Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kota Kinabalu - Sipitang. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Papar... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Papar, belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur sja la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Papar ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai Papar.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Papar.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Beaufort.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Papar... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Papar..
Sesampai di Papar... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Papar! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Papar?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Papar.. saya boleh makan nasi bungkus ni.Saya mahu ke Sipitang"
Fairytalecargo
Donation
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Donate
Isi Mengandung
anak buah
(1)
anniversary
(1)
artis
(4)
cuti
(8)
e
(1)
eksaited
(10)
family
(2)
fieldtrip
(6)
gaduh
(3)
geology
(4)
gosok
(1)
honeymoon
(1)
ikan
(1)
ilusi
(1)
isteri
(5)
jawatan kosong
(2)
kemalangan
(3)
kereta
(3)
laporan
(1)
laptop
(1)
Lawak
(4)
midterm
(1)
Movie
(2)
nikon
(1)
pasar
(1)
perkahwinan
(3)
pinjaman
(2)
pregnant
(6)
PTPTN
(1)
puasa
(1)
resipi
(1)
sabah
(1)
solat
(1)
UMS
(5)
0 comments:
Catat Ulasan