Donation

Disember 31, 2012

c Pugut mintak pujie

      Yah para permisa~kembali kita ke ruangan keluh kesah bersama kak Tijah yg xberapa kesah.
Penghujung tahun 2012 yg betul2 mnguji kesabaran. Lepas abis psntation Geokimia, aku rushing ke Tuaran, jemput kakak aku di Klinik Pergigian Tuaran, p lunch sambil membincangkan hal perniagaan akmi..Ececeh~ perniagaan kunun.Sempat lagi round bundel di Telibong.Baru la aku tau ada juga bundel yg jual perabot spt sofa, meja makan, almari perhiasaan, ...peti ais pun ada..wah~kagum gila.Lepas puas cuci mata, aku hantar la c kakak tu p Klinik untuk menyetelkan kerja2nya sampai abis smua.

On the way ke Klinik,  tgk temp kereta naik mendadak.Radiator pun mengelegak bunyinya.Mcm air yg mau kering, tersejat sbb terlalu panas.Wah~apalagi...fenik makcik taw~Aku putuskan utk rehat di klinik smtara tunggu enjin kereta kembali kepada suhu bilik.Sementara tu, aku masukla surgery.Kbtulan ada pesakit yg buat temujanji arini.Dptla tgk cmana Dentis dan DSA berkerjasama memodify gigi org.Budak form 2 tu, tampal gigi depan. Ngilu pula aku dengan bunyi grain ( aku bagi nama sendiri sbb aku xtau apa nama benda ajaib tu), dikorek2 gigi berlubang tu smpi bersih sebelum dibuat tampalan.Hah! Mcm mo pengsan pula duduk dlm surgery tu.Dentis & DSA, rilex gila.Myb sudah biasa dgn keadaan mcm tu.Utk org yg tgk darah pun takut, mcm aku ni.xpyh berangan la mo kerja medic.Huhu~




Gigi yg dicabut, utk Dentis pelatih

Jam 4.30ptg mcm tu, aku isila air dlm radiator tank (Suka2 hati letak nama benda tu), lepas tu drive la..mo balik Tanjung Aru..Depan Puterajaya, jalan jem.Tgk asap bkepul2 kluar dr bonet...hah~ sudah ! Dia buat hal lagi.Lama aku tunggu, biar engine sejuk.Aku berhentila di bahu jalan.Hairan, banyak pula kereta di tepi jalan ni.xkan semua yg berhenti dibahu jalan ni, smua ada masalah yg sama mcm aku.Berbekalkan mata yg xtahu berapa mega pixel ni, aku renung betul ke depan, sambil kecik2kan mata supaya pandangan lebih jelas.Hmm~padanla.JPJ buat roadblock.Kalau cengitu, mmg sah la, org yg berenti di tepi jalan ni ada masalah.Tp mungkin masalah kami xsama.Aku trus bukak bonet. Bila isi air, temp xjuga turun, malah makin naik.

Haish~xblh jadi ni.Koling2 'Housemate' dan abg.Akhirnya abg juga yg dtg.Sbb dekat.Kbtulan msa tu dia kerja aren Tamparuli.Nasib la.Kalau masa tu dia p Kota Belud ka, p Pekan Nabalu ka..habis~~. Tp lama juga tunggu.Sampai pakcik JP tu dtg halau kitorang di tepi jalan ni, supaya gerak.Aku bgtau la kereta aku xblh kasi jalan.Engin panas.

Tau apa pakcik JPJ tu cakap?Mcm ni

 "Panas pun, jalan saja !"

...amboi pakcik, sedapnya ko bcakap.Dgn muka sombong, dahi berkerut dan uniform yg masih kaler biru cantek,dah ada kesan di iron yg sungguh tajam pada bahagian tangan dan juga seluar.Hah~sah! Budak baru kerja.Pastu dtg sorang pakcik JPJ yg mungkin sudah mo pencen dalam 2 tahun ni.


'JPJ : Ha yg ni knapa xjalan lg ni?".."

AKU : "Kereta saya panas enjin, xboleh jalan dlu.Tgh tunggu abang saya dtg, bwa air dan tgk kerosakan"..

JPJ :"kamu ni, biar betul.Siapa yg drive tadi ni?Kamu kah?"

AKU :"Ia, btul ba.Sya yg drive tadi.Nah, ni lesen sama IC saya.Roadtax, Incik check la sendiri.Masi idup lagi tu. 

JPJ:"Ow yakah, ba kamu jalan saja la, ok juga ni xda apa2." 

AKU :"Nantila saya jalan, kasi sejuk dlu enjin ni sama sya tungga abg saya dtg. 

JPJ :"Kamu jalan saja, xda apa2 ba tu"

..ek'eh pakcik ni, aku hempuk juga dia sama dashboard kereta ni nnti.Xfaham bahasa.Sudah kereta aku kbtulan rosak di sana, mo buat cmana.

JPJ:"Apa yg kmu takut, xjua kna check tu. Lepas juga tu"

AKU:"Ndak ba Cik, kreta saya btul2 rosak ni.Ba, saya start enjin la, cik tgk temp dia, kalau xpcya"

JPJ: "Eh eh, xpyh.Ndak pa.Ba, kunci pintu,tp buka tingkap sikit, nnti xbenapas pula kamu dalam kreta ni"

AKU:"Tau" ..agak kurang ajar di situ..haha~

 Akhirnya, perjalanan 40 minit, jadi 4 jam.

