Fairytalecargo
Donation
Memaparkan catatan dengan label geologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label geologi. Papar semua catatan
Januari 08, 2013
Final Exam hampir ke penghujungnya
Alhamdulillah...lusa, merupakan paper terakhir untuk semester ni.Subjek kegemaran.Sedimentologi dan sekitaran sedimen.Mudah2an dipermudahkan segalanya. Semalam, tiba2 la pula deman.Batuk, selesma, pening dan muntah2.Ingatkan sudah pregnant.haha...apabila diuji, ternyata belum lagi.Myb sbb penat otak saja tu.Bukan penat belajar, tp penat memikirkan dan meramalkan soala yang akan diajukan masa final exam untuk paper petrology.Killer paper.
Julai 19, 2012
[ FW ] Jalan Perimeter, Sandakan
Pantang bas tekan break, bergerak perlahan atau berhenti di tepi jalan. Masing2 tersedar dr tidur,capai topi dan trus pakai, ambil board,pen,camera, tukul, hand lens dan kompas.Padahal, berhenti utk turun p makan atau tandas saja pun.Lucu betulla.Tp mmg xda siapa dapat sangkal fakta ni, naik bas...tidur.Penat ba
| Keropok Tasen lagi |
| Quartz pelbagai saiz yg belum mengalami proses pembatuan. |
[ FW ] Taman Melrose, Sandakan
Budak2 Geology, di mana2pun, Warung Pak Janggut Putih jugakla jd pilihan.Kepsi dan Geologi mmg sukar dipisahkan.Misi mencari kepsi bermula setelah bas diberhentikan di hadapan masjid lama pekan Sandakan. Mcm tourist abisla budak2 batu smua nih.
Dan kami jugala yg mengotorkan lantai warung pakcik janggut putih ni dengan mengangkut tanah, pasir, batu2 kecik dan mungkin juga pelbagai jenis taik yg mungkin melekat d kasut.Mungkin~
![]() |
| Lapar2pun, masih berdaya utk bergaya dpn signboard Warung Pakcik Janggut Putih |
![]() |
| Tengah2 roundabout pun jadi. Kalau d daerah sendiri, xda nya mo bgmbar tgh2 rnbt gini. |
![]() |
| Bas....oldskul |
![]() |
| Mall di Sandakan |
![]() |
| Makanan ruji masa fldwrk...Muak... asyik mkn kepsi sja.Pokai |
![]() |
| Dr masjid |
![]() |
| Lagi bangunan lama di Sandakan |
Selepas mengenyangkan perut dan menunaikan kewajipan, kembali menjalankan tugasan berpanas di bawah terik mentari.Hanya bbrapa gambar yg aku sertakan untuk tidak memanjakan para junior.
![]() |
| Riak |
![]() |
| Dr atas |
![]() |
| Cayalah pakcik ni.. Ada gym sendiri |
Julai 17, 2012
[ FW ]Kg Bukhara, Sandakan
Harini, kena gerak kul 8am. Sempat bkfast d bilik, tp knapa la pula aku boleh lupa bwa cawan.Terpaksa gunakan daya kreativiti, guna botol mineral utk bancuh vico calcium 3in1. Good~
| Sempat draft report dan charge hp, smtara menunggu kawan2 lain siap bersiap. |
| Di sinilah aku tidur utk 2 malam. Xda bantal.Kalau adapun, aku mmg xmau.Cnfm banyak "peta" |
| My Fav keropok.."Tasen". Keropok yg harganya berubah mengikut lokasi ni, menjadi kegemaran aku dan bf.Dr zaman muda2 smpilah skarang. Local punya keropok.hihi~ |
| Di mana2 saja, mesti cari keropok Tasen.Kalau xda, keropok Abangku, Ring Keju. Nyum~nyum |
Satu benda yg selalu terngiang2 d telinga sepanjang fldtrip ni adalah iklan Keropok Mony. Kya punya pasal la ni.Dengan itu, aku berusaha la tanya member dan tanya makcik Gugul.Owh~rupanya Keropok Mony ni ada dlm kabinet dapur aku.Hahahaa~
♪♫♫♪
Rangup setiap kali, Keropok Mony
Hidang petang pagi, Keropok Mony
Rasa yang menawan, Keropok Mony
Untuk keluarga dan kawan, Keropok Mony
♪♫♫♪
| SPL Sandakan. Buyuk dorang ni.UMS KK, bida. |
| Jgn xpercaya,Lokaliti kali ni, d Tanah Perkuburan Islam |
| Al-Fatihah ( Alan Nink-Nink sdg baca Fatihah utk Arwah) |
Pada singkapan ni, ianya merupakan sempatan antara Formasi Sandakan (batuan sedimen) dan juga Fasies Volkanik. Sejarah pembentukannya bermula apabila terjadinya aktiviti volkanisme. Bila aktiviti tersebut terhenti, maka berlakulah proses pengendapan oleh Formasi Sandakan.
