Donation

Januari 10, 2018

1pax to 6pax

     Pertama kali saya hadiri class Coach Perniagaan, Azizan Osman adalah pada 15/5/2016, Klinik Usahawan, Lepastu join program 3 hari IMKK pada bulan Ogos tahun yang sama. Dan lepas tu,join satu program lagi yang saya lupa apa namanya. Program yang sama macam Klinik Usahawan Mudahnya Berniaga.Masa pertama kali ikut program Azizan Osman tu, dia ada bagitau sedang dalam proses mengurangkan berat badan. Boleh kah dia kurus dengan keadaan kecomelan beliau masa tu. Saya macam kurang yakin pula.

    Haaa gitulah manusia. Orang lain pula yang kurang yakin, padahal kita tidak tahupun kekentalan jiwa dia untuk mengurangkan berat badan dan kurus. Apapun, tahniah Azizan Osman, salah sorang yang sangat memberi inspirasi dalam bidang perniagaan dan juga mengurangkan berat badan. I follow you AO.hehehe
Penurunan berat badan Azizan Osman membuatkan dia nampak lebih muda dan bergaya.

Saya belanja sikit gambar zaman kecomelan saya bermula. Detik bersejarah bermula sejak tahun 2007 semasa saya mendapat perkerjaan pertama saya. Ada duit gaji sendiri, memang makan sajalah kerja. Meeting makan, outstation lagi la kuat makan.

2009, semasa aktiviti paintball dengan coursemate Dip. Civil Engineering. Setahun sebelum jadi bini orang.
2012 semasa holiday dengan coursemate Geology di Labuan. Makan ja kerja, apa nda debab.

Ini paling rare. Dagu tu kalau boleh, bersambung dengan leher tanpa lekuk.bwahaha!!!!
2015, bersteamboat dengan coursemate Geology. Pregnant anak kedua masani.


Tahun 2018 ni, sangat besar goal saya. Dapat shape macam kawan ni hah. Eiza Gonzales. Mampu atau tidak, kita tunggu 31 December 2018

Januari 09, 2018

Cerita Housewife Separuh dan sepenuh masa.





06/08/2017 – 07/01/2018
               Maka dengan tarikh itu, berakhirlah tempoh cuti bersalin selama 2 bulan + 3 bulan cuti tanpa gaji. 5 bulan merasa pengalaman menjadi fully housewife yang ada 3 anak yang masih kecil. Betul-betul housewife yang tinggal bersama suami dan anak-anak. Bukan tinggal dengan ibu bapa, mertua, mahupun ahli keluarga yang lain. Tiada maid.

               Pendek kata, apa-apa yang berlaku dalam rumah, di bawah tanggungjawab husband and wife. Apapun berlaku, kena tangani sendiri. Tiada back-up. Kalau husband kerja, tiada di rumah. Wifelah yang memangku jawatan sebagai ketua keluarga.

               Merasa juga bila sedang buat kerja di dapur, anak-anakpun sibuk mau menolong. Tolong sepahkan dapur dengan turunkan semua pinggan mangkuk periuk belanga. Main masak-masak adik beradik. Kalau perempuan tu, memang perempuanlah juga.

               Masa kita buat urusan pelaburan dalam tandas atau sedang mandi, masa tu juga lah anak gendang-gendang pintu tandas. Sampai macam mau tercabut pintu tu.  Sibuk tanya mama buat apa. Mo ikut. Akhirnya saya ada penonton yang melihat saya sedang mandi. Lepas mandi, mau pakai baju, anak-anak ikut juga, jadi ekor. Kemana saya pergi, anak ikut. Tiada privacy.

               Lain lagi bila anak-anak yang pada mulanya sweet ja bermain berdua. Berpegang=pegang tangan, peluk-memeluk, usap-mengusap. Kita yang tengok ni pun, sejuk ja hati tengok. Sejuk perut ibu yang mengandungkan, kata orang. Tapi bila sudah bergaduh tu, panas hati kita tu, membawa ke dari hujung rambut sampai ke hujung jari kaki. Organ dalaman semua mendidih. Suara mak-mak pun keluar. Lantang, kuat dan nyaring. Merasa juga jadi Ziana Zain & Jaclyn Victor.