Nampkannya, c Pugut (Kereta buruk ku), minta duit la di tahun baru ni.Kopak lagi la duit Encik Housemate =)

Disember 08, 2012

Apk Seminar

Seminar Asas Pembudayaan Keusahawanan APK di Dewan Kuliah Pusat 1, harini. Mo jam 10 sudah ni.ngantuk, lapar.Dalam main2 tu, dgr juga talk dr MD ZenQ! Mr Daniel Wong.Best juga la bila dgr, cara dia run bisnes dia sejak skolah lagi.Ajk Nota di sekolah.huhu..Mmg otak bisnes la, smuanya ttg duit.

November 29, 2012

Nama Yg telah di'Jepun'kan


Skadar melawak di pagi buta. Ada bbrapa nama yg telah di"Jepun"kan untuk korang smua :

1. Yg pemarah- KIEJI CACIMAKI 
2. Yg tak suka brg mahal-SAYORI  SUKAMURA 
3. Yg bisu- KIETA TADASORA 
4. Yg suka makan tose- NANACHI KASIBANYA 
5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO 
6.Yg suka belajar- ASHIKO ULANGKAJI 
7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA 
8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI 
9 .Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO 
10. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI 
11. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA 
12. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA 
13. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI 
14. Yang suka merempit – SEIJA CARIMATI 
15. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI

Sumber : Facebook.Org tag2..xtau sumber sahihnya dari mana. 

November 14, 2012

Sunyinya~

Sunyinya bila mertua, adik ipar dan biras smua sudah bailk Lahad Datu, balik Kunak.Paling aku rindukan adalah anak buah, c Akmal yg chubby.Rasa kehilangan sangat.Mcm Akmal tu anak aku la pula.Mama Edja dan Babah Ryanto.haha~Sandi btul ni. Happy btl bila tgk En Husband main3 ngan  Akmal. Trus En Husband jd mcm budak2 juga.haha~Lucu pula ni

Sabar ya Akmal. Nanti insyaAllah kalau ada rezeki, Mama Edja sama Babah Ryanto kasi Akmal adik ya =) Dapat main2 sama Akmal nnti


November 12, 2012

Minggu Midterm

Walaweh~Sgt terbaik la kalau mcm ni.
Walaupu ada cuti 2 ari smpna ari deepavali dan Awal Muharam, midterm ttp jalan. Apa xserabut. Banyak benda yg aku xtau lagi.kena banyak ulangkeji ulangkaji. Otak sudah tua, smuanya jadi slow.Ha tu la, org  smbung study, ko pun mau juga.Ambek mu~.Aku ingatkan, akulah insan tertua yg masih belajar dan bersaing dgn budak2 muda ni.Rupanya, x.Agak kagum bila dapat tau ada sorang pakcik amik PMR baru2 ni dan soang nenek yg sudah ada cucu, amik SPM baru2 ni juga. Cayalah.Itula yg di namakan semangat kentalan



Oktober 29, 2012

Mid Sem Break

Aku xtahu la apa yg aku buat dalam 4 hari ni.

Khamis, Jumaat, Sabtu...balik kampung.
Ahad lepak di rumah, main game 1 hari, gara2 mo kejar Level 22 Fashion Story Cik Kak Mas. Sudahnya, 
harini, Isnin bersamaan 29/10/2012, timbul kesedaran untuk siapkan kerja yang belambak.Tempoh honeymoon telah tamat. 

Selamat menskemakan diri.Nasib baik la adaik2 ipar aku yg study di U yg sama dgn aku, ada dalam rumah ni.At Least, pandai juga aku gabra2 bila tgk dorang buat assignment masing2.huhu~

Check Nuffnang...yeah...aku nekad untuk cashout lagi walaupun duit yang diperolehi xseberapa.Tunggu 30 hari lagi dr skarang.Xsabarnya.Nanti dapatla beli lense yg di idamkan.(kalau duittu xhabis digunakan ke tempat lain la)


Oktober 21, 2012

Aku Terima Nikahnya? Nanti jap, biar aku pikir dulu

Terima Kasih utk org tu sbb ajak (padahal, aku yg paksa dia)  p tgk movie & makan2 arini.
Walaupun aku adalah wanita perkasa, yg tinggi2 tagap, akupun mo juga tgk movie yg tacing2 ni. Gayan mcm jantan, tp dalam hati ada taman.
Aku Terima Nikahnya.
Uiks~mcm tajuk album gambar  yg aku buat thun 5 November 2010 dulu la pula.
Masa org tu lafaz "Aku Terima Nikahnya"
Wow~ingat pula zaman muda2

Ni album hari pernikahan aku dan org tu.huhu~#blushing la konon

Rate dari aku utk filem  ni, 3 bintang la.

Sbb airmata xderas sangat, mcm aku tgk Nur Kasih dan Ombak Rindu.Hehe~By the way, gandingan pelakon ni aku suka.Mantap jo


Oktober 13, 2012

Selamat Tinggal 'Kekasih Gelapku'

Haih..padanla rasa mcm lain jak bila masuk kereta, selepas tamatnya class APK.Rupanya seperti biasa,kalau rasa mcm lain mcm jak, msti ada benda yg aku xsuka akan jadi..

