Click and Donate

Oktober 29, 2012

Mid Sem Break

Aku xtahu la apa yg aku buat dalam 4 hari ni.

Khamis, Jumaat, Sabtu...balik kampung.
Ahad lepak di rumah, main game 1 hari, gara2 mo kejar Level 22 Fashion Story Cik Kak Mas. Sudahnya, 
harini, Isnin bersamaan 29/10/2012, timbul kesedaran untuk siapkan kerja yang belambak.Tempoh honeymoon telah tamat. 

Selamat menskemakan diri.Nasib baik la adaik2 ipar aku yg study di U yg sama dgn aku, ada dalam rumah ni.At Least, pandai juga aku gabra2 bila tgk dorang buat assignment masing2.huhu~

Check Nuffnang...yeah...aku nekad untuk cashout lagi walaupun duit yang diperolehi xseberapa.Tunggu 30 hari lagi dr skarang.Xsabarnya.Nanti dapatla beli lense yg di idamkan.(kalau duittu xhabis digunakan ke tempat lain la)


Oktober 21, 2012

Aku Terima Nikahnya? Nanti jap, biar aku pikir dulu

Terima Kasih utk org tu sbb ajak (padahal, aku yg paksa dia)  p tgk movie & makan2 arini.
Walaupun aku adalah wanita perkasa, yg tinggi2 tagap, akupun mo juga tgk movie yg tacing2 ni. Gayan mcm jantan, tp dalam hati ada taman.
Aku Terima Nikahnya.
Uiks~mcm tajuk album gambar  yg aku buat thun 5 November 2010 dulu la pula.
Masa org tu lafaz "Aku Terima Nikahnya"
Wow~ingat pula zaman muda2

Ni album hari pernikahan aku dan org tu.huhu~#blushing la konon

Rate dari aku utk filem  ni, 3 bintang la.

Sbb airmata xderas sangat, mcm aku tgk Nur Kasih dan Ombak Rindu.Hehe~By the way, gandingan pelakon ni aku suka.Mantap jo


Oktober 13, 2012

Selamat Tinggal 'Kekasih Gelapku'

Haih..padanla rasa mcm lain jak bila masuk kereta, selepas tamatnya class APK.Rupanya seperti biasa,kalau rasa mcm lain mcm jak, msti ada benda yg aku xsuka akan jadi..

JPJ RoadBlock!!

Perut lapar, mo cari kedai makan pun, paling2 jam-jam 9 mcm tu, rasanya kedai mamak jak yg buka.Akhirnya, Mekdi juga yg tlintas d fikiran.Otak ligat berfikir, siapa yg aku mo bawa kali ni..Yeah! Yan & Andi..Lagipun senang aku mo hntr dorang balik.Xjauh, Taman Kingfisher saja tu.
Jalan agak sesak dihadapan Kompleks Persekutuan.Seperti yg selalu berlaku, tempattu la yg JPJ pilih utk wat roadblock.Dua2 jalan pula tu dorang buat roadblock.Menghala ke KK dan jalan menghala ke 1Borneo. Haaaaaa~..mo lari pun, xtau mo lari p mana.Iskh.


" TINTED !! TINTED !! YG NI, TINTED !! "
Pakcik JPJ yg xberapa ensem bgtau pegawai JPJ lain supaya tahan kereta yg kami tunggangi  naiki.
Haih!! Time2 perut lapar la pula dia mo tahan kereta. Nnti aku pengsan sbb lapar, siapa mo jawab?
Dan bermulalah babak lakonan ku.
Hahaha..


Kasi pendek cerita la, aku tau,kmupun bukan suka mo baca ni.
Akhirnya, aku cuma diberi notis utk bwa kereta bertinted ala2 kereta mayat ke JPJ dalam tempoh 10 hari dari skarang. Kalau aku xp, trus dorang saman.(JPJ)


Jadi akuarium la kereta aku lepas ni.Mo korek idung  melalak sepuas-puasnyapun suda xboleh.Smua org nampak.Good by my VVIP Black Diamond Tinted.Selamat tinggal kekasihku yg gelap.Lepasni, xla gelap suda.Silau..haha~..
Sayang tu RM300 kalau pakai untuk bayar saman.Kalau bawa Boipren bernama En Husband, p makan, kenyang 1 minggu.Ada pahala lagi.






