Donation

September 25, 2010

Panduan Permohonan Penukaran Enjin

jom 2kar enjin kereta

PROTON <-> a) MITSUBISHI

b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)

c) CITROEN ( TIARA)
* penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian "Engine Mounting" adalah tidak dibenarkan sama sekali.

PERODUA <-> DAIHATSU / TOYOTA

FORD <-> MAZDA

PEUGOT <-> CITROEN

HICOM <-> ISUZU

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:

1. Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
2. Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
3. Tiada pengubahan struktur dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’ dan ‘steering box’.
4. Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting’.
5. Tidak melebihi enjin berkeupayaaan 2000cc untuk kenderaan model proton selain proton perdana.
6. Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% ‘opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
7. Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
Bagi Kategori 1
Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:

1. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
2. Bil/Resit belian enjin yang asal
3. Laporan Kastam K1 yang asal
4. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)


Bagi Kategori 2 hingga 6
Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:

1. icon Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
2. Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
3. Salinan bil/resit belian enjin
4. Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

1. Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
2. Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
3. Bil/Resit belian enjin yang asal
4. Laporan Kastam K1 yang asal
5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
6. Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)

Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

Kadar bayaran
Tiada bayaran dikenakan untuk mendapatkan kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif
Makluman
Permohonan Penukaran Enjin boleh dilakukan di Pejabat JPJ Negeri.

Jom semak saman JPJ

Wah,..selamani, xtahu pun ada saman dr jpj, polis trafik..dan segala saman2 lain.So,jom kita sama2 semak saman kita yg belum dibayar.Jom!!!

SEMAK DI SINI

Ac Mizal mendapat gelaran "Datuk"


Sebut saja nama AC Mizal, sudah pasti semua mengenalinya.Seorang pengacara,pelakon, penyanyi dan juga ahli perniagaan yang berjaya.

AC merupakan pengarah di Ikhtiar Destinasi Sdn Bhd (IDSB) iaitu syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan berasaskan gelang tangan serta produk lain seperti aksesori, pakaian, barangan elektrikal dan elektronik.Meskipun beliau sudah hidup senang, beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan dunia seni kerana seni itu sudah menjadi darah dagingnya.

Gelaran Datuk itu bakal dikurniakan sendiri oleh Sultan Pahang dan akan dirasmikan tidak lama lagi dan Ac masih merendah diri sambil berkata ''Saya bangga sekurang-kurangnya pembabitan artis dalam bidang perniagaan diiktiraf dan berharap ini menjadi positif dan lebih ramai artis yang dapat mengikut jejak langkah saya''. Ac masih belum menggunakan gelaran Datuk, selagi belum menerima surat kurniaan secara rasmi.Tahniah Ac.


Sumber : Berita Harian

September 23, 2010

Shahir Af8 Kemalangan


Juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi terlibat dalam satu kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur setelah menjalani sesi penggambaran sebuah program terbitan Astro di rumah keluarganya di Kampar. Kereta shahir berpusing 5 kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.Difahamkan bahawa insiden tersebut berlaku pada jam 6.30 petang.Menurut ibunya, Shahir tidak mengalami kecederaan teruk cuma sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepala.Keadaan kereta Nissan Fairlady berwarna putih yg berharga RM180,000 itu remuk teruk pada bahagian depan dan belakang.Kereta tersebut baru sahaja dibeli pada bulan Ramadhan yang lalu.

Shahir dan Aman(kawan Shahir yang turut berada di dalam kereta) selamat dan sudahpun mendapatkan rawatan doktor dan cuma Shahir belum mendapatkan rawatan x-ray.Shahir menjelaskan bahawa kemalangan tersebut terjadi apabila hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur, lantas keretanya meluncur laju meredah air yang banyak pada jalanraya.Akibatnya, Shahir merasakan keretanya seperti terapung-apung.Tindakan Shahir menekan brek kereta menyebabkan keretanga berpusing sebanyak 5 kali sehingga melanggar pembahagi jalan. Dia kemudiannya memberhentikan kereta di tepi jalan.Mujur kereta yg lalu lalang sempat mengelak dan tidak terlibat dalam kemalangan tersebut.Pada tahun lepas juga, shahir terlibat dalam kemalangan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.Sabarlah Shahir.~Lain kali, hati-hati ya.

September 17, 2010

Datuk Sosilawati dibunuh dengan kejam


Renteten Kes Kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain, berita mengejutkan diperolehi.Kesemuanya mati dibunuh dengan kejam.(Rujuk Artikel Sebelumnya)

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.
Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.
Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya

Sumber : Berita harian dan Harian Metro

September 09, 2010

Kemalangan Tragis Lahad Datu,6 maut


Sedih mendengar berita kemalangan yg berlaku kelmarin.Syukur alhamdulillah, Allah telah gerakkan hati bakal suami untuk memandu kereta sendiri dari kota kinabalu ke kampung halaman di Kunak sehari sebelum kemalangan tersebut terjadi.

