Donation

Ogos 29, 2012

Semangat memulakan semester baru

Dlm 11 hari lagi, aku akan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa di universitiku yang terchenta..terchenta la sangat. Bangun pagi harini, trus buat pengesahan pendaftaran kursus dan mmg akan berebut daftar subject PPIB. Dan smp awal2 dah buat kejutan...
Jeng~jeng~jeng~


PENDAFTARAN KURSUS PPIB HANYA BOLEH DIBUAT BERMULA MINGGU KE-3 SEMESTER 1 2012/2013

Mana peginya subject English yg aku reg aritu..haih~kna register balik la ni.Tu pun dalam minggu ke 3...Time ni la mcm main saham.Berebut dan kecoh..haha~ Yg penting, aku xmo masuk class sebelah malam.Dr tahun 1, aku xpernah amik klas malam.MSM pun join 2 hari jak, hari ke 3...cabut..balik rumah..
eeee~seronoknya..

Xsabar mo bfldwork.Dgr kata Lecturer, sem ni akan berkampung di Tandek, kota Marudu..Yeah~! 
Xrugi amik geologi.

Ogos 28, 2012

Kerana tudung, aku di tampar

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku….

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung?

Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk.

Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.

Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.

Aku sanggup lari dari rumah.
Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.
Aikkkk, apahal bapa balik awal ni

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung.

Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh... . sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak... ." Pangggggggggggggggg gggg... .! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap."Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng!
Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU!
OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Moral of the story: kenalpasti jantina anda!

Orang gaji, suami outstation dan isteri di rumah

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation, dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : Lho!!!.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik... saya lakukan sekarang
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..

OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Rumah siapa ni?... Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor

Teknologi Wireless bermula di Malaysia

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang berbincang.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS

Ogos 27, 2012

''Jangan Angkat Berat"

Sudah berapa org  mak bidan, pakar perubatan moden dan tradisional yang aku jumpa.Semuanya memberikan nasihat yang sama.'Jangan angkat berat'.Wah! Xsangka, rupa2nya ada kesan juga kalau gadis selalu angkat berat2 ni.Menyesal xsudah aku dibuatnya.Hampir 2 tahun melayari bahtera rumahtangga, rezeki belum menyebelahi kami suami isteri.Redha saja sebab Allah mempunyai perancangan yang lebih baik daripada apa yang kami rancangkan.Kami hanya berusaha dan biarlah Allah yng menentukannya.
(Nanti dapat anak berderet2, jangan pula mengeluh =) )

Aku mmg agak lasak sedikit sejak kecil lagi.Angkat benda2 berat tu, mmg perkara biasa bagi aku.Pindah2 pasu bunga, pindah perabot dalam rumah....Boleh kata, aku ni mcm jantan jugala dulu..hehe..Ingat gadis2 sekalian, jgn angkat berat2 k.Jgn jd mcm aku. Trip2 kuat dan xpandai minta bantuan lelaki untuk angkat benda2 berat.Dah berubat, masih lagi aku angkat benda berat.Xtau mo minta tolong sama siapa, sbb aku sorang2 di rumah kalau En Hubby keluar berkerja.Jadi hobby aku mengalihkan perabot dalam rumah sejak zaman muda2 lagi.Nasibla xjadi Eric Leong.Kalau x...mmm~Dalam 2 bulan lepas pun, aku angkat sendiri, tong plastik untuk stock air dr bawah sampi ke tingkat 4.(Bangga). Besar ba tu tong, tinggi smpi pinggang, diameter 3 jengkal.Ha, imagine sndri la.Besar kan?Tp xla berat btu..dlm 5 kg jak kali tu.

Lepasni, xda lagila mo angkat2 semua tu.Even beli barang keperluan untuk rumah dan dapur, aku akan tinggalkan dalam kereta dan biarkan En Hubby yg angkat naik ke rumah kami di Tingkat 4 ni.Aku bawa yg penting saja (Wah~indahnya kehidupan aku sekarang.Mcm puteri raja). Jd, mohon maaf kepada kawan2 yang minta bantuan k.Aku jd driver, boleh la =)






To Anak Mama & Babah, jgn lama2 k.Kami menunggu ni..hehe~ 
Kami tunggu darah bangsa BRUGIWA (Brunei + Bugis + Jawa) mengalir dalam tubuh mu ya Nak =)


Ogos 24, 2012

Raya berabis dari Sipitang sampai ke Tawau

Alhamdulillah...tahun kedua berhari raya setelah memegang gelaran terulung sebagai seorang Isteri. Tahunni giliran beraya di kampung aku.Raya ke-4 kami gerak ke Tawau.Aku, En Husband, Mama, Bapa dan Nain my cuzzy.

