Donation

Julai 28, 2011

BLOGSPOT TUTORIAL :Buat Blog

Sorry kepada yg xberapa berkenan dengan entri aku kali ni..Pasti smua org pun sudah tahu cara2 buat blog ni kan.Aku buat khas untuk mereka yg memang xtahu cmana mo buat blog ni..Okey, jom  kita mulakan.

1)  Pertama sekali, korang kenalah register dulu..Isila mana2 yang diperlukan tu.
     Register di sini http://www.blogger.com.
     Bagi yg sudah register.Teruslah login dan bersedia untuk blogging.


Get Started (bagi yg belum ada Google accont) dan Sign In bagi yg sudah ada account.




Beginila rupa paras blog setelah korang Sign In


Click la mana yg korang mahu..CATATAN BARU,EDIT CATATAN, ULASAN,TETAPAN,REKABENTUK mahupun STATISTIK

Katakanlah korang mahu membuat catatan.Just click Tab CATATAN BARU tu





Julai 27, 2011

Pentingnya cahaya..(Terima kasih SESB )


Melihat iklan dari negeri Siam,mmg best.Mengetengahkan betapa pentingnya pencahayaan.Kalau ada cahaya..terang,..bolehla temberang2.Kalau gelap?Try tgk.Abis ngatar lutut..Haha~

Aku diugut dan laporan polis telah dibuat



Xlama dahulu, aku ada menonton MHI TV3, masa tu Ally Iskandar dan Abby adalah penyampai yg bertugas. Ally ada sebut tntang satu laporan polis telah dibuat kerana mangsa telah mendapat ugutan dan ancaman dr seseorang..Inilah laporan lang dimaksudkan tu..Mangsa melaporkan telah menerima beberapa mesej dari Facebooknya. Dan ugutan itu berbunyi:


"AKU JUMPA HANG,AKU CUBIT PERUT HANG"


Hahahaha~Lucu.Tp jika dipandang dari sudut lain,memang la amat membimbangkan.Manala tau si pengugut tu mau cubit dengan mnggunakan playar atau senjata2 lain..siapa tahu~Tp aku tetap memandang laporan ini sbg lawak sarkis.

Julai 26, 2011

Fire Drill CP (Center Point)

Wah~akhirnya tertunai hajat mo makan Big Mac, McD.Pergi bersama Kak June, Kak Liz dan Ida.Lepas tu, Kak Liz balik rumah dia.Tinggalkah kami bertiga.Sempat lagi beli disc, tgk2 kasut..Naik lift..pastu dalam lift tu adala sorang pakcik ni,.."Ada Fire Drill ni harini"...

Aku park kereta di aras 4.Ngam2 kluar lift, siren pun bunyk..Aku dan kawan seopis ni, selamba jak la.Sbb mmg tau tu fire drill..Tp mcm real la dorang buat.Siap ada announcment "Fire!Fire!Fire! Kebakaran di tingkat bla~bla~bla~....."Pak Guard pun ikut panic sama..(Lakonan yg mantap)..

Pak Guard : "Ada kebakaran.Tolong tinggalkan kereta dan turun ke bawah ya Cik"


Aku : Angguk2 kepala dan cakap "Ya~Ya~"..tp xjuga mo kasi tinggal kereta memandangkan aku mahu bergegas balik ke office.Jam sudah menunjukkan jam 2.15ptg.Kali kedua Pak Guard dtg kereta aku " Tolongla Cik, turun dari kereta.Pigi bawah." Dan akhirnya aku mengalah.Dalam pada tu sempat lagi snap bbrapa pic.(Kamrea handphone jak)


Kereta yg bersusun di parking aras 4 ke aras 3

Jem abesss~

Kreta bomba..neno~neno~neno~

Org ramai belarian menyelamatkan diri

tangga yg sesak..Smua berpusu-pusu keluar

Rakyat sabah (sila tag muka masing-masing)..hehe~


Paku guard jaga pintu sambil pegang belantan

Rakyat Sabah lari jauh sikit dr bangunan CP


Kak June bz call mmber opis, bgtau kami terperangkap di CP..(ui ensemboi juga yg dibelakang tu..kekeke)

Lama btl latihan dorang ni.Kami ambil keputusan untuk menyinggah SR.Dek kerana aku mengidan durian Ciskek..huhu~

