Click and Donate

Ogos 26, 2011

Medical Check-Up done!

23 August
Dengan yakin, aku drive sejauh 44KM dari rumah kediaman di Taman Ketiau Putatan ke Hospital Daerah Tuaran.Kenapa aku harus pergi sejauh itu, sedangkan ada yg lebih dekat?.Cuma 6KM dr rumah.Saja ja ba, buang masa,buang minyak.Lagipun my sister, Mas kerja di Klinik Pergigian di sana.Kira menyelam sambil minum air la ni.Jumpa kakak.Em nasibla bulan posa, kalau x, confirm la minta belanja makan angin .Huhu~Abang aku pun kerja di sana, dan berkahwin dengan orang sana juga.Dan punyai sorang anak yg sangat-sangatla comel.Adrianna.



Tinggalkan cerita pasal family aku.Berbalik pasal medical check-up.Aku trus la p jumpa nurse di sana, ditemani oleh Mas.Sampai2 jak sana, Nurse yg bertugas untuk Medical Check-Up tanya aku.

Nurse : Kamu suda buat itu Drug Test, Pregnancy Test,,Glucose,Blood sama itu Albumin?
Aku : ..(Binggung-binggung sbb xfaham part albumin, lantas  dengan pantas aku keluarkan Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar)..owh yang ini kah itu?Ala belum pula tau.Inila ini, saya mo bikin di sini.
Nurse : Kalau buat di sini, lama itu.Mau tunggu 2 minggu.Bagus kau buat d luar,private clinic.Skejap saja tu.
Aku: Owh yakah.Ba inda apa la ba.UMS bagi kelonggaran juga tu.Boleh jak tu.
Nurse : Ba, betul ar?Ba, ko pigi sana kaunter, buat pembayaran dulu sana ya, lepastu baru ko p sini.
Aku ; Ba~




Aku pun p la kaunter dengan kakak aku ni.Pastu, nurse d kaunter cakap benda yg sana.Tp yg ni lebih detil lagi.Siap bgtau harga lagi..Ha, kali ni, kakak aku pula yg bsuara.


Mas :...(Kbtulan pula dia biasa sama kakitangan Hosp sbb sama2 bernaung di bawah 1 kementerian yg sama)..Anu ba~, ni mau buat pembayaran.Medical-Check Up ba.
Nurse 2: Owh~suda buat Urine test kah?
Aku: Belum.
Nurse :..Alaa~bagus kamu buat d private clinic,Capat sikit.Sbb d sini lama itu.Mau 2 minggu tu baru siap.Bagus buat la di luar.Lagipun murah d luar.Di sini mo bayar RM90 tu smuanya.Kalau diluar, ko dapat yg murah tu.Ko mo sambung blajar ba ini kan?~Mungkin underspot dapat trus tu result.Tingu la camana.Tp mmg cepat la daripada gov.Jadi kalau siap suda, nnti jam 2 kau pigi sini la.Yg lain-lain tu, skejap saja tu.Boleh siap juga harini kalau capat dapat tu result Urine test.
Mas : Nah~ Cmana?..(Kakak aku tanya aku sambil buat2 muka kiut)
Aku :..(Berubah fikiran.Pada mulanya ingat mo senang.Sekali harung jak, smua buat di hospital.Bila fikir balik, buat apa mo tunggu lama, kalau ada jalan yg lebih cepat)..Ba yalah.Buat Urine Test di luar la kalau begitu.
Nurse : Ba nnti kalau suda dapat tu result, ko bawa p sini ah.Trus p bilik Medical-Checkup tampat yg ko pigi tadi tu.
Aku : Ba~
Mas : Ba, terima kasih ar~
Nurse : Boley ba kalau ko.Di layan ..[hahaha~ Yg ni  skrip aku buat sendiri]
Mas : ...Eee~comel ba ko ni..(sambil mencubit dan menampar kedua belah pipi nurse dgn lembut)...[Skrip aku sendiri juga]


Aku pun p la 1 klinik di pekan Tuaran.Medi-Sinar.Tgk d kaunter cuma ada sorang singh bersluar pendek warna kuning (wah~jangan2 inilah dia pendekar kuneng yg sebenar) sedang online buka News dan Yahoo Email.Aku bediri terpacak depan dia.Emm~jangankan mo tanya apa yg aku perlukan, Pandang pun x.Owh~xmungkin ni staff.Adik atau sdara mara doctor la ni agaknya.Dalam 5 minit camtu, kluarla nurse.Selesai dia menyerahkan ubat kpda pesakit disertakan dengan MC skali, aku pun tanya.