JPJ RoadBlock!!

Perut lapar, mo cari kedai makan pun, paling2 jam-jam 9 mcm tu, rasanya kedai mamak jak yg buka.Akhirnya, Mekdi juga yg tlintas d fikiran.Otak ligat berfikir, siapa yg aku mo bawa kali ni..Yeah! Yan & Andi..Lagipun senang aku mo hntr dorang balik.Xjauh, Taman Kingfisher saja tu.
Jalan agak sesak dihadapan Kompleks Persekutuan.Seperti yg selalu berlaku, tempattu la yg JPJ pilih utk wat roadblock.Dua2 jalan pula tu dorang buat roadblock.Menghala ke KK dan jalan menghala ke 1Borneo. Haaaaaa~..mo lari pun, xtau mo lari p mana.Iskh.


" TINTED !! TINTED !! YG NI, TINTED !! "
Pakcik JPJ yg xberapa ensem bgtau pegawai JPJ lain supaya tahan kereta yg kami tunggangi  naiki.
Haih!! Time2 perut lapar la pula dia mo tahan kereta. Nnti aku pengsan sbb lapar, siapa mo jawab?
Dan bermulalah babak lakonan ku.
Hahaha..


Kasi pendek cerita la, aku tau,kmupun bukan suka mo baca ni.
Akhirnya, aku cuma diberi notis utk bwa kereta bertinted ala2 kereta mayat ke JPJ dalam tempoh 10 hari dari skarang. Kalau aku xp, trus dorang saman.(JPJ)


Jadi akuarium la kereta aku lepas ni.Mo korek idung  melalak sepuas-puasnyapun suda xboleh.Smua org nampak.Good by my VVIP Black Diamond Tinted.Selamat tinggal kekasihku yg gelap.Lepasni, xla gelap suda.Silau..haha~..
Sayang tu RM300 kalau pakai untuk bayar saman.Kalau bawa Boipren bernama En Husband, p makan, kenyang 1 minggu.Ada pahala lagi.






Oktober 08, 2012

[Matematik Asas] VS [Ceramah motivasi+maharajalawak]

Suka sangat masa class Matematik Asas. Mungkin umur Pensyarah ni, sebaya ngan mama aku.Tp, mama tua sikit la mungkin sbb sudah pencen.Duduk di rumah goyang kaki, dapat duit.Bestnya jd org gomen ni. Sejak mula lg Madam Noraini ni masuk class, mmg aku sudah set dlm otak.Dia mcm pelakon  Noryati Taib. Jadi, sepanjang sesi pembelajaran itu, aku beranggapan bahawa Noryati Taib yg sedang mengajar.Mmg sempoi la pensyarah sorang ni.Mcm bukan class Math.Rasa mcm berada dalam ceramah motivasi dan Maharaja Lawak la pula.Apa2pun, Thanks Madam Noraini.I Love u =)
Class Math & Sedimantologi merupakan class terapi.Hilang segala stress.





Berapa biji guli dalam congkak duit 10sen?

Mmg xda kerja lain.Selepas mata pening tgk mikroskop sbb kna kira sebijik2 dan asingkan butiran mineral dalam sampel batuan yang ada..aku mulakanlah kerja pelik2.xtahu la knapa rasa curious berada pada tahap tertinggi dalam diri aku.Ingat lagi masa zaman skolah dulu, ada member pernah cakap.
"Ko ni, jgnla buat mcm tu.Pelik.Nnti org cakap ko ni gila la pula"
Xla aku peduli apa yg dia cakap.Suka hati aku la.Aku xtahu, sbb tu aku cari jalan supaya aku tahu benda2 yg aku xtahu.ehehe~

Korang pernah ka kira berapa bilangan guli dalam congkak yang ada pada duir 10sen yg lama tu?Aku sudah kira dengan bantuan mikroskop elektron di lab Paleontologi, UMS 2 minggu lepas.Dan ni la hasilnya.

Pasir pun mau di kira.Di bawah mikroskop, butiran pasir ni sangatla besat

Semuanya 47 biji







47 biji saja?biar betul ni.
Mari kita belajar matematik.
kalau 47 biji guli diagihkan sama-rata pada 14 lubang, berapakah bilangan guli yang ada dalam setiap lubang??Kira.......

Setahu akulah kan, dlu masa kecik2, arwah moyang selalu celen cicit2 dia main congkak.Selalau arwah moyang isi 7 biji guli untuk setiap lubang.Maknanya, jumlah guli secara keseluruhannya adalah 98 biji.
Kan?????
Mungkin ada kesilapan semasa aku sedang mengira.Manala tau ada bilangan guli yg aku xdapat kira sbb duit tu sudah terhakis.
Sedang menunggu kalau ada siapa2 yg dapat bagi jumlah guli yg tepat dalam congkak 10sen ni.
=)

Oktober 05, 2012

Geologi Raya

Ajk Georaya yg segak dan lawa.huhu~
Tarikh : 28 September 2012
Lokasi : BT 2 & 3, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah


