Donation

Jun 29, 2010

Gabra

ada satu famili... famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.
satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia. Tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada.. kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada... ayah mertua dia pengsan..tak sedar..pastu macam sedar tak sedar..
menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan. Dia gabra jugak... pastu bini dia pun suruh sambil tolak2 bahu... mak dia suruh lagi... dah gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap...
"MA ROBBUKA... ." "" terkejut bini n mak mertua dia.. tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TK MATI LAGI DEYY... '" "sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..
sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat

.:: Malam Pertama ::.

Hairi masuk kedalam biliknya. Perutnya terasa ada rama2 didalam. Gelisah teramat sangat. Pabila dia masuk isterinya memandangnya dengan senyuman.
Isteri : Dah sedia ke bang?
Hairi: (debar2) Ermm dah kot?
Isteri: Jangan lupa pasang lampu masa tgh operasi... . kang tak nampak susah..
Hairi: Ye la sayang..
Isteri: Apa lagi kalau dah sedia salinlah pakaian tu dulu...
Maka Hairi pun salin pakaian dan








tukar baju pasukan RELA. Teringat isterinya suruh pasang lampu dia terus ambil lampu picit. ITULAH MALAM PERTAMANYA SBG PASUKAN RELA HUA HUA HUA HUA
Isteri: Nape gelisah sangat ni bang?
Hairi: Takde pa cuma Abang harap tak tersermpak ngan perompak ganas itu je...

.:: Datang Bulan ::.

Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya. Ia pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. "

Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik.
Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

.:: Pak Mertua yg eksyen::.

sorang anak gadis telah bertemu jodoh dengan sorang mat saleh dari London.apabila dah berkahwin,maka menantu tadi pun ajak la pak mertua ni tinggal kat London untuk beberapa hari.Pak mertua�yang juga merangkap Ketua kampung tu pun, amat bangga kerana akan menjejakkan kaki ke negara asing buat pertama kalinya.Sekembalinya ke kampung, maka dengan penuh bangga, Tok ketua lunch kat hotel 5 bintang,(tidak lagi seperti selalunya lepak kat warung jer). Tok ketua ajak sekali member2 kamceng dia, konon nak belanja lar tuh.So,bermulala ke'action'an Tok Ketua dalam memperlihatkan kemahirannya berbahasa inggeris.

pelayan : selamat datang ke Cafe hotel. Boleh saya ambil pesanan?

Tok Ketua ; emm tengs.Gib mi a kap op kopi.

pelayan ; oo..pakcik nak segelas kopi yea.

tok ketua ; yis. i olredy tel u,m i rite.

pelayan ; maafkan saya pakcik.

tok ketua ; its okeh.

pelayan ; pakcik nak makan apa?

tok ketua ; gib me rice cooker..(yang dimaksudkan tok ketua adalah nasi ayam)

pelayan ; maafkan saya pakcik.cafe tidak menyediakan rice cooker untuk d makan.

tok ketua ; wat? wat kind op kepe is dis!!�u a stupit.

pelayan yang bengang terus bertukar menjadi transformers dan mengunyah tok ketua.heheheh

Jun 26, 2010

Beli WAJA


Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan... takut tak cukup duit... " jawab Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

Jun 25, 2010

.:: M i m p i ::.

Pagi-pagi lagi si isteri tersenyum lebar menunggu suaminya dimeja makan untuk bersarapan bersama sebelum masing-masing keluar bekerja.

Isteri : '' Abg, td mlm ayg mimpi abg hadiahkan ayg set barang kemas berlian.Apa pendapat abang mengenai mimpi ayg tu,bang?''
Suami : “Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak”Kata suami,berbisik manja

Malam tu, si suami menghadiahkan isterinya bungkusan hadiah.Si isteri dengan exsaitednya membuka bungkusan itu dengan menggunakan giginya.Hati berdebar-debar.Isi bungkusan itu adalah...









sebuah buku berjudul......"Jenis-jenis Mimpi Dan Maksudnya "

.::Library ::.

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

Jun 24, 2010

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap... .dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha... .itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Ramb " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia bagi aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari ahad. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa,dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah... ..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!

Jun 23, 2010

.:: KLiA oh KLiA ::.


Aku dalam perjalanan balik ke Sabah.Di KLiA, aku smpat express shoping,membeli buah tangan utk fmly di Sabah.Tgh rambang mata memilih tu, perut aku memulas.Akupun tnpa bfikir pnjg, meluru ke tandas yg bdktan.Dlm tu cuma satu tnds sja yg xda org.So,aku masuk la dlm tandas tu dan bersiap sedia utk take off.huhu~melepaskan hajat.Baru sja aku duduk d mangkuk tnds tu, aku terdngar org dr tandas sblah menyapa.

