Donation

Januari 19, 2011

1Malaysia.com pengganti Facebook?



Disebabkan kekecohan Facebook akan ditutup, maka dengan itu, banyak pihak berusaha untuk menggantikan Laman Sosial Terpopular tu.Termasuklah 1Malaysia.com. Aplikasinya lebih kurang sama seperti Facebook juga.Bezanya cuma diasaskan dr rakyat Malaysia.

Xsabar rasanya patik mahu mencuba hasil kerja rakyat Malaysia.Bukan mahu mencari kekurangan, tapi mahu melihat kekreatifan yg ada pada rakyat mesia ni.jom baca

sign up here : 1Malaysia.com

1malaysia.com setanding Facebook?

Percaya atau tidak, CASO Sdn Bhd menjadi salah satu syarikat tempatan yang bermatlamat bersaing dalam membangunkan laman web sosial.

Ketua Pegawai Teknikal syarikat ini, Tan Yew Hong berkata mulai sekarang orang ramai dapat menikmati tawaran setanding laman sosial lain dengan mendaftar di laman web 1malaysia.com.

Laman sosial yang mula dibuka kepada umum pada 12 Januari lalu merupakan laman web sosial yang dibangunkan oleh tujuh anak muda berusia 26-32 tahun, termasuklah Yew Hong dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezran Baharum.

“Kami cuba bina laman ini sejak 2008 dan ia tiada kaitan dengan laporan kononnya Facebook akan ditutup. Kami tak tahu menahu pun tentang itu. Semuanya berlaku secara kebetulan,” katanya.

Menurut Yew Hong, sepanjang membangunkan 1malaysia.com, pasukannya banyak memberi tumpuan kepada kandungan dan fungsi berbeza dengan laman sosial sedia ada.

Mengetengahkan konsep feel like home (seperti di kediaman sendiri), Yew Hong yakin laman web ciptaan anak Malaysia ini mampu menarik perhatian masyarakat tempatan dan dunia memandangkan keunikan aplikasi serta ciri-ciri istimewa yang ditonjolkan.

“Kami ambil masa yang agak lama untuk siapkan laman web sosial ini kerana memikirkan ciri-ciri yang boleh membuatkan orang ramai mendaftar.

“Hasilnya, laman ini wujud dengan ciri interaktif selain menampilkan persembahan lebih mantap dan menarik,” jelasnya.

Walaupun 1malaysia.com yang menggunakan versi Beta ini masih lagi di peringkat percubaan, namun pasukan ini sentiasa mengembangkan aplikasi yang ada ke tahap yang lebih baik.

Salah satu keistimewaan yang akan dinikmati pengguna adalah dari segi kesempurnaan dan kepantasan ketika melayari laman web ini.

“Setakat ini kita ada lapan pelayan yang bertapak di Malaysia. Kami yakin ia mampu memberi pengalaman baru kepada mereka yang gemar melayari laman web seperti ini,” katanya.


sumber:mstar online

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)