Alhamdulillah, satu event tradisi dalam Program Geologi, Geo-Raya telah selamat dilangsungkan.Seronok xterkata bila dapat berkumpul bersama-sama Pensyarah, pelajar2 Tahun1,Tahun 2 dan Tahun 3. Masa ni lah, kita yg xrapat ni boleh eratkan mana2 jurang yg ada.Buang jauh2 rasa ego,lupakan segala perbezaan yang ada dan fokuskan kepada persamaan yang ada.Slogan Geologi Batch kami di ilhamkan oleh ahli keluarga kami sendiri, Cik Alya yg comel.hehe~Tq Alya
Automatik masing2 berkerjasama walaupun bukan ajk.Terima kasih kepada ahli keluarga geologi dari Tahun 1 juga kerana membantu akak2 dan abang2 mengemas pada malam tu.Rasa terharula pula kan..huhu~

Banyak lagi event Geologi Club yang akan langsungkan selepas ni.Xsabar la pula. Nanti bila masing2 sudah ada kerjaya sendiri,peluang untuk bersama macamni amatlah tipis.Benda2 mcmnilah yang akan sentiasa bermain difikiran korang.Menggamit memori lama dan bermain dengan emosi (Uiks~puitisnya ayat aku.Sasterawan negarapun nanges owh bila baca ni)

Esok, aku dan 2 ahli keluarga geologi akan merentas kk.Cari hall dan catering di hotel2 untuk program GeoNite la pula.Moga2 Allah permudahkan semuanya.Amin~

Oktober 02, 2012

Aku & Dania (Haih~mcm tajuk novel la pula)

Sepatutnya aku dtg meeting dgn coursemate di BT52, SST hari ni.Tp masa sdg 'gembira' melayari internet yang sangat 'laju' di 1Megalab, UMS...dpt call dr Kakak,minta tolong ambil Dania (anak sedara aku), dia kna kuarantin sbb penyakit seperti yg disebutkan pada tajuk entri ni. Kesian btl.Atas rasa tanggungjawab sebagai adik, aku kena p juga bantu.Terpaksa xdapat mengadirkan diri untuk meeting ptg tu.Nyawa lebih penting daripada apa yg akan dibincangkan dalam meeting tu.Untungla dapat kawan yg memahami .Tq Yan Yamato & Adae Awesome ;)

Masa drive dari Sepanggar menghala ke Tuaran tu, ada pula roadblock.
"Haih~abisla melayang RM300 ni"(Monolog)
Mata aku tertumpu kepada buku saman yg pakcik polis trafik tu pegang.

Beginilah perbualan kami:

"Selamat pagi ,minta lesen Cik" - 
CIK la sangat..

Aku dgn confidentnya bagi la lesen sambil mata masih  tertumpu kepada pen berserta buku saman yg dia pegang tu.

"Owh, masih belajar lagi ya Dik?" 
ADIK la sangat~

"Ya, masih lagi"
"Minta lesen memandu Dik"

"Aik?Yg td tu bukan lesen kah?" - Monolog lagi 

Aku pun tgk la apa yg aku bagi di tangan Pakcik polis tu.
Laaa~kad matrik.
Nasib la bukan kad diskaun siswa.
Untung2, Kalau kena saman, dapat mintak diskaun.
huhu~

Tq la pakcik polis sbb xsaman aku tadi.
Tips untuk semua, kalau polis trafik atau pegawai jpj minta lesen, bagi la kad pelajar atau kad matrik.
xla kena saman.
haha~
kalau kena saman juga, nasiblaaa~~

Berbalik kpd cerita Dania, mmg kesian la aku tgk dia ni.Jd, seperti biasa, bila aku ambik dia dr jagaan mama dan papa dia, cnfm la macam2 order dan request yg dia buat.1st skali,KFC.Sakit2 pun ada lg selera makan kepsi. Pastu p playground.Lalu depan Tanjung Lipat, KK, dia nampak kapal perang amerika yg sedang berlabuh di pantai.Turun jap, amik2 gambar, bagi dia snang ati sikit.Org sakit ni, kena selalu senangkan sikit hati dia sebagai salah satu terapi untuk menyihatkan dia selain drp pengambilan ubat2 tu.



The American aircraft carrier USS John C. Stennis said to be one of the 10 largest vessels in the US Navy has docked here Sabah for a goodwill visit.

Fakta Menarik USS John C Stennis
- 5200 crew on board
- 10% kru terdiri daripada wanita
- berat 97000 ton, panjang 1092ft
- tinggi : setinggi bangunan 24 tingkat
- menyediakan 38000 hidangan setiap hari!
- dikuasakan oleh 2 reaktor nuklear, setiap satu 550MW
- Antara jet pejuang yang dibawa ialah FA 18 Hornet.













Semoga Dania cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah, menuntut ilmu yg xberkesudahan

September 18, 2012

Jijik

Apa perasaan kamu bila terpaksa duduk dengan org yg suka tarik kahak ikut idung,lepastu di hembus ikut idung juga.Dan terpaksa berhadapan dengan keadaan tu dari 7.45pagi hingga 9.30 pagi.Benda tu xpernah berhenti.Akupun xfaham la knapa mamat tu buat mcm tu.Habit kah? Bila dia dah tarik kahak dan besar kemungkinan juga hingus akan tertarik sekali.Persoalannya,dimanakah benda2 asing itu akan pergi?Yah! Betollll!!!!!!Mamat tu telan.Bukan itu saja, sesekali mamat tu akan masukkan jari telunjukkanya ke dlm hidung dan mengeluarkan benda asing dari dalam hidung tu,lalu digentel-gentel dan dibuang ke bawah kerusi.Disgusting.Konsentrasi aku untuk modul kimia harini, mmg xda langsung.Knapala Mamat tu dduk sebelah aku.Em,nxt wek,aku kena lebih berhati-hati.
Sekian

September 15, 2012

Bermulanya "Musim Kahwin"

September - Disember merupakan musim yg sesuai untuk buat kenduri kawen selain drp bulan Mei.Ada juga yg kawin pada bulan yg x disebutkan,tp xla dapat menandingi kehebatan bulan September hingga Disember.