Jiran Tandas : ''Ha..cmana skrang ni?"

Aku ni jnis yg xsuka berbual dgn org yg aku xknal.Tp ntah knpa haritu, mood aku baik sangat.Tmbahan lg memikirkan org tersyg yg akan mnjmput aku d KKia nnti.Aku xmo menghampakan org yg btanya tu.So bermulalah perbualan kami.

Aku : "Okey la juga "
Jiran Tandas : "Ko nak g mana ni?"

aKU musykil, tp aku jawab jugak la

Aku : "Owh..aku mo balik Sabah"
Jiran Tandas : "Bila kau nak gerak ni?"
Aku : "Flight aku kul 7.45.Pas aku abis "bisnes"ni, aku mo p beli buah tngan sikit.Td,xhabis pilih lg"
Jiran Tandas : "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, minah kat sebelah aku ni asyik jawap jer!!!


Moral: jangan menyampuk time orang bercakap.

Jun 22, 2010

.::c hensem pencuri roti ::.


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni... ..dah la tak mintak dari aku... .makan sama banyak dengan aku pulak tu... Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar. Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.

Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi... ..Ya ... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar... ..

.:: 3 Lelaki yg ketagihan ::.


Ada 3 orang pemuda, pemuda A kaki botol, pemuda B kaki perempuan, Pemuda C kuat merokok. Pada satu hari mereka bertiga merancang untuk berhenti dari tabiat tidak berfaedah tersebut. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang guru.
3 orang pemuda: "Kami ingin berhenti, tapi kami puas-sepuasnya sebelum betul2 berhenti, adakah cara yg mujarab?"
Guru: "Baiklah" "Si A aku letakkan di dalam sebuah bilik yang penuh dengan arak, maka habiskan arak itu."
"Si B aku letakkan di dalam sebuah bilik yang penuh dengan perempuan jelita, maka puaskan dirimu."
"Si C aku letakkan di dalam sebuah bilik yang penuh dengan rokok, maka hisaplah kesemuanya."
Si Guru berpesan lagi: "Pintu bilik kesemuanya aku kunci, hingga tamat sepurnama (sebulan) akan ku buka kembali dan nescaya ketika itu kamu semua akan baik-baik belaka"
Lalu duduklah ketiga-tiga pemuda tersebut di dalam bilik masing-masing selama sebulan. Apabila tamat tempoh diberi, si Guru pun membuka bilik mereka.
Bilik pertama apabila dibuka, keluarlah lelaki A yang separuh biul dan nyayok kerana mabuk yang teramat.
Bilik kedua apabila dibuka, keluarlah lelaki B yang menggigil satu badan kena penyakit parkinson kerana kepuasan yang teramat.
Namun, apabila dibuka pintu Pemuda C, Si Guru tersebut ditumbuk dengan kuat hingga hidungnya sakit yang teramat. Lalu bertanyalah Si Guru;
"Apesal dengan ko Ni?" sambil memegang hidungnya yg hampir patah.
Pemuda C menjawab "Bodoh punya guru, lighter aku mana?"

.:: Mesej Penting ::.


Seorang isteri menghubungi suaminya,tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan,si anak memberitahu ibunya seorang pempuan lain yang menjawab pesanan telefon.Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,tetap perempuan itu jugak yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja didepan pintu rumah.Sesampainya suami,si isteri membelasah habis-habisan sisuami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan ditalian tadi.

Si anak pun cakap "harap maaf,nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan.Sila cuba sebentar lagi."

.:: Nangka Beracun ::.


Seorg pekebun sangat kesal dgn sikap budak-budak jahat yg selalu mencuri buah nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yg besar bertulis..

'AWAS.. SALAH SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. pekebun itu tersenyum dan gembira kerana nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Pekebun ini pergi kekebunnya utk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut. kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI.. ADA DUA NANGKA YANG TELAH DISUNTIK RACUN

.:: Pelayan Restoran yg Terlampau!! ::.