Jam 4ptg baru masuk opis..Bos sedang menanti dengan muka Sabar..haha~

Julai 12, 2011

Jangan cepat terpedaya

Seperti Biasa, setiap pagi aku khatam habis beberapa suratkhabar tanahair. Paling best, apabila baca artiket tentang penipuan dan ditipu.Boleh dijadikan pengajaran. Mcm cerita sorang akak ni, yang telah terpedaya dengan sorang mamat yg mengaku bujang.Bercinta-cinta sehingga terlanjur dan akak tadi tu mengalami kerugian 35K kerana cinta dengan sekor buaya darat yg mengaku bujang.


KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan. 
Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.
Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras. 
“Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya,” katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan. 
“Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.
“Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru,” katanya.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.
“Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan ‘buaya darat’. 
“Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.
“Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.
“Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya,” katanya.
Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai. 
Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.
“Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.
“Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin,” katanya.
Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan. 
“Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.
“Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: Harian Metro

Julai 11, 2011

BERSIH 2.0



Ramai juga seperti aku, xtahu pasal politik negara.Apa yg mereka mahu sehingga mengadakan perhimpunan BERSIH 2.0.Apa yang pelik semasa sibuk membaca page dan blog yg memperjuangkan BERSIH, aku jumpa 1 page ni...try refresh..tiap kali aku refresh page tu, bilangan yg LIKE akan sentiasa berubah-rubah. cuba tengok page ni ..Selepas bertanya dan membaca, ini yang aku perolehi mengenai BERSIH dan aku ringkaskan :-


BERSIH = Gabungan Pilihan Raya Bersi dan Adil
Pengerusi BERSIH = Datuk S. Ambiga
TUNTUTAN BERSIH : (8 TUNTUTAN)



Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


http://bm.bersih.org/

Wahai Suami...janganlah kau curang


Kepada Sang Suami, jika kamu sudah nikahi gadis pilihan menjadi suri hidup, jagala dia sebaiknya.Ingatla segala janji taklik yg pernah dibuat selepas acara akad selesai.Bukan setakat baca saja..Kalau ada kekurangan pada isteri, beritahulah dia.Jika buruk sikapnya, tegurlah dia agar dia dapat perbaiki kekurangan itu.Jika suda tidak perlukan isteri, bincanglah dengan cara yg baik.Bukannya tikam isteri dari belakang dengan perlakuan curang tu....mood:emo...haha~

Kesian akak ni.Dek kerana sayangkan suamilah dia begini.Kalau aku pun, mmg xsanggup kalau dapat suami yang telah lama hidup dengan kita, tiba2 curang.Sedangkan segala keperluan dia, kita sediakan, kita turutkan..Moga Allah tetapkan jiwa dan iman para Suami diluar sana supaya setia


MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.
Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis. 
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.

Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.
Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.

Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.

Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.

Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.

Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.

“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.

Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.

Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.

Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.

“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Harian Metro

Julai 06, 2011

Kuching Trip Part 4 (Kek Lapis Dayang Salhah)

Salah satu faktor, kenapa orang luar suka ke Sarawak adalah kerana Kek Lapis nya yang murah dan sedap.Setelah melakukan kajian, aku dapati, Kek Dayang Salhah la yg paling glemer di Bandaraya Kuching tu.Kedai Kek Dayang Salal terletak di Kampung Gersik.Kalau dari Kuching Waterfront, kita boleh naik boat penambang dengan kadar 50sen sehala.Boleh juga pergi dengan menaiki kenderaan.Tp jauh sikit la perjalanantu.

Pemandangan dari Kg Gersik.Bangunan besar2 tu la Bandaraya Kuching.
Rumah kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Antara kek yang aku suggest korang patut beli adalah :
1) Kek Sayang Sarawak (RM20)
2) Dragon Cheese (RM20)
3) Blueberry (RM10/RM5)
*Untuk confirm harga, boleh refer page dan blog Kedai Kek Lapis Dayang Salhah 

Confirm sedap.Oleh kerana lidah sudah merasa banyak kek, aku rasa mcm mual plak.Kenyang.Untuk pembelian melebihi RM100, pihak Kek Lapis Dayang Salhah akan bagi satu kek Roll free.Yg best, boleh pilih mana2 kek.huhu~
Perut tengah lapar..ngap smua tester.
Mcm raya la pula.Air x di hidangkan k.Kena bawa air sendiri.


ar
Antara kek yg dijual.Disusun mengikut jenis


Mama memborong.Pajak abes~
Gambar artis yg pernah mengunjungi Kedai kek ni.