Ini teori saya,knapa kenduri kawen selalu dibuat pada bulan2 tersebut :

1) Budak2 dah cuti skolah,makcik2 xla sibuk sangat mo urus anak2.Jd dapatla makcik2 p potong daging,sayur,bwang2 tanpa kegusaran dan gundah gulana.

2) Selalunya bulan ni lah juga dapat save budget drp beli baju baru untuk datang kenduri.sbb,kita kan baru pas raya.pakai ja la baju raya tu.(Sbnarnya akupun xfaham knapa ada org suka pakai baju baru sangat masa dtg knduri kawen,pdhal dtg skejap jak pun.Xda nya org mo tgk ko pkai baju baru atau lama.Org dtg cuma mo tgk pngantin dan makan free jak tu)

3) Makcik2 yg ada anak dara,yg baru bis exam,dapat suh anak2 dorang tu prektis buat kerja dapur dan show off skill masing2.Pancingan dpt besan dikalangan geng2 seangkatan.Jd nnti bila anak dara tu dah kawen, senangla ati makcik td,menantu dan anak xduduk jauh.xpayah gaduh2 mo balik beraya di kg siapa , stiap kali menjelangnya lebaran.

4) Bukan musim tengkujuh.Jalan yg xberturap berpotensi utk becak kalau buat knduri msa musim tngkjuh.lgpun, org malas mo kluar rumah time2 hujan.(Teori ni dah xblh pakai skang ni.Musim tngkujuh dah xikut jadual.)

Sekianla dahulu pembentangan teori saya berkenaan dengan knapa knduri selalu dibuat pada bulan September hingga Disember. Esok, saya akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat msa sama2 belajar di Poli KK dlu.Reunion trus.Yeyeh~

September 14, 2012

Instagram dan Twitter

Kesiannya aku.Org lain sudah berabad bermain dgn Instagram.Aku baru mo start.Sakai..Dan begitu juga dgn Twitter.Akaun sudah  lama buat,tp xpndai  gunakan.Disebabkan rasa ingin tahu, aku pun gatal2 tangan la tekan apa juga button yg ada dalam aplikasi tu di samping tunjuk ajar org yg lebih pro.Seronok juga rupanya bermain dgn benda tu.Teruja dan boleh dtgkan gian.hehe.Suka tgk gambar2 yg org ambil melalui aplikasi Instagram tu.Rupanya,xla susah mana... ;)




tQ kawan2 yg follow dan rajin meLIKE dan COMMENT. 
Aplikasi ni sesuai sangatla untuk org yg suka sangat dengan fotografi.Dan kemudian melalui photo2 itulah, segalanya diceritakan. 



Bagi yg suka membebel...gunakan aplikasi Twitter..Bebel la banyak mana.Xda  siapa mo hairan.


September 09, 2012

Happy Anniversary

 Alhamdulillah..Tq Allah sbb bagi rezeki kpd kami.
Tq Hubby & happy anvsry. 
Yg ni utk anvsry kapel kan? (9.9.2001 - 9.9.2012)
Hadiah utk anvsry kawen, lain lagi kan??
Hahhaa

September 07, 2012

Belajar...... jangan berhenti

Petang tadi, baru dapat senarai agihan kumpulan dari Ketua Program Geologi merangkap lecturer untuk modul Fotologi dan Penderiaan Jauh untuk semester ni.Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat group A untuk makmal geokimia.Maknanya, hari jumaat aku cuma ada 1 klas saja.Yahoo....Dapatla aku menjimatkan duit minyak dan duit makan. Sem ni, aku kena pandai uruskan duit.Xblh terlalu boros.Kesian la pula dengan 'orang tu'.Dia penat2 kerja, aku senang2 tolong abiskan duit dia =) Amboi~amboi~amboi~..Banyak cantik.

Harap2 sem ni, aku akan lebih fokus dalam pelajaran.Lagi2 aku rasa sem ni, modul2 agak susah jugak kalau xbelajar betul2.Pengajaran di ambil daripada semster lepas.Padan dengan muka aku.


Bermula sekarang, kena simpan duit untuk overhaul kereta. Maklumla, kereta lama dan dah lama pakai kereta tu.Baru sekali tukar enjin.Enjin asal, sudah angkang tahun 2010.Skang gear la pula lagi.Gear 5 susah mo masuk.Kena tekan cluth  dua tiga kali baru dapat masuk.Apa2pun, kereta buruk aku tu la banyak berjasa.Dari kerja, belajar di poli, kerja di KGESB, lepastu skang belajar di UMS...banyak sangat jasanya.Masa buat final project dulu pun, kereta buruk tu la juga yang aku gunakan.Tq kereta burukku =)

September 06, 2012

Hantu atau cuma ilusi?


