Donation

Jun 27, 2012

Round Sabah

Kerja Lapangan mengelilingi Sabah akan bermula esok.Malasnya mo packing.Membujangla aku dan En Husband aku buat smntra waktu. Adoyay~setelah hampir 2 tahun bsama, kalini la tpksa bpisah smntra waktu utk jangka masa yg agak lama sikit..huhu~Xpa, tabahkan hati wahai Tija.

Pis~Pis~Pis..kamu jangan nakal
ku pergi sebentar
bukan utk curang
uwoho~wo~wo

Aku kembali kepada kehidupan lama yg selalu outstesen.Jarang ada d opis.Msa bkhidmat bsama KKLW dlu.Harap2 aku dapat biasakan diri dengan keadaan yg spt itu kembali.

Jun 25, 2012

Orkes Akiuku


Selepas berakhirnya exam .. mulala xtau mau buat apa...Alhamdulillah, bisnes kecik aku dah mula berjalan...Semalam, p Gaya Street ngan 2 member.Kbtulan ada pameran kraftangan dan jualan kraftanagn di sana.Sempat juga dengar 2 lagu dr Orkes Akiuku.Aku mula jatuh cinta dengan keharmonian suara dorang.Albumpun baru launch bulan lepas.Dorang memperjuangkan lagu berkonsepkan ukulele Best! Masa dgr dorang perform tu, rasa mcm mo bejoget2 la pula..Akupun cari2 la di Youtube, kalau2 ada org upload lagu kat sana.Wah! bertuah! Memang ada..Tp xbanyak, dalam 2,3 lagu saja yg aku jumpa.(Lagu dorang sendiri)..Yg lain tu, cover2 saja. Lagu yg sungguh catchy...Save Our Culture :

Save our culture/nature - OA





Jun 24, 2012

Login FB, dapat RM100

Perkara paling sandi dalam hidup aku apabila terpedaya dengan benda2 bodoh gitu.
Satu penipuan yg sungguh berani.Rasa sangat2la menyesal.
Nasib member yg sebenar2nya member telah sedarkan aku.
Kalau x, xtaulah.Berkodi2 la aku pikul dosa, menipu orang.

Maaflah kalau entri aku kali ni, akan menyinggung member yg sedang giat berkecimpung dalam bidang ni.Skarang xlagu guna nama awesome 'Login FB dapat RM100'. Telah dijenamakan semula dgn pelbagai nama yg lebih menarik si mata duitan. Lepastu, mulala, upload gambar dengan duit2 yg banyak..screenshot duit masuk dalam akaunDan yg paling xtahan,siap jual nama Jutawan Internet, amik keratan akhbar sana sini, lepastu edit2 sikit, dan amik petikan kata2 menteri ttg menjana pendapatan melalui internet..Cik kak sayang oi~..tgkla..bisnes yg dorang maksudkantu, bukan dengan penipuan k. Kadang2, bila kita ragu2 mau join bendatu, mulala hasutan ejen ibils post macam kat kita . Kdg2 juga, benda yg dia post tu seolah2 dia mahu membantu orang2 yg kesempitan kewangan.Bajet dia dah kaya la dengan join bendatu.
X rasa bersalah ka, menipu orang lain sbb sayangkan modal RM100 yg dilaburkan samapi sanggup tipu orang lain.


Encik Zakri, Puan Suhana,Cik Rozih, Encik Saifullah,Puan Azizah, Cik Amirah, Cik Juhaira & Encik Rosman.
Ya, ni la mangsa2 aku dulu.8 orang...Modal RM 100, pastu aku dapat RM700..hasil penipuan.
Alhamdulillah, aku sudah kembalikan duit2 mereka ni. Transfer balik duit2 dorang ni melalui Mybank2u. Check punya check, rupanya salah satu produk yg konon di 'Jual', adalah Al-Kitab.Owh, ok...no komen.Sbnarnya, benda yg di 'Jual'tu untuk cover saja la.Hakikatnya, xda istilah beli dan jual dalam perkara ni.,Ya ada cuma,"bank-in" dan perdaya org lain.

Harap2 , kpada yg belum terjerumus tu, jangan la cuba2 cari pasal k.
Dalam dunia ni, banyak jalan lain untuk kita dapatkan rezeki.Tp jgnla ambik jalan jijik mcmtu.
Sekian, luahan rasa untuk kali ni.
Salam kedamaian =) 





Jun 15, 2012

Otak beku

Yah! Acara menembak jarak dekat berirama utk paper Hubungan Etnik berjalan dengan penuh istiadat sebentar tadi. Emm yakin lg, duduk paaaaaaaaling depan.Sbb senang mau kluar.Bukan ada aku bacapun Modul HE tu sbb rasanya xbnyk mbantu.Tawakal dan terpaksa refresh database yg uda masuk virus utk matapelajaran sejarah dan pengajian am masa skolah dulu. Wah leganya aku sbb telah mengharungi hari yang getir minggu ni.Harap2 paper Geologi Struktur akan aku hadapi dengan tenang Jumaat depan.

Mode Astro Ceria dihidupkan.
Jd budak2 skejap.
Tunggu Ninja boy Nintama Rantaro sebelum p dating ngan Encik Hubby =)


Jun 14, 2012

Study la wei.Esok ada 2 paper tu



Yah! setelah lunch dan berjimba-jimba ngan org kuat opis merangkap taiko, KATA General Engineering Sdn. Bhd...sapa lagi kalau bukan Kak June & Kak Liz hehe...sambung lagi study ni, utk paper esok..(sambil online)..Esok paper Hubungan Etnik dan jugak paper Geologi Asas 2. Emm smua kena hafal dan faham.. =='

Doakan kejayaan saya =)

Jun 13, 2012

Anime "Girl"

Comel x comel ???
Pakai baju skolah lagi tau.
Awwwuuu~ tergodee mak, nyah..