Seorang lelaki pergi ke sebuah restoan dan memesan semangkuk sup.Kemudian seorang pelayan datang membawa sup tersebut dengan jarinya tercelup di dalam sup tersebut, tetapi lelaki tersebut mengabaikan perkara tersebut.
Pelayan tersebut bertanya “Adakah tuan mahu memesan apa-apa lagi?. Kami ada daging panggang yang sangat enak hari ini”
“Macam sedap, baiklah saya mahu memesan daging penaggang tersebut”. Kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut membawa daging panggang tersebut, tetapi jarinya diletakkan di dalam daging tersebut. Lelaki tersebut menjadi sangat marah tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan marahnya.
“Adakah tuan mahu memesan pai epal?” Tanya pelayan tersebut.
“Baiklah” Kata lelaki tersebut. Kemudian pelayan tersebut membawa pai epal tersebut dan kali ini jarinya dicucukkan ke dalam pai epal tersebut. Perasaan marah lelaki itu semakin membuak-buak.
“Adakah tuan mahu kopi?” tanya pelayan tersebut dan lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian pelayan tersebut membawa secawan kopi dan jarinya di dalam kopi tersebut. Kali ini lelaki tersebut tidak dapat menahan lagi kemarahannya.
“Apa yang kau buat ni?!! Setiap kali kau bawak makanan, mesti jari kau di dalam makanan tu.!!” Marah lelaki tersebut.
“Maafkan saya tuan, jari saya ni ada penyakit dan doktor menyuruh saya sentiasa meletakkan jari saya ini ke dalam sesuatu yang panas dan lembab.” Jawab pelayan tersebut.
“Habis tu, kenapa tak letak je dalam lubang punggung kau?!!!”. Marah lelaki tersebut.
“Habis tu, mana tuan fikir saya letakkan jari saya tu masa di dapur?” Jawab pelayan tersebut.
“!@&*$^^%@*&%”

Jun 21, 2010

.::Suatu ketika di UiTM ::.



Sekumpulan pelajar dr Uitm menyewa sebuah rumah yang datangnya dari beberapa daerah yang berlainan.Perak,Kelantan,Kedah dan Johor

kisah ini bermula dari rumah itu...
pada suatu pagi,dalam keadaan hening mereka bersiap-siap untuk ke kelas pada pagi itu...

tiba-tiba... "masaooklah..masaooklah..masaooklah.."


SI A:... masaooklah..masaooklah..masaooklah..
SI B e yang masaalah nye kamu ni...
SI C:ye ape masaalahnye...
SI A:... masaooklah..masaooklah..masaooklah..
SI B:ye le aku tau le ko ade masaalah, tapi pe masaalah nye??
SI C:hah pe masaalah nye kamu ni...
SI A:... masaooklah lah..masaooklah..
SI B DAN SI C mendengar kata2 itu dan dia terfikir akan kata2 SI A..
rupe 2 nye dia bukan nye cakap pasal masaalah dia..tapi dia cakap my sock lost..my sock lost..dalam bahasa kelantan
rupe2nye dia ni hilang stokin..ish..ish..ish..buat suspen jer...

.:: Doktor : Dia Selamat ::.


sepasang kekasih mabuk yg baru kuar dari disko dlm perjalanan pulang ke panhouse mereka..
dlm perjalanan itu kreta yg dipandu itu berlanggar dengan traffic light..
si gurlz itu cume cedera ringan.. tapi sebaliknyer buat si boyz.. masok ICU..
dihospital... 5 jam kemudian.. suasana suram diluar bilik ICU.. rakan2 boyz dan gurlz ada bersama..
doktor kuar slepas wat pembedahan..
gurlz: (sob..sob)doktor... bagaimana keadaan babyboyz i??
doktor: dia selamat...
si gurlz menjerit2 dan terlompat2 kegembiraan..
gurlz: mlm ni jugak i akan buat parti besar2an.. i jemput sume skali dtg.. kita adakn tari menari, karaoke, dan i ada tempah arak termahal di rusia.. we all bley mabok bersama lps ni.. kamu sume boley tidur dirumah i.. heee..
member2: hooray!!
doktor: cik...
gurlz: owh.. i terlupa.. doktor pun dijemput sekali.
doktor: cik!!! maksud sy, dia selamat kembali ke rahmatullah!!!
gurlz: ? huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! (sambil memukul2 doktor hingga koma).

.:: Pengemis dan aku ::.


Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh... ..keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.
Saya :Wahh..hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr..
Penegmis: (Sambil tersenyum Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr... .semuanya mengemis seperti pakcik... .Dorang kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!

.:: Kisah 2 anjing ::.


Pada suatu masa ada dua ekor anjing. Anjing A dan anjing B. Mereka berdua tinggal di sebuah pulau. Setelah agak lama di situ mereka merasa bosan dan berhasrat untuk pindah ke tempat lain lalu si anjing A ni pun mencadangkan perkara itu kepada rakannya.