Dari Sipitang, aku dan En Husband gerak duluan dan tunggu di teratak kami di Tg Aru,KK. Nanti ke Tawau naik 1 kereta saja. Bapa, Mama dan Nain bergerak kemudian sbb kereta kena servis dulu sebelum kami memulakan perjalanan.Dalam perancangan, mo gerak kul 8.30am,tp ada bbrapa masalah yg xdapat dielakkan..lambat sedikitla kami bergerak.Dari KK,mo jam 11.30pm.Sempat singgah di Kundasang untuk bersolat Zuhur dan makan.Paling best, makan di bawah pokok dikawasan lapang berhampiran masjid tu.Piknik..haha~Rendang daging dan paceri Nenas Babu Hajah Kibah mmg sedap.

Singgah sembahyang di Pekan Kundasang.Dorang p solat, aku dalam kereta.Makan dan bermain dengan kamera kompakku.

Smpi kunak jam 10pm.Lepas kenyang makan dirumah kawan Nain, kami gerak trus ke Tawau.Dekat jam 12mlm jugakla check-in hotel. Hotel2 semua penuh.Pilihan terakhir, Walaitokou.Selalunya bila ke Tawau, Kingston Executive menjadi pilihan aku.Tp kali ni, kena cari hotel yang menyediakan tempat parking yang selamat.Mula2 mo pilih LA hotel.Tp penuh la pula.Mahu xmahu, terpaksala pilih Walaitokou.Murah dan selesa.Ada juga yg lagi selesa, tp mahal sangat.Rasa mcm xberbaloi la pula.

Gambar di ambil masa Check-Out.Pandangan Tepi.Xsempat pula mo ambil pic dr depan dan dalam hotel tu.
Pasar Gantung. Gambar sengaja dikaburkan.Mo tunjukkan kereta kami yg kotor.Xcuci lagi.
Lepas bkfast, kami ke Pasar Gantung untuk memenuhi kehendak ayahnda mencari baju ala2 Ustaz Maulana, Islam itu Indah.Untuk dipakai ke masjid.Mama pula sibuk menambahkan koleksi telekung made in Indonesianya, baju tidur.Memang murah la di sini ni.Jika dibandingkan dengan harga baju di KK. Tujuan utama ke Tawau ni, bukanlah mo p pasar gantung.Saja jalan-jalan.Tengok produk dr Indonesia.Bila ada yang berkenan dihati,beli.Teringat pula masa jalan- di Pasar Serikin Sarawak.Keadaannya lebih kurang sahaja.Bezanya, di Pasar Gantung ni, berbumbung.


Bapa sedang test2 baju.Mama ketawa2 jak tgk sbb susah mo butang baju tu di bahagian abdomen.Abdomen???.Perut.
Rambang mata memilih baju tidur. Sekali-sekala, mama aku yang memeng peramah, tersasil dengan bahasa Bruneinya.Makcik jual baju blur seketika.Apa yg mampu aku buat, ketawa dalam hati.Hahaha~
Test dan beli Blaus
Makcik jual bajuni mmg peramah dan rajin.Habis semua baju yg di gantung, diturunkan dari tempatnya.Suruh mama test baju2 tu.
Macam2 brand.Paling femes, brand Monalisa (Baju Tidur)
Gajah Duduk.Memang bagus kain ni.Dulu masa bujang, ada belikan En Boyfriend beberapa helai =). Dulu boyfriend, sekarang Husband.


En Husband dan bapa aku berjalan secara berduet dalam misi mencari baju bapa.


Icebox
1B di Tawau. Hebat


Puan Hajah Kamalaih dan beg telekungnya..hehe~
En Husband tgh parking kereta.Selamatla kereta kalau bgini.CCTV pun ada.
Dah Check-in, jadi satu kebiasaan aku untuk mengambil gambar dalam bilik hotel sejar mula berkerja dulu. Cari idea untuk design bilik dan tandas dalam rumah sendiri nanti.InsyaAllah kalau ada rezeki.








Mama tgh test telekung yang dibelinya
Update blog sambil tgk pemandangan Tawau
Tawau Map
Tgh memerhati map dan keadaan sebenar bandar Tawau.Hati ni gatal mo drive sendiri kereta di bandar ni.
Mahal juga
Letak Minuman sendiri.Minuman yg sedia ada dalam icebox tu, xmo minum.Mahal betul

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)