Makhluk halus mmg wujud.Terpulangla kepada kamu untuk mmpercayainya ataupun sebaliknya. 
Ada juga yg cakap

"Owhh~ ko ni kuat betul berimaginasi, padahal benda tu xda pun,ko mmg saja mengada-adakan benda yg xda.Aku xnampakpun tu sebagai makhluk ka apa."

Suka hatimu la mo cakap apa.

Gambar ni aku xsngaja ambil semasa sedang test2 kamera kompek aku. Hairan kenapa kadang2 gambar cantik, kadang2 tidak.Jd memandai2la aku p tukar2 setting dalam kamera ni.Tu lah kerja aku bila xda benda lain mo di buat. Aku balik kampung selama 4 hari, sbb En Hubby p Tenom dgn kwan2 dia.Ada 4x4 offroad ntah apa2 ntah.Akupun xtau apa benda tu smua.Daripada sorang2 tinggal di rumah kami tu, ada baiknya aku balik kampung. Ada juga mama, bapa dan adik bongsu aku di rumah tu.xla bosan.

Berbalik kepada cerita gambar di atas..Sebelum rumah ni dibangunkan dalam tahun 1992 (Masa tu, aku baru Darjah 2), di tapak ni, ada kubur budak2 betul2 di dinding bilik mama bapa aku.(Di tingkap kawsan gelap yg aku bulatkan tu).Dan sebelum pembinaan rumah ni juga, kawasan sekitar adalah deretan rumah sewa milik moyang aku. Hajah Hafsah Bin Hj Zainal.Mmg banyak la.Lebih daripada 30 buah rasanya.Kubur budak kecik tu telahpun dipindahkan ke belakang rumah kami ni, ditempatkan sekali bersama kubur2 lama yang lain. Menurut moyang, kubur2 tu adalah kubur Syeikh2 Islam.Masa aku masih kecik, selalu juga aku main di sana .Nisannya adalah batu yg ditegakkan dan sempadan kubur pula disusun batu2 mengelilingi tiap kubur tu.

Aku ingat lagi masa raya 2001, arwah moyang yang tinggal sebelah rumah ni saja, datang.Lepastu dia tunduk.Agak lama juga la.Lepas tu, dia tanya mama /kakak aku yg duduk berhampiran dia masa tu.
"Siapa yang panjang rambut, sama mukanya putih tadi tu?"
Sambil dia tgk pintu utama kami.
Malam pula tu.Siapala xmeremang bila diajukan soalan mcm tu.

Rumah kami ni,mmg lama xda org tinggal.Kami semua tinggal di tuaran, sbb mama dan bapa bertugas di tuaran dan kk sejak 1997.Kami semuapun sekolah di tuaran dan kk.Kami cuma akaj balik bila menjelangnya hari raya atau bila mama dan bapa p kebun buah kami di Bukau, Beaufort.Baru saja tahun 2009, mama dan bapa balik dan menghuni balik kediaman kami ni sejak dorang dapat transfer ke kampung halaman.Bayangkan berapa lama rumah tu kosong.

.......banyak lagi yg aku mo cerita, tp malasla pula mo menaip.Lain kali lah ......

Konvo Oh Konvo



Tgh susun2 dan buang  file dalam harddisk, jumpa pula bideo lama, tahun 2009 masa majlis konvokesyen, time aku buat Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Kinabalu dulu. Muda remaja gitu..haha..Tambahan lagi, masa tu..mama, bapa dan Encik Tunang (skrang dah jd suami) datang..Uuuu bestnya.Nama aku disebut, muzik pun dimainkan.Huh~rasa mcm mo menari la pula masa tu.Menari tarian asli..ala2 zapin johor gitu..hehe~

Kelihatan dalam video adalah barisan classmate.Acara dimulakan dengan penganugerahan Diploma kepada YDP JPP, Alffian Robert...Sekarangni, masing2 sudah kerja dan sambung belajar ke peringkat seterusnya.Yang kerja goverment pun ada.Alhamdulillah..Dan Yg kerja di Politeknik pun ada..Seperti yang kelihatan, gadis2 cun melecun yang amik pass..bar code dr pelajar tu..salah sorangya merupakan kawan aku yg sama2 belajar dulu.Selama buat dip tu, aku menumpang tinggal rumah dia la.Rumah staff...huhu~Tq Ameng =) Sekarang, ko pun dah jadi Puan, ya ameng.Selamat bertukar status..hahaha~

Bila tgk balik video ni, semangat la pula mo belajar sungguh2.Sudah 2 kali ikut konvokesyen,...xsabar mo ikut konvokesyen untuk kali yang ketiga nanti.InsyaAllah...moga dipermudahkan segalanya =)

Ya Allah, berikanlah kesempatan kepadaku, walau sedetik cuma, untuk membahagiakan kedua orang tuaku, suami dan keluargaku dengan berkongsi kejayaaan dan kebahagiaanku Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin

September 04, 2012

Nigger

Nigger, selamat datang dalam family kami..Ni la Nigger yg aku kutip dr kampung.Nigger ni adalah anak Tiger dan  Janda meletop lagi hot di kampung aku.Tgkla, kacukan.Bulu Nigger ni panjang, sama mcm Tiger. Nigger juga mewarisi beberapa sifat Tiger.Slow Motion dan  Cepat  menggelabah