Setelah persetujuan dicapai anjing A tadi mengadakan latihan dengan belari 20 kilometer sehari, angkat berat dan berjogging (iyala... menguatkan stamina untuk berenang ke seberang).

Tapi anjing B tadi buat selamba je... tak ada persiapan langsung. Lalu anjing A nie tadi bertanye, "eh..kau tak buat persiapan ke? rileks je?" Anjing B menjawab, "tak payah buat persiapan semua dah siap".

Anjing A nie hairan dan berkata pada anjing B."Lantak kau la," dan terus dengan latihannya. Maka hari yang dinantikan pun tiba, maka berenang la si anjing tadi ke seberang... dia menyangkakan yang kawannya si anjing B masih lagi berada di pulau... tetapi alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang rakannya anjing B telah sampai dan sedang rileks di tepi pantai.

Lalu si anjing A nie bertanya pada anjing B,"Macamana kau bleh sampai dulu?" Lalu jawap si anjing B...

















"Aku ni kan anjing laut!"

.:: Kisah Banduan ::.


Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya,berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..” Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

.:: Bertanding siap yg dahulu, dalam teknologi ::.


Tiga negara, iaitu Amerika, Britain, dan Malaysia berlumba-lumba menentukan siapa diantara mereka yang lebih dulu menggunakan teknologi canggih dengan meneliti keadaan tanah negaranya masing-masing untuk melihat siapa yang terhebat di masa yang lalu. Disepakati penelitian dimulai dari Amerika terus Britain dan terakhir Malaysia.

Di Amerika, setelah penggalian sudah mencapai 1000 meter maka ditemukan kabel tembaga, maka pasukan Amerika dengan bangganya menyimpulkan bahwa 1500 tahun yang lalu telah dibangun jalur telefon dengan memakai tembaga di Amerika.

Di Britain, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 1000 m tidak ditemukan kabel tembaga, tetapi setelah mencapai kedalaman 1500 m ditemukan serpihan kaca maka pasukan Britain tersebut dengan bangganya menyimpulkan bahwa 2500 tahun yang lalu telah dibangun jalur komunikasi dengan memakai Fiber Optik di Britain.

Dan terakhir di Malaysia, setelah penggalian sudah mencapai kedalaman 500 m dan 1000 m sampai seterusnya tidak ditemukan apa-apa, lalu dengan penuh bangganya, maka pasukan Malaysia menyimpulkan bahawa 5000 tahun yang lalu komunikasi di sini telah menggunakan wireless.=)

.:: Pelatih ::.


Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus... " Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Jun 20, 2010

.::Kisah 3 budak & Tok Imam ::.


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala... " Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali..

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang tok!!!! Hee heee... "

Tok imam pun terkedu & terpana...

p/s: jgn lupa wuduk sblm solat, hormati org lebih tua & berpengalaman

.:: 1st time naik kapal Terbang ::.


Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer Everybody can fly. Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?
Aku: Kelas ar Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.

Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?

Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok.. no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..
Aku: Kapal tak on lagi kut nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal. Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik? Ada masalah?
Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie.. Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku.. ... dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang

Jangan menyakitkan hati orang lain dengan menanye banyak kali

.:: oRang Terkenal ::.


Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.

Ketika hendak hendak pulang... dia dihampiri oleh penjaga tempat parking...

"Mari, cik adik... boleh saya teman kan ke kereta.."

Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya... apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..

"Itu kereta cik adik... " sambil menunjuk kearah kereta Habsah...

Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya... sedangkan disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah... .

Dalam hati Habsah berkata..

"Ini pertama kali aku datang ke hotel ini... tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.

mungkin kerana penampilan dan wajahku... Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?"

Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.

"Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu
dan ratusan kereta yg di parking di sini ... ?"

"Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!"

aku akan tidur dgn kamu 18SX


Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…

Tiket Keretapi


Tiga orang guru matematik dan tiga orang guru sains pergi kursus bersama menaiki keretapi. Di stesen keretapi tiga orang guru matematik membeli tiket mereka masing-masing tetapi guru2 sains pula hanya membeli satu tiket sahaja.

"Macamana kamu boleh pergi kalau hanya beli satu tiket untuk kamu bertiga?"..Tanya salah seorang guru matematik kepada guru sains... "Kamu tengok jela nanti" Jawab guru sains ringkas.