               Bukan mahu mengeluh, tapi sekadar berkongsi saja bagaimana rasanya menjadi seorang surirumah sepenuh masa, 24jam sehari, 7 hari seminggu. Suri di hati suami, memang sah lah kan, sepenuh masa. Kerjaya sebagai surirumah ni adalah kerjaya paling sibuk, tidak boleh ambil cuti, apatah lagi mau resign. Sentiasa on call. Kerjaya paling sibuk, tapi sunyi.
              
               Kalau ada yang bertanya kepada saya, bagaimana mengisi rasa ‘sunyi’ para surirumah ni, cadangan saya mudah saja. Bagi dia ‘Me Time’. Masa untuk surirumah meluangkan masa untuk dirinya saja tanpa memikirkan rumah, anak-anak dan suami. Apa salahnya suami bagi  pelepasan kepada isteri, sebulan sekali untuk beberapa jam untuk dia manjakan diri ke SPA, Saloon, Gym, Cinema, Shooping, hangout dengan kawan-kawannya atau berikan dia masa, buat apa yang dia suka, yang dapat menggembirakan hatinya. InsyaAllah, bahagia isteri tu. Balik rumah, senyum sampai ke telinga dan tiba-tiba ada energy yang luar biasa. Kalau ndak percaya, kamu cubalah dulu.  

               Kesian isteri tu, sudahlah mengandungkan anak , morning sickness berbulan-bulan. Ada yang bukan setakat morning sickness, afternoon sickness, evening sickness dan night sickness sekali. Pakej combo spicy. Sakit contraction, bersalin, luka bersalin, gunting, jahit, bawa anak cek kuning berhari-hari sedang masih dalam pantang, tambah sekali yang kurang tidur sebab anak berjaga malam. Apa salahnya, semua yang saya sebutkan tadi, di bayar secara ansuran dengan bagi Me Time beberapa jam dalam sebulan. Tidak rugi apapun. Malah wife bertambah sayang lagi.

               Kalau saya, husband benarkan pergi pasar, beli tomato jak pun, memang happy gila. Atau pergi stokis Sahajidah Hai-O (SHOM) untuk restock product, atau pergi COD, memang sudah cukup menggembirakan. Balik rumah, terus banyak benda mo cerita sama husband. Pot pet pot pet.Padahal sebelum keluar rumah, sugul jak, macam orang sakit. Syukur husband memang bagi ja pun kalau saya mau Me Time bila-bila yang dia free untuk bonding time dia dengan anak-anak.

               Best surirumah yang ada satu minat yang dapat buat duit. Kalau di rumah saja, tengok sinetron beratus episode yang nda pandai habis, yang malar zoom in zoom out, layan KRT sampai hubungan suami isteri pun terjejas kalau asyik ambil dari sisi yang negative saja. Apa kita dapat? Yileeekk. Pasangan tidakpun buat benda macam dalam sinetron, KRT semua tu, tapi kita yang masukkan dalam otak kita dan akhirnya akan timbul syak wasangka sampai mahu bercerai-berai. Naudzubillahiminzalik.

               Usia perkahwinan sayapun masih muda lagi, jadi sayapun malas mau bincang soal tu. Kita fikir yang baik-baik saja dan masing-masing perbaiki diri, dan jangan sesekali jebakkan diri dengan benda yang tidak sepatutnya. Sudah berkeluarga, masanya untuk membangunkan keluarga, besarkan anak-anak bersama,pendidikan untuk dunia dan akhirat keluarga, menambah aset untuk keluarga, saving, percutian. Bukannya bila sudah ada komitmen besar ni, sana jugalah sibuk-sibuk lagi mau test market. Laki bini mengorat sana-sini, anak-anak terabai. Hah? Saya type apa ni? Melencong jauh dari cerita asal tau.