Oktober 08, 2012

[Matematik Asas] VS [Ceramah motivasi+maharajalawak]

Suka sangat masa class Matematik Asas. Mungkin umur Pensyarah ni, sebaya ngan mama aku.Tp, mama tua sikit la mungkin sbb sudah pencen.Duduk di rumah goyang kaki, dapat duit.Bestnya jd org gomen ni. Sejak mula lg Madam Noraini ni masuk class, mmg aku sudah set dlm otak.Dia mcm pelakon  Noryati Taib. Jadi, sepanjang sesi pembelajaran itu, aku beranggapan bahawa Noryati Taib yg sedang mengajar.Mmg sempoi la pensyarah sorang ni.Mcm bukan class Math.Rasa mcm berada dalam ceramah motivasi dan Maharaja Lawak la pula.Apa2pun, Thanks Madam Noraini.I Love u =)
Class Math & Sedimantologi merupakan class terapi.Hilang segala stress.





Berapa biji guli dalam congkak duit 10sen?

Mmg xda kerja lain.Selepas mata pening tgk mikroskop sbb kna kira sebijik2 dan asingkan butiran mineral dalam sampel batuan yang ada..aku mulakanlah kerja pelik2.xtahu la knapa rasa curious berada pada tahap tertinggi dalam diri aku.Ingat lagi masa zaman skolah dulu, ada member pernah cakap.
"Ko ni, jgnla buat mcm tu.Pelik.Nnti org cakap ko ni gila la pula"
Xla aku peduli apa yg dia cakap.Suka hati aku la.Aku xtahu, sbb tu aku cari jalan supaya aku tahu benda2 yg aku xtahu.ehehe~

Korang pernah ka kira berapa bilangan guli dalam congkak yang ada pada duir 10sen yg lama tu?Aku sudah kira dengan bantuan mikroskop elektron di lab Paleontologi, UMS 2 minggu lepas.Dan ni la hasilnya.

Pasir pun mau di kira.Di bawah mikroskop, butiran pasir ni sangatla besat

Semuanya 47 biji







47 biji saja?biar betul ni.
Mari kita belajar matematik.
kalau 47 biji guli diagihkan sama-rata pada 14 lubang, berapakah bilangan guli yang ada dalam setiap lubang??Kira.......

Setahu akulah kan, dlu masa kecik2, arwah moyang selalu celen cicit2 dia main congkak.Selalau arwah moyang isi 7 biji guli untuk setiap lubang.Maknanya, jumlah guli secara keseluruhannya adalah 98 biji.
Kan?????
Mungkin ada kesilapan semasa aku sedang mengira.Manala tau ada bilangan guli yg aku xdapat kira sbb duit tu sudah terhakis.
Sedang menunggu kalau ada siapa2 yg dapat bagi jumlah guli yg tepat dalam congkak 10sen ni.
=)

Oktober 05, 2012

Geologi Raya

Ajk Georaya yg segak dan lawa.huhu~
Tarikh : 28 September 2012
Lokasi : BT 2 & 3, Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah


Alhamdulillah, satu event tradisi dalam Program Geologi, Geo-Raya telah selamat dilangsungkan.Seronok xterkata bila dapat berkumpul bersama-sama Pensyarah, pelajar2 Tahun1,Tahun 2 dan Tahun 3. Masa ni lah, kita yg xrapat ni boleh eratkan mana2 jurang yg ada.Buang jauh2 rasa ego,lupakan segala perbezaan yang ada dan fokuskan kepada persamaan yang ada.Slogan Geologi Batch kami di ilhamkan oleh ahli keluarga kami sendiri, Cik Alya yg comel.hehe~Tq Alya
Automatik masing2 berkerjasama walaupun bukan ajk.Terima kasih kepada ahli keluarga geologi dari Tahun 1 juga kerana membantu akak2 dan abang2 mengemas pada malam tu.Rasa terharula pula kan..huhu~