Mereka berenam menaiki ke dalam keretapi. Guru2 matematik duduk di tempat masing-masing dan kelihatan guru2 sains berhimpit2 masuk ke dalam bilik air. Setelah keretapi bertolak konduktor keretapi berjalan mengutip tiket, dia mengetuk pintu bilik air dan berkata "TIKET!..TIKET!". Pintu terbuka dan hanya sebelah tangan kelihatan menghulurkan tiket. Konduktor tersebut mengambil dan beredar. Guru matematik melihat adegan tersebut dan merasa bahawa guru2 sains tersebut amat bijak.

Setelah selesai kursus guru2 matematik ingin mencuba cara guru sains buat lalu hanya membeli satu tiket untuk pulang. Tetapi yang pelik nya guru2 sains tersebut lansung tidak membeli walau satu tiket... Lalu guru2 matematik kehairanan dan bertanya "Macamana kamu nak balik kalau lansung tidak membeli tiket?"..Dengan bongkak guru sains menjawab "korang tengok je la nanti"...

Setelah mereka menaiki keretapi guru2 matematik berhimpit di bilik air dan guru2 sains juga berhimpit masuk ke dalam bilik air yang lain. Dan keretapi pun bertolak... Setelah seketika salah seorang guru sains keluar dari bilik air dan pergi kedepan pintu bilik air yang guru2 matematik bersembunyi. Guru sains itu mengetuk pintu bilik air tersebut dan berkata "TIKET..TIKET"

Jun 19, 2010

Ditampar dalam Lif



Ada empat orang tengah tunggu lif.
doktor, engineer,peguam dan yang last sekali tok Imam.


Tengah-Tengah Boring Dok Tunggu Lif Tuh, Datang Le Sorang Awek Cun Yang Teramat-Amatlah Seksi.
Bila Lif Sampai Semua Orang Pun Naik La.Dalam Masa Lif Tu Nak Naik Ke Atas, Tiba-Tiba bekalan Elektrik Terputus.

Lif Tu Pun Berhentilah Dengan Tiba-Tiba Dalam Keadaan Gelap Gelita. Dalam Black Out Tu, Mulalah Ada Salah Sorang Dari Melaun Tu Gatal Pulak
Nak Buat Kurang Ajar Dengan Pompuan Seksi Tu. Puas Dia Dok Meraba Pompuan Tu Dalam Gelap!


Tiba-Tiba, Elektrik Dah Okay Balik. Pompuan Tu Pun Tengok Kat Si Engineer, Lepas Tu Kat Si Doktor, Ketiga Kat Si Peguam. Last Sekali Kat
Tok Imam. Dengan Geramnya Minah Tu Bagi Si Tok Imam Satu Penampar Jepun Yang Teramatlah Kuat."Heiii, Tua-Tua Bangka Pun Ada Hati Nak Meraba Lagi Tu !!!"Jerit Si Pompuan Seksi Sambil Menunjuk Bijik Penumbuknya Kat Muka Tok Imam Tu..

Soalan : Ngapa Pompuan Tu Sure Gila Tok Imam Tu Yang Buat Dajal?


Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?

Kenapa ?


Kerana Tok Imam Tu Sorang Je Laki!!

Hahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Pengajarannya, Kalau Cakap Pasal Doktor Ke, Peguam Ke,

Engineer Ke Mesti Orang Akan Ingat Laki Yang Pegang Jawatan Cam Tu.
P/S : Kisah Ini Tiada Kena Mengena Yang Hidup Atau Yang Sudah Meninggal Dunia..

Jun 17, 2010

.:: Melintas Jalan ::.


Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi. "Fasal apa adik menangis", tanya Radhi. "Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak. Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motorburuk ada laa.." Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue…

.:: Mandikan Kucing ::.


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.

Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata... !
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

.:: Mayat Berpeluh ::.


alkisah diceritakan seorang lelaki tua meninggal akibat sakit tua... . semasa hendak menuntut mayatnya, hanya isterinya dan seorang cucunya sahaja yang berada di dalam bilik mayat tersebut... ..
semasa kain penutup jenazah di singkap, c isteri merangkap nenek kepada budak tadi mula menangis teresak-esak... . biasala... sedih sal suami tersayang meninggal dunia... ..
tetiba, budak kecik ni nampak air mengalir keluar dari dahi atuknya, terkejut ngan kejadian aneh lagi misteri tersebut, dia menyampaikan khabar tersebut kepada neneknya... .
"nek, atuk keluar peluh la nek... .".
neneknya ngan spontan tesenyum lalu memberitahu cucunya yang konpius tadi.

"ala, biasa la tu cu. atuk kamu first time meninggal, memang la nervous ckit"... ..