               Kalau ada surirumah yang tidak tahu mau Me Time dengan apa, saya boleh bagitau. Kamu join ja bisnes bermodalkan RM50 dan dapat free Marine Essence Bodywash. Confirm sibuk, tiada masa mau mengumpat dan layan benda yang tidak sepatutnya. Sibuk, tapi gembira dan ceria, InsyaAllah. Mau join team saya Elitkingdom? Sekarang juga saya tolong register. 11hb setiap bulan, bonus masuk account, hati pun senang, ramai kawan positif dan ada mentor yang tolong guide A to Z. Kalau yang hati kental, dapat free vvip trip 3kali setahun keluar Negara, tabung kereta, naik pentas penganugerahan, SM-SSM, Diamond Night.Banyak lagi lah. Yang ni saya cerita di lain entri.



Saya Cikgu Tusyen Bisnes Online,
SM Tja Airy (Sales Manager)

Elitkingdom, Smart Tycoon Group (STG)

p/s Blog saya, semuanya pendapat peribadi dari saya.

Misi KURUS 2018

Hari ke-8 tahun 2018,
Alhamdulillah, berat badan turun lagi walaupun tidak begitu ketara penurunannya.

Tahun ni,
Akan diusahakan sebaiknya mendapatkan perut yang rata, berat badan ideal dan body shape yang diinginkan tanpa lemak yang berlebihan.

DIET + SUPPLEMENT (Hai-O Garlic Tablet) + CARDIO

Semoga saya terus konsisten dan bukan hangat-hangat tahi ayam.

Januari 05, 2018

Central Park, New York City.

Hari-hari layan The Secret Life of Pets, kegemaran Wafiy. Lawa view masa intro animasi tu. Try la pergi Google, memang cantik. Dalam tengah-tengah kesesakan bangunan di bandar tu, ada pula taman. Tu lah Central Park New York City.

Sedikit informasi tentang Central Park ni, ianya terletak di Manhattan, New York City.
Keluasannya adalah 3.41km persegi dan berbentuk segiempat tepat. Panjangnya 4km dan lebar sepanjang 800 meter.

Setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 25juta orang yang berkunjung kesini, sekaligus Central Park New York City ini telah dinobatkan sebagai taman yang paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat. Central Park juga menjadi tumpuan para penggiat seni perfileman untuk melakukan penggambaran di sini. C

Central Park New York dikelilingi bangunana mewah dan berada dalam lingkungan kawasan yang harga tanahnya memang menggila.

Antara fasaliti yang terdapat di Central Park ni, adalah trek untuk jogging, ruang pejalan kaki sepanjang 10km keseluruhannya, dua arena untuk ice skating, kawasan perlinndungan haiwan, padang rumput, kawasan rekseasi kanak-kanak, terdapat tasik dan kolam buatan manusia juga .





















Januari 02, 2018

Anak mula bersekolah


Anak sulung sudah 4 tahun.
Dari kecil di taska dan ikut mama ke office selama 7 bulan sementara Ayra di taska.
Anak sudah 3 orang ni, macam ada kelam-kabut sikit.
Next week, cuti tanpa gaji saya pun akan berakhir dan rutin harian hantar anak2 ke taska dan tadika akan bermula.

Januari 01, 2018

Simpan gambar masa kurus dan gemuk.

Masih lagi cerita pasal kurus.
Kenapalah kemaruk betul mau kurus.
Bukan berdosa pun 😂
Saya sudah gemuk makan masa 10 tahun..
Atau lebih. Bosan berbadan gempal atau berisi. Mau kurus kembali supaya pergerakan menjadi mudah, buat apapun senang. Ibadah insyaAllah jadi lebih bersemangat.

Yuran sekolah RM19.00 saja. Bestnya

Kan bagus kalau yuran taska dan tadika, harga macamni saja. Taska dua anak dan sorang anak tadika sudah melebihi yuran masuk Universiti.

Dalam economy sekarangni,
Masing-masinglah kami husband and wife cari duit tepi. Side income untuk kelangungan hidup dan simpanan.

Saya kekal buat STG,
Husband dengan part time install&servis aircond rumah,offfice,kedai dan wiring juga. Semoga 2018 ni membawa rezeki halal yang melimpah untuk kami sekeluarga. Aamiin.

Harapan 2018. Mampukah?

New year,new me.
😂😂
Macam biasa dengar.

Tahun ni, xbanyak azam saya.
Cukup kalau dapat shape macam Eiza Gonzales, naik rank SSM, of course jd wife yg semakin baik dan taat, dan jd mama yang terbaik. Tu ja 😂

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)