Kemalangan tragis ni belaku di Kilometer 35, Lahad Datu-Kunak, Sabah.

Kenderaan yg terlibat adalah
1.bas ekspres Dyana,
2.van-TERBUNUH(Yong Pui San, 24, suaminya Chin Tet Leong, 30, Thien Yuk Lin, 51)
3.kereta Perodua Viva- TERBUNUH(Azlan Aziz, 17)
4.lori tujuh tan - TERBUNUH( pemandu lori, Norawi Madu, 37; anak lelakinya, Mohamad Azrul, 14)

Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan kepala Azlan terputus, manakala identiti enam lagi mangsa yang parah belum dikenal pasti.

Difahamkan Azlan, Norawi dan Mohamad Azrul dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Kuet Khiun ketika dihubungi berkata, kemalangan berlaku apabila van yang sedang dalam perjalanan dari sini ke Kunak, dipercayai cuba memotong kereta Perodua Viva.

“Sebaik melihat cubaan van itu memotong, sebuah bas ekspres dari arah bertentangan memberhentikan kenderaannya secara mengejut, menyebabkannya hilang kawalan dan melintang di tengah jalan, lalu dirempuh van dan Perodua Viva itu sebelum ketiga-tiga kenderaan itu tergelincir ke dalam gaung.
“Kemalangan itu juga menyebabkan sebuah lori yang berada di belakang kereta Perodua Viva dan van itu turut terbabas ke dalam gaung sama, dipercayai akibat hilang kawalan ketika cuba mengelak daripada pelanggaran berkenaan,” katanya.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat, manakala enam yang parah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Sumber ; Berita Harian

Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya hilang.Di culik@di bunuh?


Pengasas barangan kosmetik jenama Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi sejak 30 Ogos lepas.Memang misteri habis.Xtahu dimanakah Jutawan Kosmetik itu berada.Mereka2 yang ghaib itu adalah ;-

1. Datuk Sosilawati, 47,
2. peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32,
3. pemandu peribadinya Kamarudin Shansudin, 47
4. pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38

Kehilangan merekan ini menjadi suatu misteri kerana pihak polis belum mendapat apa2 petunjuk, begitu juga dengan pihak keluarga yang terlibat.Tiada sebarang panggilan diterima dan tiada wang tebusan dituntut.

ke semua mereka dilaporkan hilang ketika berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.Kali terakhir Sooselawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dua hari sebelum itu, Sooselawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash atau Nasharuddin Elias.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan pihaknya menerima dua laporan dibuat ahli keluarga jutawan berkenaan berhubung misteri kehilangannya.Pengadu (anak Sooselawati) memberitahu ibunya tidak pulang pada tarikh sepatutnya, selain mereka gagal mengesan dan menghubunginya.
Sama ada kehilangannya mempunyai unsur jenayah atau tidak, itu semua sedang disiasat. Setakat ini, kejadian diklasifikasikan sebagai kes orang hilang kerana keluarganya belum menerima apa-apa panggilan menuntut wang tebusan, katanya.


Berikutan kejadian itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berdepan sebuah hotel di Subang Jaya, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya sudah menyalurkan maklumat yang diperolehi daripada saksi-saksi berhubung kes terbabit kepada polis Kuala Lumpur (KL).
"Kes ini adalah di bawah siasatan pihak polis KL. Namun apa juga bantuan...apa sahaja kerjasama yang diperlukan kita akan beri dan itu memang amalan pasukan polis.

"Ada maklumat yang disalurkan pada pihak kita dan kita sudah pun salurkan (maklumat itu) kepada polis KL termasuk maklumat yang diperolehi dari saksi di Banting berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota trafik yang bertugas di khemah Ops Sikap di Sungai Buloh.

Tinjauan di perkarangan rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak dekat sini mendapati rumah itu lengang dan hanya terdapat beberapa individu dipercayai saudara dan kenalan rapat yang berada di rumah berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Rakan Cop melalui talian 03-2115 9999 bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.


Sumber
BERITA HARIAN
NEW SABAH TIMES

September 05, 2010

my 1st DLSR


Salam kepada semua.Akhirnya impian ku untuk memiliki sebijik DLSR tercapai.huhu~Walaupun hanya Nikon D3000, aku tetap berpuas hati dengan kualitinya.(sebagai permulaan dalam menjinakkan diri dalam bidang photography)

Spesifikasi NIKON D3000

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)