.::AyAm PanggaNg ::.


"Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor.. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut... ..
Note: Moral: Sebelum bercakap fikir dahulu... ..

Jun 16, 2010

::18sx Usikpun Tidak ::


Once upon a time,Si Razid disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Razid memanjat dgn penuh khyusuk pokok mangga tersebut, tiba tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang making love. Maka berdirilah bulu roma Si Razid. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara.

"Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab."
"Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki.

Si Razid terperanjat lalu dia berteriak,

"Wah! wah! wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

.:: Kelab isteri menuntut hak ::.


Ceramah besar-besaran di adakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing-masing.Beberapa panel dijemput berucap menceritakan pengalaman masing-masing.

WANITA 1 :
"Saya Latipah.Saya menberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam.Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang daripejabat,"

Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

WANITA 2:
"Nama saya Latipuh. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur.Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. "Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketigabarulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah!"

sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan

WANITA 3:
"Saya Latepeh,Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiapa hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh.

Penonton tetap bersemangat mendengar.

"Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa.Hari kedua juga tidak nampak apa-apa."Mujurlah hari ketiga saya mula nampaksikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami,"

huhuhuhuh~~

Jun 15, 2010

.:: Mati Secara xsengaja ::.


Adala seorang mamat ni, tgh gian nak merokok.so, mamat pun p la beli rokok dgn menaiki motor(rujuk gambar).Biasala, mat rempit kena bwa moto laju2, wlpun kdai tu 100m dr rumahnya.maka si mamatni pun memulakan pejalanannya menuju kekedai yang dimaksudkan. Sebelum keluar rumah, mak dia pesan,"Mat, bawa motor tu besopan-santun ya, mak rasa hati mak mcm xbest ar ". Mamat mnjwb , "ala mak ni, Lek ar, xrempit la bwa slow2..bek jalan kaki kalo nak bwa slow2" Mak dia pun menjawab, "suka ati kau la Mamat."

Kunci moto pun dpulas dgn gaya Naruto nya. Mamat brgerak dari umah dan tiba2......(saspen), sampai d satu selekoh, seekor beruk yang entah dr mana muncul menyergah Atan. Apa lg terperanjat beruk la si Mamat tu.Beliau hilang kawalan ke atas moto nya lalu menyebabkan dia terlanggar tiang lampu berdekatan maka Mamat pun jatuh terpelanting lalu tidak sedarkan diri.

Secara kebetulan seorang pakcik lalu d jln tersebut pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor beruk sedang cuba mencurik helmet si Mamat lalu pakcik itu menghalau beruk tersebut dgn penuh garang,tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh beruk yg durjana.

Tanpa melengahkan masa pakcik itu pun pergi kepada Mamat dan memeriksa jantung dan nadi si Mamat d dada, pergelangan tangan, leher dan pergelangan siku mamat.... "uih..idup lg bdak ni,ingatkan dah mampos td "tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Mamat sudah terpusing 180 darjah,makna nya dah terbalik laa.tanpa bertanya dan berpikir apa2 pakcik itu terus membetul kan semula kepala Mamat dengan menyentap balik ke 180 darjah...

Tiba2 pakcik itu mendapati Mamat tidak bernafas lagi.Rupa-rupanya,korang nak tau tak Si Mamat ni pakai jaket kulitnya terbalik. So memang lah kepala dia macam pusing ke belakang... Maka dengan secara tidak sengaja nya Mamat mati di tangan pakcik itu.Lalu pakcik itu pun telah mengghaibkan dirinya.

.:: Perkahwinan ::.


Saat indah di awal perkahwinan..

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !
Dara : Sayangku... ..!


Sesudah 5 tahun perkahwinan... ..

Korang baca dari bawah keatas pula.muehehehe~

.:: Jin dalam cerek ajaib ::.


Seorang pemuda yang sedang terdesak di padang pasir yang panas terik,menginginkan sebuah rumah untuknya berteduh. tetiba dia terjumpa satu cerek.(lampu ajaib).nak dijadikan cerita, bermula la dialog antara dua makhluk tu.

pemuda 2pun gosok la cerek 2...
(tetiba kuar asap bekepul2 dari cerek tu)

JIN: eeeei!! apa gosok2 ni??!! geli lar!!

Pemuda : ek'eleh..kan slalu cengitu.

Jin : aku jin beriman lar.kasi la salam

Pemuda : assalamualaikum jin

jin : walaikumsalam.ha mcmtu la.So,ko nak apa nih?cepat sket,aku tgh main Farmville ni

Pemuda : aku nak sebuah rumah.