*Cukup, xboleh lebih2 bagi info.Nnti junior jadi malas, xberusaha sendiri.hahahaha~*
[ FW ] Formasi Kulapis
28 June 2012, Jam 5.00 petang, kami tiba di lokaliti ke-2. Formasi Kulapis yang terletak Ladang Batu Sapi.
| Terdapat garisan-garisan menghala ke satu arah. Inilah buktinya pergerakan arus air pasa suatu masa dahulu. |
| Mr Bill & Mr Aminu dr Universiti Brunei sdg memberikan penerangan berhubung dengan teori pembentukan batuan. |
| Aku amik gambar dorang dr atas singkapan batuan tu |
| Nampak x, lapisan senget2 tu? Dulu, ianya dalam keadaan mendatar, dan jadi senegt mcm tu akibat dr cangaan plat tektonik. |
Batuan sedimen dalam formasi kulapis. Formasi kulapis ini menindih mélange atau dahulu lebih dikenali sebagai Formasi Garinono.Selanglapis antara batu lumpur dan batu pasir.Batu pasir bersaiz kasar dsan berwarna merah.Semasa ianya mengalampi proses sedimentation,ada iron yang mengalami pengoksidaan dan tersimen bersama.Sekitaran pengendapannya adalah sekitar laut cetek.
| Singgah tapau makanan di sini. |
Julai 11, 2012
[ FW ] Sungai Taviu di "Tagal"
Catatan perjalanan sepanjang Fieldwork & Fieldtrip Geology round Sabah kali ni, aku mulakan dengan lokaliti pertama. Kg Taviu, Kampung Wonod Telupid.Perjalanan yang dirancangkan tidak mengikut jadual.Sepatutnya kami bertolak jam 8 pagi, dan oleh kerana terdapat masalah berkaitan dengan bas, kami bertolak lewat drp masa yg dirancangkan.
#tgh pikir...knapa ayat aku, skema abis ni?#
Rasa mcm malas pula mo turun dr bas slepas tidur walaupun dalam keadaan yg tidak selasa. Ya lah, jika dibandingkan dengan tidur atas tilam dan bantal yang empuk. Turun saja dari bas, maka secara rasminya, kamera kompek cabuk aku mulala beraksi,menembak sana-sini.
member dr smjungpun tanya.."Tagal tu apa?"...Akupun dgn segera merefresh kepala otak ni dan jumpa jawapannya. Tagal ni merupakan satu tradis masyarakat di Sabah (xsemua tempat) dalam pengurusan biosfera. Ianya merupakan satu langkah menguruskan sungai disamping menjaga sumber akuatik di negeri Sabah. Pendek kata beginila, di sungai ni, korang xboleh sesuka hati menjala, memancing, mencandat,mengambur, mengail...apa2la yg bkaitan dgn aktiviti mengambil ikan dr sungai ni, mmg xboleh.Kalau korang buat juga, cnfm kena sogit. Sogit? Apa lagi sogit ni? Sogit ni banyak jenis.Tp dalam konteks ni, ianya membawa maksud denda la.Lebih kurang mcmtu.Sogit 1 ekor kerbau.Dan bila aku sendiri merayau-rayau di sungai tu, mmg sah la, sudah ada orang kena sogit.Masih bau lagi bangkai kerbau ni.