Harap2 kedai kek Lapis Dayang Salhah boleh bagi kek free sbb aku dah promote kedai dia..hehe~
Di luar kedai tu, ada juga jual Ikan Terubuk Masin. Kalau beli di Pasar Satok, mungkin boleh dapat harga yg lebih murah,
Packing
Mcm briefcase la pula



Tulis apa tu bang??
Giliran mama aku memborong



Hati senang, kek banyak, duit luak.haha~


Wow! Boleh Order Online wo!!

walah~bestnya bercuti di Sarawqak.Banyak lagi yang ingin dikongsikan, tp memandangkan masa aku agak terhad...dengan kerja yg berlambak..ini saja yg mampu aku coretkan buat smua.Terima kasih kerana membaca blog aku.Sebagai tanda LIKE, sila click iklan Nuffnang aku.hehehehe~

Julai 05, 2011

Kuching Trip Part 3 (Pasar Serikin)

Lepas breakfast dan menunggu,akhirnya Lan tiba juga bersama van Ford nya.Seorang yg cukup peramah dan membuatkan kami begitu selesa sekali sepanjang sesi lawatan tersebut.Chewah~mcm ayat journalis perlancongan pula ba. 

Semasa berada di Lobby Hote

Sebelum bertolak ke kuching, aku sempat juga print-out beberapa tempat menarik dan boleh dilawati disekitar kuching. Mama aku seperti biasa, dengan selamba akan berbual dengan slang dan accent Sabahnya, walau di mana juga dia berada.Kekeke~Salute sama mama.Memang selamba abis..Nasib juga org lain faham, apa yg dia cakap.Kami ni punya la susah mo tahan ketawa..



        Dalam Van, baru bertolak dari Hotel

Ni lah dia rupa2 pelancong dr Sabah.
Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Seikin hanya mengambil masa selama 1jam20minit. (Kelajuan standard la 80-100km/j). Dan Pasar Seikin ni cuma dibuka hanya pada Hari Sabtu dan Ahad Sahaja Bermula jam 7pagi sampaila lewat petang. Dan dinasihatkan agar siapa2 yg xtahan panas tu, bawa la payung.Xkisah la payung jenis apa pun.Janji dapat berteduh dari terik mentari.  Sepanjang perjalanan tu, aku cukup kagum dengan tahap kebersihan Bandaraya Kuching sehinggalah samapi ke Serikin. Aku rasa, negeri2 lain patut contohinya.Memang bersih.Dan mama aku selaku pesara Jabatan Pertanian amat mengkagumi sikap penduduk yang mengambalkan konsep "Bumi Hijau". Apa barang tu "Bumi Hijau"?...

Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.
Baca lebih lagi di sini
Sepanjang perjalanantu kita akan dapat meyaksikan kerajinan penduduk yang bercucuk tanam segala jenis sayuran di halaman rumah. Sebelum bersara, mama aku pun mmg mengamalkan konsep Bumi Hijau di rumah kediaman kami di kampung.Dan hasilnya sekarang, agak memberangsangkan.Cakap mau apa saja, semua ada disekeliling rumah.Limau kasturi, Bunga Kantan, Serai, Limau Purut,Lengkuas,Mangga, Longan, Kedondong,Pisang,Nenas,Lada,Pokok Daun Kari, Pandan.....pergh..mmg lengkap. Kalau rumah di kk ni, jangan harap la.Semua kena beli. Tu la pasal, kalau balik kg saja, mesti tapau semua tu dr kampung.Jimat~.

Mama tengah mengenalpasti lokasi untuk dilawati selepas ni.
Menuju ke Bau


Awisy dan Datuk
Ada apa dengan Serikin??Kamu semua harus ke sana sbb mmg berbaloi dan xrugi.Kenapa??

Deretan gerai di kiri dan kanan sepanjang lebih kurang 2km 
Barangan Semuanya Murah dan boleh tawar menawar
Dapat merasai situasi berada di Indonesia


No Pendaftaran Indonesia. KB=Kalimantan Barat.