JIN : Hampeh ko! aku pun tinggal kat dalam cerek,ko senang2 ja nak mintak rumah.tendang kang,padan muka ngko.

Jun 14, 2010

.:: zip ::.


Seorang perempuan yg tsangatla seksi,cantik, montok dan ganteng memakai skirt ketat paras lutut dan dipadankan dengan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas kerana skirtnya yang ketat tersebut.Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt.namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi buka zip seluar aku tiga kali apasal?"

Kuang kuang kuang... ... .

.:: encik seludup apa? ::.


kes penyeludupan semakin hangat diperkatakan kini.lalu polis telah membuat sport check kat sempadan m'sia -thai.
Tetiber seorg lelaki menaiki basikal ditahan oleh polis.
lelaki tuh: naper nih bang
Polis :awak disyaki menyeludup barang.
Lelaki tuh:Maner ader
Tak rock arr seludup2 nih.
Polis: aper dlm beg awak tuh??
lelaki tuh: maner ader aper.NAper Tak per cayer?? cek arr
lalu polis tersebut membuka beg itu dan mendapati hanya pasir didalam nya.dan lelaki itu pon terlepas

setelah tiga tahun.

polis ah tiga tahun sayer tengok awak asyik ulang alik jer.Aper yang awak seludup sbnrnyer??

lelaki tuh :sayer seludup basikal.k r bye sayer gi dulu yer..

polis itu ditinggalkan termangu-mangu

.:: Gara-gara duit 50sen ::.


Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana dia memakai kain, dia hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerima baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku baju melayunya.

Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..

Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadi terjatuh dan tergolek di saf depan memikirkan itu sja wang yang dia ada. Dia pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh
Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak
Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek
Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..
Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh

.:: Soalan Tok Kadi ::.


Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..
Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ? taik gajah? besar betul..!!!!

Jun 13, 2010

.:: Roh bangkit ::.


Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena 'main' org. Aku pun tertimbul idea cakap yg aku rasanya tahu mesti roh abg dia tak aman. maka dia pun bercerita...

As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. kedua... mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je So, lepas sehari... kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh... dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer.

Sampai ke hari ketiga... satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari... tapak kaki naik turun tangga... suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.
Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi... dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut... dia tgk nombor tuh... mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia.

Abg dia pun reply balik "Adik... abg tak boleh lama nih. Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia... "Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku.


Tanya mak... mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~"

.:: p mana? ::.


Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis... .

POLIS: Pakcik,'P' mane?

PAKMAT: Pi balik kedah.

POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?

PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.,

POLIS: Saya kate 'P' mane... ?

PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak adakuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ... ... pok,pek ,pok,pek.

POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.

PAKMAT: Asallamualaikum.

POLIS: Waalaikummusallam.

.:: anda ibunya?anda ayahnya? ::.


Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

.:: Misteri kematian pesakit ICU setiap hari Jumaat ::.


Tak tau kenapa banyak pesakit kat unit ICU meninggal dunia baru-baru nie. Tak kira pompuan ker lelaki ker orang tua atau muda, sumer nyer mati pada hari yang sama iaitu pagi jumaat dan jugak kat atas katil yang sama. Ini membuatkan sumer orang muskil termasuk la doktor, nurse, tukang kebun dan tukang masak hospital.
Mereka anggap nie sebagai satu kes misteri dan ganjil. Jadi doktor tu sumer pun gi siasat pada pagi jumaat. Sumer orang berasa cemas siap bawa tukul, paku dan kayu yang tajam dan jugak air jampi. Mana tau dracula yang datang, boleh bunuh terus.
Jadi, pagi tu diorang pun gi sembunyi kat bilik tu ngan seorang pesakit terlantar kat katil. Tepat pukul 8:30 pagi tetiba pintu bilik ditendang dengan ganaz. Rupa-rupanya Makcik Senah yang bukak plug 'life support system' pesakit. Dia nak ganti ngan plug vacuum untuk bersihkan lantai

Jun 12, 2010

.:: Jepun, Amerika Syarikat & Indonesia ::.


Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika, seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi... .bip... bip... .bip... . Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set... ." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.
Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.
panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp... "
Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian... "Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni... ?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya... "kertas apa yang terjuntai kat celah tu... ?"
Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer... ."Oh saya baru terima Fax... ... "

.:: Pertengkaran suami isteri ::.