Jelingan paling menawan
Nigger ni dibela oleh tuan punya kucing betina, c Ngiau (Wife Tiger).Tp kesian aku tgk Nigger ni..Kurus kering.Sakit.Dorang xjaga betul2.Aku nekad kidnap kucing ni.Daripada kucing ni mati, baik aku rawat.Nanti bila kucing ni dah ada anak, aku akan bagi balik ngan tuan Ngiau.Tp kalau dorang xjaga, aku akan amik balik la.(Buruk siku)haha


Handphone sebagai skala
Nigger makan ubat

Alhamdulillah, Nigger beransur sihat.Skang dah boleh lari2 dan lumpat atas riba aku =)

Tadi aku kluar skjap p beli makanan untuk Nigger.Xjauh, dekat2 dengan Airport Airasia.Lepas bayar barangan yang dibeli, dari pintu keluar tu aku nampak sorang pakcik traffik usha2 kreta.

Haha sudah~baru ingat aku belum renew roadtax.2 Srpt 2012 dah mati.Aku tunggu la pakcik tu berlalu dari sana.Dia park motor betul2 sebelah kereta aku...Diapun masuk kedai tu,dah ktorang berselisih.Aku buat xtau la.Cepat2 masuk kereta dan pecut.

Skali, haih...pakcik tu pun naik motor dan bawa laju2.Di traffic light...lampu dah kaler kuning.Betul2 aku depan trfk lght tu.Lampu trus tukar kaler merah.Haih~tawakal saja la.Trus pecut smpi rumah.Em selamat la.Pakcik tu mcm tau2 sja aku ada buat salah.Hahaha~Smpi rumah, baru terfikir...Bukankah tgk roadtax tu kerja JPJ?haha~
Apala aku ni..

Ogos 29, 2012

Semangat memulakan semester baru

Dlm 11 hari lagi, aku akan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa di universitiku yang terchenta..terchenta la sangat. Bangun pagi harini, trus buat pengesahan pendaftaran kursus dan mmg akan berebut daftar subject PPIB. Dan smp awal2 dah buat kejutan...
Jeng~jeng~jeng~


PENDAFTARAN KURSUS PPIB HANYA BOLEH DIBUAT BERMULA MINGGU KE-3 SEMESTER 1 2012/2013

Mana peginya subject English yg aku reg aritu..haih~kna register balik la ni.Tu pun dalam minggu ke 3...Time ni la mcm main saham.Berebut dan kecoh..haha~ Yg penting, aku xmo masuk class sebelah malam.Dr tahun 1, aku xpernah amik klas malam.MSM pun join 2 hari jak, hari ke 3...cabut..balik rumah..
eeee~seronoknya..

Xsabar mo bfldwork.Dgr kata Lecturer, sem ni akan berkampung di Tandek, kota Marudu..Yeah~! 
Xrugi amik geologi.

Ogos 28, 2012

Kerana tudung, aku di tampar

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku….

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung?

Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk.

Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.

Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.

Aku sanggup lari dari rumah.
Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung.

Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh... . sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak... ." Pangggggggggggggggg gggg... .! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap."Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng!
Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU!
OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Moral of the story: kenalpasti jantina anda!

Orang gaji, suami outstation dan isteri di rumah

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation, dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : Lho!!!.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Rumah siapa ni?... Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Teknologi Wireless bermula di Malaysia

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berbincang.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS

Ogos 27, 2012

''Jangan Angkat Berat"

Sudah berapa org  mak bidan, pakar perubatan moden dan tradisional yang aku jumpa.Semuanya memberikan nasihat yang sama.'Jangan angkat berat'.Wah! Xsangka, rupa2nya ada kesan juga kalau gadis selalu angkat berat2 ni.Menyesal xsudah aku dibuatnya.Hampir 2 tahun melayari bahtera rumahtangga, rezeki belum menyebelahi kami suami isteri.Redha saja sebab Allah mempunyai perancangan yang lebih baik daripada apa yang kami rancangkan.Kami hanya berusaha dan biarlah Allah yng menentukannya.
(Nanti dapat anak berderet2, jangan pula mengeluh =) )

Aku mmg agak lasak sedikit sejak kecil lagi.Angkat benda2 berat tu, mmg perkara biasa bagi aku.Pindah2 pasu bunga, pindah perabot dalam rumah....Boleh kata, aku ni mcm jantan jugala dulu..hehe..Ingat gadis2 sekalian, jgn angkat berat2 k.Jgn jd mcm aku. Trip2 kuat dan xpandai minta bantuan lelaki untuk angkat benda2 berat.Dah berubat, masih lagi aku angkat benda berat.Xtau mo minta tolong sama siapa, sbb aku sorang2 di rumah kalau En Hubby keluar berkerja.Jadi hobby aku mengalihkan perabot dalam rumah sejak zaman muda2 lagi.Nasibla xjadi Eric Leong.Kalau x...mmm~Dalam 2 bulan lepas pun, aku angkat sendiri, tong plastik untuk stock air dr bawah sampi ke tingkat 4.(Bangga). Besar ba tu tong, tinggi smpi pinggang, diameter 3 jengkal.Ha, imagine sndri la.Besar kan?Tp xla berat btu..dlm 5 kg jak kali tu.

