimbang...

.:: kErJa di ZoO ::.


Tersebut la kisah sorang lelaki yg dah lama sangat menganggur... oleh kerana dia bosan hinga tahap cipan, dia pon gi jenjalan carik keje kat bandar... kira walk in la... tgh jenjalan tuh dia terPK apa kata carik keje kat zoo yg ada kat bandar tuh, mana la tau dapat ke!

dia pon masuk dlm zoo jumpa tuan punya zoo tuh... interbiu punya interbiu, dapat la dia keje... tapi yg kesiannya keje dia lari sesangat daripada qualification dia... nak tau jadi apa? hmm dia kena jadi sekor beruang. sebabnya : beruang yg betul�² baru je menghembuskan napas yg terakhir... jadi utk elakkan rugi kekurangan pelawat, tokeh zoo tuh beri la mamat nih jadi penggantinya.

mamat nih terpaksa ler pakai 'costum' beruang... kesian dia kan!! duduk la dia kat dalam kandang sambil menggayakan aksi�² beruang pd pelawat. lagaknye cam badot sarkas...

tapi... hmm nak jadikan citer, semenjak dia keje kat situ makin ramai pulak pengunjung kat zoo tsbt... apa lagi suka la tokeh tuh... tak sia�² dia amik mamat nih... "aku kaya aku kaya" dia kata (tapi dalam ati la)

pada satu ari beruang tuh jenjalan kat area zoo (time tu kira masa berehat la... kalau kat opis tuh org kata lunch time!), jalan punya jalan dia tak sengaja tertendang kandang sekor rimau kat sebelah. apa lagi menjerit la dia ketakutan... grrrrrr...

" aargghhhh... jangan jangan... jangan makan akuuuu... aku bukan beruangggg aku manusia... tolonggggg... aku bukan beruangggg aku manusiaaaa... tolong harimau jangan makan akuu... " (sambil menangis meraung-raung... takutt gilerrrr kawan tuuu).

bila dengar je sore jerit�², ghimau nih ngan muka yg bengis meluru makin dekat kat beruang pastuh berbisik...

" oiii buduh... jangan menjerit la, nanti kita sesama kena pecat ! "

.:: BeNdA KeRaS ::.


"Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,pertandingan pun berlangsung. ... .

Muncul lah lelaki yang pertama,
Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,bateri dan kapal terbang.
Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan... .
Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2... ..
Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan... ..
Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.
Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...

Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini...
Maharaja: Hmmmm... . Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat... .
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak... .
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe... ... .
Tapi... .. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang ? Hehehehe. ... .
(Sila scroll down... ... .. ... )








BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!

۩۞۩. AL-FATIHAH ۩۞۩.


Dalam kita bergembira, ingatlah insan yang sudah tiada.
Sedekahkanlah AL-FATIHAH kpd mereka.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ
الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ
الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
-amin

Untuk Arwah Din Beramboi juga.
Pelawak terkenal tanah air,Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi), 44 tahun, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 pagi di Hospital Selayang pada 2 April 2010 akibat demam denggi berdarah.

.:: SuAmi,iStEri & cErMiN ::.


Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.
Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

April 05, 2010

.:: kiSaH 3 KuRa-kUrA ::.


Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun.
Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.
Kekura I: "Ermmm... .. salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura I dan II saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Eh Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je laaaah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ?
kan?!!!"
Kekura I & II : " @#$%^&

.:: JaLan BuKiT biNtAnG ::.


Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?"

"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"

"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan... adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh... jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

.:: ApEk JuMpA dOkToR ::.


Seorang apek telah berjumpa dengan doktor.

Apek : Doktor aaa..Waada masalah la, bila wa kentut tadak bau dan tadak bunyi. Wa sulahkentut lebih 20 kali hari ni dan 3 kali dalam ini bilik.

Doktor: Ok saya bagi awak makan ubat ni, cuba habiskan dan jumpa lagi jika masih ada problem

Seminggu kemudian apek tadi datang lagi ke klinik dengan marah-marah

Apek: Haiya doktor lu bagi ubat arr? Masih belum baik lagi ooo.. tapisikalang sudah ada bau tapi itu bunyi masih wa tak dengar lorr..

Doktor : Ok apek, tu hari saya bagi ubat hidung, lepas ni saya bagi ubat telinga pulak...

... sebenarnya apek tersebut ada masalah hidung dan telinga sebab tu takde bau dan tak dengar kentutnya.

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)