Seorang lelaki bertengkar hebat dengan isterinya.
Sudah puas bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Kita syik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya mahu tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Jun 11, 2010

.:: Pemuda yg frust ::.



Seorang pemuda yg frusted mencuba-cuba untuk seorang menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu.Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik.Si pemuda itu merasa nervous sbb ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain.Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul. Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata,

"Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar.

Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.


"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,

"Tengok ni, Along dan Angah, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

huahuahuahua~~~seriusnya membaca

Jun 08, 2010

.:: Penjual roti ::.



Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt

.:: Lewat Sebulan ::.


Ketika menyambut suaminya, Zamri yang pulang dari pejabat.. Saudah berkata sambil tersenyum,..

"Abang.. saya TERLEWAT datang bulan selama SEBULAN. Tadi saya dah pergi klinik dan disahkan mengandung.. tapi kita rahsiakan dulu ye... ".

"Baiklah" kata Zamri sambil tersenyum..

Esok paginya.. seorang pekerja SESB datang dan mengetuk pintu rumah meraka. Setelah dibukakan pekerja tadi memberitahu..

"Puan.. anda didapati terlewat sebulan.."
"Hah..?? Dari mana anda tau??" Tanya Saudah.
"Kami ada catatannya disini.."
"Haaah.. sampai ada catatan??"

Esok paginya.. Zamri marah-marah di kaunter pembayaran SESB.

"Bagaimana anda boleh tahu yang isteri saya terlewat satu bulan??"

"Sabar encik... kalau anda ingin catatan ini dipadam.. anda hanya perlu membayar pada kami.."

Dalam hati Zamri mengatakan yang orang tadi cuba meminta rasuah..

"Saya nekad tidak mahu bayar" kata Zamri

"Kalau begitu apa yang anda ada sekarang akan kami potong..!!" jawab petugas.

"Kalau apa yang saya ada sudah dipotong.. habis isteri saya di rumah boleh guna apa??" tanya Zamri

"Mungkin isteri anda boleh guna sebatang lilin.." jawab petugas..

.:: monyet ::.


Ada seorang lelaki membela seekor monyet... satu hari dia membawa monyet peliharaan nya pergi ke sebuah Bar... Semase lelaki tersebut menikmati minuman di bar tersebut... monyet peliharaan nya itu mula membuat kacau... dia melompat ke sana sini... Bila nampak sepiring kacang, monyet itu terus memakannya..nampak semangkuk kentang goreng terus mengambil nya lalu di makan nya... dan tiba2 melompat pula ke atas meja pool dan mengambil bola pool tersbut dan menelannya sehingga abis...

Pemilik bar tersebut melihat keadaan itu dan berkata kepada lelaki tersebt

"Encik... encik nampk tak apa yang monyet encik lalukan?... "..

" Apa?.."...

"dia menelan bola pool di meja pool saya sehingga abis... "..

Dengan selamba lelaki itu menjawab

"..Saya tak pelik pun... dia memang akan makan apa sahaja... saya akan byr semua yang dia makan tadi... ok.."..Lelaki tersebut menghabiskan minumannya dan membayar bill lalu beredar...

Dua minggu selepas itu..lelaki itu bersama monyet nya datang lagi sekali ke bar tersebut... Seperti biasa lelaki itu memesan minuman dan sekali lagi monyet nya itu melompat kesana sini... dan tiba2 monyet tersebut ternampak sebiji anggur..dia mengambil epal tersebut dan menyumbat ke punggungnya..dan mengeluarkan semula lalu memakan nya ... .

Pemilik bar semakin hairan dan terkejut..lalu berkata kepada pemilik monyet tersebut..

"Encik..adakah encik nampk apa yang monyet encik lalukan tadi?"...

"Apa lagi??... "...

"Dia menyumbat sebiji epal kedalam punggungnya dan mengeluarkan nya lalu di makan."..

"Saya tk pelik pun... dia masih akan makan apa sahaja..cuma sejak dia menelan bola pool hari tu... sekarang dia akan mengukur dulu sebelum memakannya... "

.:: 2hantu ::.


Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil jer?”

“Oh, cara aku mati dulu teruk… Aku mati dalam peti ais, sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo.. kesian… aku dulu mati sebab kena heart attack,” balas Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang,” sambung Hantu B.

“Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritalah sikit.. Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni.. Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku.. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park kereta aku kat simpang hujung umah aku jer. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak cari jantan tuh. Habis semua bilik aku cari tapi takda pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati pulak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak cek kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi…”

.:: kena??? ::.


Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

.:: Jalan2 d zoo ::.


Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm... baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh... .itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)