Click and Donate

Oktober 12, 2009

:: pisau lipat ::.


Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan...
Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...












"STAINLESS STEEL cepat keluar... !!!"

.:: Janda yg dahaga ::.



Ini kisah tentang seorang janda yang baru sahaja kematian suami.Latipah [bukan nama sebenar] seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik dan mantap.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang xsedar diri dan sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Latipah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.Walaupun.. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi... . beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas... . tekaknya terasa haus... . beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk... . beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih. Itulah kisah seorang janda yang dahaga...

.:: ayah bengong ::.

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda, Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,

Untuk Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.

teka-teki

Ok sini ada satu teka teki.
Salleh nak ke Mall untuk membeli barang. Oleh kerana Salleh tidak mempunyai wang dia meminjam dari 2 orang rakannya, Imran dan Shahrul. Masing2 memberi pinjam sebanyak 50 ringgit. Ini bermakna Salleh mempunyai RM 100.
Lantas Salleh membeli belah di Mall dengan duit RM 100 itu Setelah berpusing dua tiga kali Salleh ternampak satu barangan yang menarik minatnya iaitu satu set meja beserta lampunya. Harga set itu adalah RM 97. Setelah membayar set tersebut Salleh pulang.
Sampai dirumah Salleh memberitahu rakannya bahawa dia telah membeli satu set meja yang berharga RM 97. Salleh berjanji akan membayar balik dalam 2 atau 3 hari lagi. Kemudian Salleh memberi Imran dan Shah masing2 RM 1 dan RM 1 lagi Salleh simpan. Ini bermakna Salleh berhutang dengan mereka adalah RM 49 masing2.
Cuma yang menjadi masalahnya adalah apabila wang Imran sebanyak RM 49 dicampur dengan wang Shah RM 49 jumlahnya adalah RM 98. Dan apabila dicampur dengan RM 1 milik Salleh jumlahnya adalah RM 99
Yang memeningkan kepala Salleh, Imran dan Shah ialah dimana hilangnya RM 1 yang diperlukan untuk mencukupkan jumlah RM 100 yang dipinjam oleh Salleh..
Sama2 kita fikirkan..

surat cinta


Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.

Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan

perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...



************ ********* ********* ********* *********



Mike... .

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.

Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from

me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..

Tijah

.:: makcik duduk la ::.

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata... "Silakan duduk makcik... "
"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..
Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian.. pemudu itu berdiri dan berkata lagi...
"Makcik duduk la... " kata pemuda dengan sopan...
"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk... ..
Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...
"Tak pe la.. makcik duduk la... " kata pemuda masih bersopan santun..
Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..
"Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..
Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata...
"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?
Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!"

Oktober 11, 2009

keceymasey



Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...
Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa
"Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."

.:: bercakap time sembahyang ::.

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.
Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.
Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.
Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali... tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun berbisik kepada orang dihadapannya...
Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti... " lalu orang itupun menjawab...
"Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu". Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...
" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap" Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara
" Yang kau bercakap tu aper ?"... .
sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

.:: nenek yg nazak ::.

Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, ... .

Keadaannya semakin ari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah... ... ... ... .

"Din, ... . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu"

.:: Pelajar dan si tua ::.



Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ... pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang.



.:: Kasut kulit buaya ::.


Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal.

" Mahal sangat nie", kata perempuan itu.
"Kalau ingin murah pergi la tangkap buaya sendiri," kata pemilik kedai kasut.

Kecewa oleh perkataan pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sebatang sungai besar di daerah tersebut sambil membawa senjata api. Beberapa saat kemudian pemilik kedai kasut datang dan kagum ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di tebing sungai. Sementara itu perempuan itu kelihatan berada ditengah-tengah sungai sedang menembak senjatanya kearah seekor buaya lain. Bunyi tembakan terdengar, kemudian perempuan tersebut menyeret buaya keempat yang baru di tembaknya ke tebing dan kemudian menyumpah, "Sial, yang ini pun tak pakai kasut."

.:: jemur kawan ::.


sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni
setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain
di kolam renang yang terdapat di rumah
tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak
pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di
bawah khemah manakala Si Tony tak habis-
habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si
Tony ni terus melompat kedalam kolam... .
apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong.
Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan
pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,
nasib baik tak lemas. Memandangkan yang
Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan,
Si Hanif dengan pantas membalut kawannye
tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat
membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan
menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu.
Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula
berkata, " Saya ada dua berita yang perlu
saya beritahu awak. Yang pertama ialah
berita baik, awak akan dibebaskan kerana
awak telah dapat membezakan antara
kecemasan atau tidak. Tindakan awak
menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini
mempunyai pemikiran yang waras. Namun
saya juga ada berita buruk untuk awak, teman
baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi
saya diberitahu yang dia dijumpai didalam
biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan
muka selamba di Hanif pun menjawab,
"Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi
saya yang gantung dia supaya dia cepat
kering".

. :: Kisah Kentut ::.


Tersebut lah sebuah kisah suami isteri yang hendak menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama,�


Pada mlm ulangtahun perkahwinan si isteri hendak membuat kejutan terhadap si suami�lalu�mengikat mata si suami dengan kain, si isteri membawa suaminya turun ke bawah dan menyuruh si suami duduk di meja makan dahulu dan si isteri pergi ke dapur untuk membawa makanan, apabila si suami duduk di meja makan tiba-tiba si suami terasa hendak membuang angin,

si suami " Sayang kat ner tu? apsal lambat sangat?"

si isteri " Saya ada didapur, kejap la abang"

Si suami pon segera melepas kan angin setelah mendengar isterinya berada di dapur.

si suami " leganya perut aku... nasib baik tak de sapa�yg dengar.."

setibanya si isteri di meja makan bersama kek ulangtahun perkahwinan, si isteri pon segera membuka ikatan di mata suami dan si suami tadi terkejut milhat bapa mertua dan mak mertua beliau berada di meja makan untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.. si suami pon merah padam kerana malu dengan mak mertua serta bapa mertua beliau.

.:: Karya Kreatif Budak Darjah 4 ::..



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)