Banyak lagi event Geologi Club yang akan langsungkan selepas ni.Xsabar la pula. Nanti bila masing2 sudah ada kerjaya sendiri,peluang untuk bersama macamni amatlah tipis.Benda2 mcmnilah yang akan sentiasa bermain difikiran korang.Menggamit memori lama dan bermain dengan emosi (Uiks~puitisnya ayat aku.Sasterawan negarapun nanges owh bila baca ni)

Esok, aku dan 2 ahli keluarga geologi akan merentas kk.Cari hall dan catering di hotel2 untuk program GeoNite la pula.Moga2 Allah permudahkan semuanya.Amin~

Oktober 02, 2012

Aku & Dania (Haih~mcm tajuk novel la pula)

Sepatutnya aku dtg meeting dgn coursemate di BT52, SST hari ni.Tp masa sdg 'gembira' melayari internet yang sangat 'laju' di 1Megalab, UMS...dpt call dr Kakak,minta tolong ambil Dania (anak sedara aku), dia kna kuarantin sbb penyakit seperti yg disebutkan pada tajuk entri ni. Kesian btl.Atas rasa tanggungjawab sebagai adik, aku kena p juga bantu.Terpaksa xdapat mengadirkan diri untuk meeting ptg tu.Nyawa lebih penting daripada apa yg akan dibincangkan dalam meeting tu.Untungla dapat kawan yg memahami .Tq Yan Yamato & Adae Awesome ;)

Masa drive dari Sepanggar menghala ke Tuaran tu, ada pula roadblock.
"Haih~abisla melayang RM300 ni"(Monolog)
Mata aku tertumpu kepada buku saman yg pakcik polis trafik tu pegang.

Beginilah perbualan kami:

"Selamat pagi ,minta lesen Cik" - 
CIK la sangat..

Aku dgn confidentnya bagi la lesen sambil mata masih  tertumpu kepada pen berserta buku saman yg dia pegang tu.

"Owh, masih belajar lagi ya Dik?" 
ADIK la sangat~

"Ya, masih lagi"
"Minta lesen memandu Dik"

"Aik?Yg td tu bukan lesen kah?" - Monolog lagi 

Aku pun tgk la apa yg aku bagi di tangan Pakcik polis tu.
Laaa~kad matrik.
Nasib la bukan kad diskaun siswa.
Untung2, Kalau kena saman, dapat mintak diskaun.
huhu~

Tq la pakcik polis sbb xsaman aku tadi.
Tips untuk semua, kalau polis trafik atau pegawai jpj minta lesen, bagi la kad pelajar atau kad matrik.
xla kena saman.
haha~
kalau kena saman juga, nasiblaaa~~

Berbalik kpd cerita Dania, mmg kesian la aku tgk dia ni.Jd, seperti biasa, bila aku ambik dia dr jagaan mama dan papa dia, cnfm la macam2 order dan request yg dia buat.1st skali,KFC.Sakit2 pun ada lg selera makan kepsi. Pastu p playground.Lalu depan Tanjung Lipat, KK, dia nampak kapal perang amerika yg sedang berlabuh di pantai.Turun jap, amik2 gambar, bagi dia snang ati sikit.Org sakit ni, kena selalu senangkan sikit hati dia sebagai salah satu terapi untuk menyihatkan dia selain drp pengambilan ubat2 tu.



The American aircraft carrier USS John C. Stennis said to be one of the 10 largest vessels in the US Navy has docked here Sabah for a goodwill visit.

Fakta Menarik USS John C Stennis
- 5200 crew on board
- 10% kru terdiri daripada wanita
- berat 97000 ton, panjang 1092ft
- tinggi : setinggi bangunan 24 tingkat
- menyediakan 38000 hidangan setiap hari!
- dikuasakan oleh 2 reaktor nuklear, setiap satu 550MW
- Antara jet pejuang yang dibawa ialah FA 18 Hornet.













Semoga Dania cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah, menuntut ilmu yg xberkesudahan

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)