06/08/2017 – 07/01/2018
Maka dengan tarikh
itu, berakhirlah tempoh cuti bersalin selama 2 bulan + 3 bulan cuti tanpa gaji.
5 bulan merasa pengalaman menjadi fully housewife yang ada 3 anak yang masih
kecil. Betul-betul housewife yang tinggal bersama suami dan anak-anak. Bukan
tinggal dengan ibu bapa, mertua, mahupun ahli keluarga yang lain. Tiada maid.
Pendek kata, apa-apa
yang berlaku dalam rumah, di bawah tanggungjawab husband and wife. Apapun
berlaku, kena tangani sendiri. Tiada back-up. Kalau husband kerja, tiada di
rumah. Wifelah yang memangku jawatan sebagai ketua keluarga.
Merasa juga bila sedang
buat kerja di dapur, anak-anakpun sibuk mau menolong. Tolong sepahkan dapur
dengan turunkan semua pinggan mangkuk periuk belanga. Main masak-masak adik
beradik. Kalau perempuan tu, memang perempuanlah juga.
Masa kita buat
urusan pelaburan dalam tandas atau sedang mandi, masa tu juga lah anak
gendang-gendang pintu tandas. Sampai macam mau tercabut pintu tu. Sibuk tanya mama buat apa. Mo ikut. Akhirnya
saya ada penonton yang melihat saya sedang mandi. Lepas mandi, mau pakai baju,
anak-anak ikut juga, jadi ekor. Kemana saya pergi, anak ikut. Tiada privacy.
Lain lagi bila
anak-anak yang pada mulanya sweet ja bermain berdua. Berpegang=pegang tangan,
peluk-memeluk, usap-mengusap. Kita yang tengok ni pun, sejuk ja hati tengok.
Sejuk perut ibu yang mengandungkan, kata orang. Tapi bila sudah bergaduh tu,
panas hati kita tu, membawa ke dari hujung rambut sampai ke hujung jari kaki.
Organ dalaman semua mendidih. Suara mak-mak pun keluar. Lantang, kuat dan
nyaring. Merasa juga jadi Ziana Zain & Jaclyn Victor.
Bukan mahu
mengeluh, tapi sekadar berkongsi saja bagaimana rasanya menjadi seorang
surirumah sepenuh masa, 24jam sehari, 7 hari seminggu. Suri di hati suami,
memang sah lah kan, sepenuh masa. Kerjaya sebagai surirumah ni adalah kerjaya
paling sibuk, tidak boleh ambil cuti, apatah lagi mau resign. Sentiasa on call.
Kerjaya paling sibuk, tapi sunyi.
Kalau ada yang
bertanya kepada saya, bagaimana mengisi rasa ‘sunyi’ para surirumah ni,
cadangan saya mudah saja. Bagi dia ‘Me Time’. Masa untuk surirumah meluangkan
masa untuk dirinya saja tanpa memikirkan rumah, anak-anak dan suami. Apa
salahnya suami bagi pelepasan kepada
isteri, sebulan sekali untuk beberapa jam untuk dia manjakan diri ke SPA,
Saloon, Gym, Cinema, Shooping, hangout dengan kawan-kawannya atau berikan dia
masa, buat apa yang dia suka, yang dapat menggembirakan hatinya. InsyaAllah,
bahagia isteri tu. Balik rumah, senyum sampai ke telinga dan tiba-tiba ada
energy yang luar biasa. Kalau ndak percaya, kamu cubalah dulu.
Kesian isteri tu, sudahlah
mengandungkan anak , morning sickness berbulan-bulan. Ada yang bukan setakat
morning sickness, afternoon sickness, evening sickness dan night sickness
sekali. Pakej combo spicy. Sakit contraction, bersalin, luka bersalin, gunting,
jahit, bawa anak cek kuning berhari-hari sedang masih dalam pantang, tambah
sekali yang kurang tidur sebab anak berjaga malam. Apa salahnya, semua yang
saya sebutkan tadi, di bayar secara ansuran dengan bagi Me Time beberapa jam
dalam sebulan. Tidak rugi apapun. Malah wife bertambah sayang lagi.
Kalau saya,
husband benarkan pergi pasar, beli tomato jak pun, memang happy gila. Atau
pergi stokis Sahajidah Hai-O (SHOM) untuk restock product, atau pergi COD,
memang sudah cukup menggembirakan. Balik rumah, terus banyak benda mo cerita
sama husband. Pot pet pot pet.Padahal sebelum keluar rumah, sugul jak, macam
orang sakit. Syukur husband memang bagi ja pun kalau saya mau Me Time bila-bila
yang dia free untuk bonding time dia dengan anak-anak.
Best surirumah
yang ada satu minat yang dapat buat duit. Kalau di rumah saja, tengok sinetron
beratus episode yang nda pandai habis, yang malar zoom in zoom out, layan KRT
sampai hubungan suami isteri pun terjejas kalau asyik ambil dari sisi yang
negative saja. Apa kita dapat? Yileeekk. Pasangan tidakpun buat benda macam
dalam sinetron, KRT semua tu, tapi kita yang masukkan dalam otak kita dan
akhirnya akan timbul syak wasangka sampai mahu bercerai-berai.
Naudzubillahiminzalik.
Usia perkahwinan
sayapun masih muda lagi, jadi sayapun malas mau bincang soal tu. Kita fikir
yang baik-baik saja dan masing-masing perbaiki diri, dan jangan sesekali
jebakkan diri dengan benda yang tidak sepatutnya. Sudah berkeluarga, masanya
untuk membangunkan keluarga, besarkan anak-anak bersama,pendidikan untuk dunia
dan akhirat keluarga, menambah aset untuk keluarga, saving, percutian. Bukannya
bila sudah ada komitmen besar ni, sana jugalah sibuk-sibuk lagi mau test
market. Laki bini mengorat sana-sini, anak-anak terabai. Hah? Saya type apa ni?
Melencong jauh dari cerita asal tau.
Kalau ada
surirumah yang tidak tahu mau Me Time dengan apa, saya boleh bagitau. Kamu join
ja bisnes bermodalkan RM50 dan dapat free Marine Essence Bodywash. Confirm
sibuk, tiada masa mau mengumpat dan layan benda yang tidak sepatutnya. Sibuk,
tapi gembira dan ceria, InsyaAllah. Mau join team saya Elitkingdom? Sekarang
juga saya tolong register. 11hb setiap bulan, bonus masuk account, hati pun
senang, ramai kawan positif dan ada mentor yang tolong guide A to Z. Kalau yang
hati kental, dapat free vvip trip 3kali setahun keluar Negara, tabung kereta,
naik pentas penganugerahan, SM-SSM, Diamond Night.Banyak lagi lah. Yang ni saya
cerita di lain entri.
Saya Cikgu Tusyen Bisnes Online,
SM Tja Airy (Sales Manager)
Elitkingdom, Smart Tycoon Group (STG)
p/s Blog saya, semuanya pendapat peribadi dari saya.
0 comments:
Catat Ulasan