Antara barang dagangan yang terdapat di Pasar Serikin: 

1)Segala Jenis Bag
     -Ciplak@tiruan..mmg banyak pilihan.Baru2 dan pelbagai jenama.Kebanyakkannya dibawa dari Indonesia.Boleh tawar menawar sampai korang jadi beli.
     - Handbag, Backpackers,Travelling Bag,Laptop Bag, Pouch Bag,Wallet,Purse

2) Telekung
    - Telekung pelbagai pilihan.Mcm2 pesen.Kerawang2..dari indonesia juga.Harganya juga murah2.

3) Tikar & Tottoo
     - Tentunya  para ibu2 mmg naik gila bila tgk harga tikar dan totto di sini.Rasa mcm mo borong semua saja ni.Mama akupun hampir2 memborong.hehe~

4) Barangan Antik
    -Para penggemar barangan antik seperti jamxtangan dan dinding, seterika, periuk,curut, lampu,radio dan yg paling best..ada jual kamera lama. Jenama kegemaran aku..Nikon.Tp lupa pula tanya harga.
 
5)  Baju & seluar
    - Baju,seluar jeans,blouse pelbagai jenama juga mudah didapati di sini.Confirm murah kalau pandai tawar-menawar.Baju yg kalau dipasaraya biasa dengan kualiti kain yg sama. yg selalunya berharga RM40,di Pasar Serikin, boleh dapat separuh dari harga tu.Akupun terkejut dan bagai xpercaya.Dapat beli baju RM20 sehelai..

6)  Perfume
    - Kalau jual di gerai2, mestila tiruan.Aku ada beli satu dan tahan juga la bau dia dari pagi sampai ke petang.Boleh dapat RM10 sebotol.Xkirala apapun jenama.

7) Senjata dan Periuk Belanga
    - Yg ni, bapa2 & ibu2 tentu suka sekali. Puas memilh senjata seperti parang dan kelengkapan memasak seperti periuk belanga.Murah..mcm di Tawau juga.

8) Makanan Basah
    - Dihujung Pasar Serikin tu, dijual pelbagai jenis bahan masakan, buah-buahan,kerepek, dan macam2 lagi la..

9) Madu
    - Madu pun ada jual.Siap bawak Sarang Lebah lagi untuk tunjuk madu tu betul2 asli.Macaman mo tau madu tu asli atau tak? Senang saja: -
  •  Permukaan madu mempunyai buih-buih halus, Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya,
  •  Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli,
  • Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais, Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
Panduan dari:
* Pegawai Penyelidik FAMA, Azmi Ishak dalam Khasiat Madu Lebah Tualang,


Aksi lenggang2 kangkung pasangan abang dan adik ipar
Koboi Sabah sesat di Serikin..hahaha~


Rambang mata..Paling mahal..beg tabung haji mama..
Kebanyakkan yg datang ke Serikin ni, adalah dari golongan pelancong juga.Mcm kami..
Handbag ciplak..murah2.Lagi murah daripada biasa.
Beli helmet baru..Dapatla merempit lagi walaupun bukan helmet Appolo..
Manis tak madu ini??~(Mcm Jep Sepah)
ciplak~mmg la murah
Rumah tumpangan pun ada..
Mcm pahlawan.Main keris
Waduh~waduh Wak Anto..
Sebijik mcm di Indonesia
Bakso mbak~bakso
"Madu ini mmg manis, sayangnya harganya tidak berapa manis~"
Biar koyak~asal Levi's

Beginilah rupanya gerai-gerai di  Pasar Serikin

Telekung murah dan cantik

Fenomena biasa
Ibu2 sedang mensurvey harga kuali,periuk belanga
Panas.Tgk, langit pun biru.xda awam.
Nikon
En Husband sedang mentry test kamera 

Kami difahamkan oleh Lan, bahawa perjalanan sejauh 45minit perjalanan dari Pasar Serikin, akan membawa kita ke sempadan Sarawak Indonesia. Charter Motorsikal dari Serikin Ke Sempadan tu adalah RM15 bagi motor biasa, dan motor 3 roda (mcm ala2 becha tu, boleh letak barang banyak sikit) akan di kenakan bayaran RM40. Kalau mahu ke Indonesia, sediakanlah Pasport.Kalau x, hah~siap la.

.......bersambung Part 4.....

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)