Donation

Jun 02, 2011

Kepala Bayi Berkecai




....." Rock..rock juga.Tapi dalam hati ni, ada taman tau"....
hekhekhek~ ;p

Airmataku jatuh bercucuran membasahi bumi.Tersentap jiwaku tatkala membaca kezaliman "binatang" yg durjana, mbuang dan mencampak si kecil dr Tingkat 5 flat kediaman. Maka berkecailah tubuh si kecil yang tidak berdosa itu.

Aku dan Hubby punyalah excited menanti kehadiran Cahaya Mata yg pertama. Setiap hari, setiap waktu, bibir ni xpernah lekang melafazkan doa agar dikurniakan zuriat. Yg akan mengutuhkan lagi kasih sayang kami, pengubat lara dikala duka.Membawa bahagia kami suami isteri.(Harap2 Ibu dan Bapa mertua aku bersabar menanti kelahiran cucu pertama mereka ;) )

Hehe ;p Org lain, suka2 ja p buang anak dorang tu, mcm buang sampah.Cis!Mmg bedebah.Kalau xmau anak tu, bagila pada yg mau.Dorang xsalah, kamu yg salah. Pd yg masih bujang d luar sana tu, jauhilah maksiat.Berusahala untuk berhubungan dgn cara yg "halal''. Dengan perkahwinan, insyaALLAH pembuangan bayi xkan ada. Alasan buang bayi "Malu, sbb anak luar nikah".So, pandai2la kamu pikir yea...Peace~..(Sekadar pendapat peribadi)

Kebetulan pla tgk "Drama Berpaling Dari Jannahmu"..aish~bengkakla mata ni besok.Mmg drama ni antara yg terbaek bagi aku.Kena lagi dengan lagu olskul Uji Rashid.Pergh! Lakonan Kak Ogy, mmg mantap. Adik Mia pun xkurang hebatnya.Mmg hidupla watak korang tu.

ayat 89, surah al-Anbiya : “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.

Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.

Sumber kaw2 aku petik dari Harian Metro

ayat 38, surah Ali-Imran : “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”


2 comments:

Unknown berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

perghhh..gile punye org..kesian kott baby tuh.

MizZ MyA berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

Astaqfirullahalazim..kecian nya kt baby tu...sedih sgt2 skg ni bnyk sgt kes buang2 bayi :(

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)