Lepasni, xda lagila mo angkat2 semua tu.Even beli barang keperluan untuk rumah dan dapur, aku akan tinggalkan dalam kereta dan biarkan En Hubby yg angkat naik ke rumah kami di Tingkat 4 ni.Aku bawa yg penting saja (Wah~indahnya kehidupan aku sekarang.Mcm puteri raja). Jd, mohon maaf kepada kawan2 yang minta bantuan k.Aku jd driver, boleh la =)






To Anak Mama & Babah, jgn lama2 k.Kami menunggu ni..hehe~ 
Kami tunggu darah bangsa BRUGIWA (Brunei + Bugis + Jawa) mengalir dalam tubuh mu ya Nak =)


Ogos 24, 2012

Raya berabis dari Sipitang sampai ke Tawau

Alhamdulillah...tahun kedua berhari raya setelah memegang gelaran terulung sebagai seorang Isteri. Tahunni giliran beraya di kampung aku.Raya ke-4 kami gerak ke Tawau.Aku, En Husband, Mama, Bapa dan Nain my cuzzy.

Dari Sipitang, aku dan En Husband gerak duluan dan tunggu di teratak kami di Tg Aru,KK. Nanti ke Tawau naik 1 kereta saja. Bapa, Mama dan Nain bergerak kemudian sbb kereta kena servis dulu sebelum kami memulakan perjalanan.Dalam perancangan, mo gerak kul 8.30am,tp ada bbrapa masalah yg xdapat dielakkan..lambat sedikitla kami bergerak.Dari KK,mo jam 11.30pm.Sempat singgah di Kundasang untuk bersolat Zuhur dan makan.Paling best, makan di bawah pokok dikawasan lapang berhampiran masjid tu.Piknik..haha~Rendang daging dan paceri Nenas Babu Hajah Kibah mmg sedap.

Singgah sembahyang di Pekan Kundasang.Dorang p solat, aku dalam kereta.Makan dan bermain dengan kamera kompakku.

Smpi kunak jam 10pm.Lepas kenyang makan dirumah kawan Nain, kami gerak trus ke Tawau.Dekat jam 12mlm jugakla check-in hotel. Hotel2 semua penuh.Pilihan terakhir, Walaitokou.Selalunya bila ke Tawau, Kingston Executive menjadi pilihan aku.Tp kali ni, kena cari hotel yang menyediakan tempat parking yang selamat.Mula2 mo pilih LA hotel.Tp penuh la pula.Mahu xmahu, terpaksala pilih Walaitokou.Murah dan selesa.Ada juga yg lagi selesa, tp mahal sangat.Rasa mcm xberbaloi la pula.

Gambar di ambil masa Check-Out.Pandangan Tepi.Xsempat pula mo ambil pic dr depan dan dalam hotel tu.
Pasar Gantung. Gambar sengaja dikaburkan.Mo tunjukkan kereta kami yg kotor.Xcuci lagi.
Lepas bkfast, kami ke Pasar Gantung untuk memenuhi kehendak ayahnda mencari baju ala2 Ustaz Maulana, Islam itu Indah.Untuk dipakai ke masjid.Mama pula sibuk menambahkan koleksi telekung made in Indonesianya, baju tidur.Memang murah la di sini ni.Jika dibandingkan dengan harga baju di KK. Tujuan utama ke Tawau ni, bukanlah mo p pasar gantung.Saja jalan-jalan.Tengok produk dr Indonesia.Bila ada yang berkenan dihati,beli.Teringat pula masa jalan- di Pasar Serikin Sarawak.Keadaannya lebih kurang sahaja.Bezanya, di Pasar Gantung ni, berbumbung.


Bapa sedang test2 baju.Mama ketawa2 jak tgk sbb susah mo butang baju tu di bahagian abdomen.Abdomen???.Perut.
Rambang mata memilih baju tidur. Sekali-sekala, mama aku yang memeng peramah, tersasil dengan bahasa Bruneinya.Makcik jual baju blur seketika.Apa yg mampu aku buat, ketawa dalam hati.Hahaha~
Test dan beli Blaus
Makcik jual bajuni mmg peramah dan rajin.Habis semua baju yg di gantung, diturunkan dari tempatnya.Suruh mama test baju2 tu.
Macam2 brand.Paling femes, brand Monalisa (Baju Tidur)
Gajah Duduk.Memang bagus kain ni.Dulu masa bujang, ada belikan En Boyfriend beberapa helai =). Dulu boyfriend, sekarang Husband.


En Husband dan bapa aku berjalan secara berduet dalam misi mencari baju bapa.


Icebox
1B di Tawau. Hebat


Puan Hajah Kamalaih dan beg telekungnya..hehe~
En Husband tgh parking kereta.Selamatla kereta kalau bgini.CCTV pun ada.
Dah Check-in, jadi satu kebiasaan aku untuk mengambil gambar dalam bilik hotel sejar mula berkerja dulu. Cari idea untuk design bilik dan tandas dalam rumah sendiri nanti.InsyaAllah kalau ada rezeki.








Mama tgh test telekung yang dibelinya
Update blog sambil tgk pemandangan Tawau
Tawau Map
Tgh memerhati map dan keadaan sebenar bandar Tawau.Hati ni gatal mo drive sendiri kereta di bandar ni.
Mahal juga
Letak Minuman sendiri.Minuman yg sedia ada dalam icebox tu, xmo minum.Mahal betul

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)