Syukur alhamdulillah..dengan segala nikmat yang Allah berikan..setelah 8bulan 3minggu 6hari melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang, kami melalui Ramadhan pada kali ini buat pertama kalinya bersama-sama.Hehe~alhamdulillah..Pengalaman pertama bersahur bersama suami..bangun sama2, sama2 menyediakan sahur, tunggu imsak dan sama2 menunaikan solat fardhu Subuh..Alhamdulillah atas nikmat yg Allah berikan, hidup kami suam isteri lebih bermakna pada Ramadhan kali ini.Timbulnya satu keinsafan dalam diri kami dan moga keinsafan ini sentiasa bersama kami agar kami lebih menghargai segala nikmat yang Allah kurniakan..Amin..
Kepada Suamiku, Terima kasih kerana telah menjaga isterimu ini dengan penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab. Moga Allah perkenankan doa kita pada Ramadhan kali ini..
Kepada ibu bapa ku, Terima kasih kerana menjaga,memberikan didikan yg sempurna dan mengeluarkan duit yang banyak tanpa mengharapkan balasan sejak aku kecil sehinggalah aku bersuami.
Kepada Adik-beradikku, terima kasih kerana kita berempat telah membina dan menempuh pengalaman yang indah bersama-sama, suka duka kita harungi bersama.
Kepada Ibu dan Bapa Mertuaku, Terimak kasih kerana menerima aku dalam keluarga besar bapa dan mama. Tahun ini merupakan Syawal pertama bersama keluarga di Kunak.Moga dimaafkan segala kekurangan yang terdapat dalam diriku.
Kepada Adik-adik Iparku, Terima kasih kerana menerima aku sbg salah sorang dari lingkungan adik beradik dan harap dimaafkan segala kekurangan yg ada padaku.
0 comments:
Catat Ulasan