| Cantik kan, sungai ni?.. |
Sferoidal
|
Batu ni sbnrnya merupakan batu basalt kesan daripada letusan volkanik. Usianya adalah Late Cretaceous iaitu 99 hingga 65 juta tahun dahulu.Tua,kan??
| Baju org kampung yg hanyut, atau di jemur?Eee..santut siapa tu?Bagus kamu mengaku. |
Mesti semua pelik, knapala budak2 geologi pergi tempat2 mcm ni. Sbnrnya fldtrip kali ni adalah untuk Kursus Geologi Sejarah. So, kami belajar sejarah batuan di Sabah, Malaysia dan malahan dunia serta alam semesta.Seronoknya belajar Geologi Sejarah. Ala, mcm belajar sejarah sekolah menangah.Bezanya, dalam s kursus ni, kami belajar sejarah bumi.Jangan xtahu, sebenarnya Sabah ni dahulunya berada jauh di dasar laut.Haa~terkejut bukan?Bacala entri2 aku lepasni k.Ada benda yang akan buat korang smua terperanjat dan xsangka-sangka...Aku bagi hint2 la sikit k.Sabah ada Gunung Berapi.Di mana?..Nanti la aku cerita.Akupun mo tidur ni.Ngantuk.Esok banyak kerja lagi yg perlu di buat.Daaa~~
November 24, 2011
Kaciwa ni Jho
.........."Fieldtrip ke Simpang Mengayau Kudat dibatalkan"............
Aku percaya jiwa muda smua budak2 geologi harini bagai terLULUHAWA tatkala mendengarkan pengumuman jam 8am td di Foyer Sekolah Sains & Teknologi. Semangat kental mengalami SUSUTAN DARAT yg kronik. HAKISAN rasa menyebabkan terLAMINASInya kekecewaan dan kehampaan. Namun, PENGHABLURAN SEMULA jiwa menyebabkan AGRADASI semangat bangkit semula hingga kepuncaknya. Tinggi..setinggi SHIELD VOLCANO.
Agak kecewa bila fieldtrip dibatalkan.Setelah melalui pagi yg meletihkan kerana menyiapkan Lab report semalaman. Tidur pun, tidur2 ayam jak. Seawal 6am bertolak dr rumah. Pemanduan 30minit ke UMS. Setelah menunggu sehingg jam 8.15am, dikhabarkan fieldtrip yg kami tunggu-tunggu dibatalkan berikutan masalah transport. Pakcik Driver Bas UMS mogok ka?
Oleh kerana itu, class harini dan esok akan berjalan spt biasa..
Sekian..
Lupakan kedukaan tu.Skang aku mo bgtau korang smua. Ktorg sudah dpt baju keparat koprat ktorang.
Akan dipakai pd stiap hari rabu..
(Mo pakai hari2 pun boleh, kalau ndak malu)
Sayang owh duit RM85.
Tp xpa, baju ni blh pakai slama 3tahun pengajian.
Skang tunggu buku la pula...2 buku import dr Luar Negara..
Langgan:
Catatan (Atom)
Donate
Isi Mengandung
Lawak
(4)
Movie
(2)
PTPTN
(1)
UMS
(5)
anak buah
(1)
anniversary
(1)
artis
(4)
cuti
(8)
e
(1)
eksaited
(10)
family
(2)
fieldtrip
(6)
gaduh
(3)
geology
(4)
gosok
(1)
honeymoon
(1)
ikan
(1)
ilusi
(1)
isteri
(5)
jawatan kosong
(2)
kemalangan
(3)
kereta
(3)
laporan
(1)
laptop
(1)
midterm
(1)
nikon
(1)
pasar
(1)
perkahwinan
(3)
pinjaman
(2)
pregnant
(6)
puasa
(1)
resipi
(1)
sabah
(1)
solat
(1)