Jun 12, 2012

Hujan,Xda Air dan kelaparan

Wah~ terbaik dr paip getah

Hujan..air dr paip xda..xdpt masak.Stock air, untuk aktiviti di dlm bilik mandi dan tandas saja.Kontraktor tgh betulkan paip.Xtaula apa masalah dorang ni.Malar repair-merepair.
Em trip2 la jd org kaya ni, makan d luar kunun. Mo p pasar dr kmarin, tp xjuga tepigi ni.Malas sbb ujan. P pasar kepayan pun aritu, bapak mahal ikan dia.Biasa beli ikan tu harga rm6/kg, ttiba naik smpi RM12/kg...

Cnfm pnjual bg alasan.."Musim ribut dik.Ikan xbnyk.Tulah harga mahal". ..
dlm ati aku  "Ia lah pakcik.Di layan ba kalau kau"

Pastu trus putuskan xmo makan ikan time gini.Mkn ayampun muak uda.Beli sardin la jwbnya.Xjuga mati kalau xmakan ikan tu.hehe..Apapun ceritanya.Teta[lah bersyukur dengan apa yg ada.


Jun 07, 2012

Tq Budak2 Karan

........Belumpun panas punggng dilabuhkan ke sofa, kena keluar lagi utk laksanakan tugas........

Bagi yg xfaham dgn tugas cik abang SESB,TNB dan SESCO, mmg senangla menilai bahawa dorang ni pemalas...xbuat kerja...makan gaji buta.
Bercakap dan mengata org, mmg sesedap mee sedap..hehe~
Mcm aku juga la...asal blackout...mulala mo jd super saiya..marah2 kpd pihak tu..
Tp masa ada electric, xpula bsykur sma nikmat yg Allah beri.
xpula ckp trima kasih sma org yg jaga karan2 ni..
Teruk kan??
=)

Time2 ginila kerja dorang yg mmg sedia banyak,..akan bertambah2 banyak.
Asal hujan kuat, ribut...

Feeder Trip
Cable putus
Pokok tumbang
mcm2la...akupun xtau mo sebut apa lg..kamu tnyala sndri pihak yg berkenaan.

Punca hampir 1Sabah blackout xlama dulu
Org2 standby pun tpaksa minta bantuan dr org yg xstndby.
Sempat juga makan sama2 dan sediakan oligo+indocafe+nespray panas spt biasa.
Yeah~nampaknya hrni aku ada extra masa utk ulangkaji.
F I Z I K
(padahal xulangkaji sgtpun, malar online & blogwalking)

Peace No War

Jun 06, 2012

Study @ Tgk Movie ??



Haih~ Apala...Jumaat ni paper Fizik.Dlm masa yg sama, gatal pla ati ni m tgk movie.Movie dah basi, aku bru mo tgk.Xda masa mo p cinema ba.Tpksa main download2 seja ni.Mo beli, sayang pula duit.Beli makanan lg bagus.Kenyang perut.So, aku putuskan utk buka kedua2nya...hihi~Good luck kawan2 smua.

Dan saat2 tension ginila, aku paling suka buat pkara2 yg pelik2..Ganggu org.Harini, officemate aku jd mangsa.Xlain, xbukan..Kak June, yg baru smlm aku terserempak di Sunny, sdg mbeli-belah.hehe. Dlu msa d ois, suka sngat main dgn tulisan biru ni.Kbtulan juga Kak June blogger.Trikh lahir kami pun sama..beza bbrapa tahun seja.Muda lagi ba..hehehe~


Jun 04, 2012

Kembali ke zaman Dinasour

Ni la transport aku utk esok Tg Aru <-> UMS <-> Tg Aru  - Mr T-Rex-


Esok Final Exam hari pertama..Paper Geologi Sejarah & Stratigrafi.Habis khatam 1 buku Stratigrafi. Sedikit perkongsian daripada patik ttg dinasour spt gmbr di atas.

Nama kampung : T-rex
Nama saintifik : Tyranosaurus
Usia : Mesozoic -Triassic
Fav food : Daging (karnivor)

Masa dorang ni berleluasa dan menunjukkan tahap kesamsengan yg tinggi, beginilah bentuk muka bumi pada masa tu..berbezakan, dari sekarang..


Jgn cari d mana Sabah k.Masa ni, sabah masih di dasar lautan yg sangat dalam.Belum terangkat lagi ke permukaan.Namapak x Malaya? Tu la Malaysia..Nnti ada masa, aku cerita, cmana benua2 ni boleh terpisah.

Aku xdapat lupa jawapan dr sorang mmber smasa pembentangan Laporan Kerja Lapangan..

Prof Baba : Kenapa fosil dinasour xda dijumpai di Sabah.
Member : Sebab di Sabah xda makanan yang sedap.

Hahahahaha~...Memilih juga dinasour masa tu ya..Jawapan yg totally salah. 

Ok cukup entri utk hari ni. Masa untuk berehat =)


Jun 02, 2012

Final

Sangat bertuah.....Org smua sdg struggle abis, buat revision..Agak2la Tija woi..ari selasa ni, ko final exam.Final exam k.Bukan kuiz atau midterm..Boleh pula time2 gini, p knduri kawen sdara-mara, bbq di kampung, jalan2..karok sakan.Buku2, nota2 dan slideshow melambai minta d baca..ergh~

Sekian

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)