Donation

Februari 22, 2013

[LAWAK] Bila semua binatang berbentuk bulat



Lucu juga bila tgk binatang2 menjadi bulat dan kembung.Binatang yg ganas pun akan jadi sungguh comel.Xpercaya?Jom tengok video sampai habis.

JOM TGK VIDEO BINATANG BULAT DI SINI   

Februari 11, 2013

Tips Paling Mudah Memilih Calon Suami

Bagi seorang gadis, memiliki suami yang soleh dan bertanggungjawab ,merupakan kreteria utama dalam  membina rumahtangga yang bahagia.Salah satu perkara yang kelihatan agak simple, tp inilah yang akan mendedahkan siapakah bakal suami itu yang sebenarnya.Bakal suami yang bukan plastik.Bagaimana?

BERJUMPA DENGAN IBU BAKAL SUAMI DAN LIHAT BAGAIMANA DIA MELAYAN IBUNYA.

Percayalah..bagaimana dia melayan ibunya, begitulah kamu akan di layan. Alhamdulillah, walaupun saya langsung tidak pernah berjumpa dengan bakal ibu mertua semasa masih dalam proses mengenali hati budi bakal suami, tp saya selalu memerhatikan dan mendengar bila mana suami (yang pada ketika itu, masih bertitle kekasih) berbual dengan ibunya di telefon.Bukannya ingin memuja suami mahupun ibu dan bapa mertua, tp ini sekadar perkongsian rentetan kehidupan saya yg sudah bergelar isteri selama 2 tahun lebih.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Sebelum berkahwin, saya seperti orang lain.Pasti ada rasa takut jika punyai mertua yang garang.Ala mcm dlm filem2 melayu dan indonesia.Mertua yg jahat dan garang, di samping punyai sifat pendendam. Hehe..Pertama kali berjumpa dengan bakal ibu dan bapa mertua adalah semasa bakal suami dtg merisik khabar ;)

Ternyata, mertua saya memang sorang yang tidak ubah seperti ibu bapa saya sendiri.Melayan saya ibarat anaknya sendiri tanpa sedikitpun memeberikan gambaran bahawa saya ni seorang yg asing dalam keluarga suami.Cuma saya saja yang tidak mampu menjadi menantu yang sempurna.Saya sedang berusaha ke arah itu, memperbaiki diri dan berusaha untuk lebih matang. Ingin menjaga suami, sebagaimana mertua menjaga makan minumnya, pakaiannya dan perasaannya.Bertuahnya mendapat suami dan keluarga suami yang sangat baik. Terima kasih ibu dan bapa mertua dan juga adik2 suami saya, dan juga biras saya kerana menerima saya seadanya =)

Februari 07, 2013

Azli Paat Meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAM

Februari 01, 2013

Pregnant Kembar



Dari zaman bujang dulu, teringin sangat ni mo ada baby kembar.kalau ditanya, cnfm aku mo baby kembar, sorang lelaki dan sorang pempuan.senang mo bezakan dorang.hehe.Hasi dari pembacaan, banyak la org sajes, kena makan asid folic untuk kesuburan.pastu makan Kentang, xlupa juga banyakkan minum susu. Susu Anumu Materna pun bagus sbb ianya mengandungi asid folic dan rumusan kesihatan yang lengkap dalam ramuannya.

Bestnya dapat anak kembar.Best tu, best juga, tapi kita kena tahu juga risikonya. Jom baca berkenaan bayi kembar neh.Tambah2la sikit pengetahuan tu ya =). Tq

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.

KOPIPES : http://pama.karangkraf.com 

Pregnant

Bestnya bila dengar khabar kawan2 dan isteri kawan2 sudah pregnant.Excited tak terkata aku.Mcm akula pula yg pregnant. Tp, rezeki tu belum sampai lagi, jadi, kita tunggu saja la. Usaha tangga kejayaan.Xsabar neh =)

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)