Aku : Miss, saya mo tanya ba.Kalau buat medical checkup ba,Brapa lama paling cepat boleh siap?
Nurse : General Medical Check-up kah?
Aku : Xla, urine test jak saya mo buat.Brapa mo bayar tu?
Nurse : Skijap ah.Tanya doktor dulu.
Aku : Ba


Selang 2 minit

Nurse : Kalau semua ni..paling cepat 1 minggu.Bagus kamu try d klinik sebelah.Mungkin cepat sikit tu.
Aku :...(Rasa pelik,sbb ada juga klinik gini.Bagi peluang kpd klinik lain)..Ow ba..Trima kasih ar.
Nurse : Okey~



Aku pun ke klinik di sebelah klinik Medi-Sinar.Klinik berjudul..Klinik Dr Teh Boh & Surgeri,Soalan yg sama aku ajukan kepada Akak Nurse.Ha~yg ni cepat sikit.2 hari.Aku pun bersetuju dan buat pembayaran untuk Urine Test yg merangkumi ujian Glukos,Albumin,Darah Daging ,Dadah dan kehamilan.



Aku : Miss, saya mo tanya ba.Kalau buat medical checkup ba,Brapa lama paling cepat boleh siap?
Nurse : Urine Test saja?
Aku : Ia
Nurse : Yg lain xmo buat?
Aku : Xla Miss, saya buat di gov jak nnti.
Nurse : Skijap ah.Tanya doktor dulu.
Aku : Ba

Selang bbrapa minit, Akak Nurse Kluar dr bilik Doctor


Nurse : Kalau mo buat semua ni (sambil tunjuk Part Urine Test dalam borang pemeriksaan kesihatan aku), semuanya RM60.Tapi hari khamis baru siap tu Miss..
Aku : Ba boleh la tu

Pastu akak Nurse bagi aku botol berlable dan berpenutup kuneng kunyit untuk menakung Urine aku.Huh~kbetulan aku mmg mo tkencing ni.Habis la melimpah botol ni nnti..haha~Pastu, botol yg berisi, aku serahkan kpd Nurse dengan muka yg lega..And Then pembayaran dibuat tanpa paksaan.




.....bersambung lah..Panjang sangat entri ni kalau mo cerita sekali harung...


















Ogos 24, 2011

Sopink untuk 3 anak buah

Hajat di hati pada mulanya mo beli baju untuk En Husband & utk diri sendiri.Lepas Sungkai (berbuka puasa), aku ajak adik aku, PaK Lura round bandaraya KK,cari baju.Tp bila sampai CP, hati aku ni melonjak2 riang melihat baju budak yg cute2.Mengenangkan 3 anak buah kesayangan, niatku telah berubah.Mo sopink baju untuk anak buah la pula. Prektis sopink baju untuk anak yg bakal lahir nnti..Hehe~.


Sudahnya, aku dapat baju untuk Dania dan Adrianna.Pak Lura pla dapat 1 t-shirt utk Muhammad Darwisy.Sluar,dia akan beli esok la.Kbetulan esok Pak Lura dan cikaronya akan bershopping secara duet esok malam.Aku ni, agak kurang arif dalam pemilihan pakaian. Baju aku sendiri pun aku xtau, cantik @ x.Janji selesa dipakai..sudah..

15 Fakta Pelik yg ada di FACEBOOK

1, Suka ambil pic dengan gaya mengembungkan kedua belah pipi, jari telunjuk diletakkan di mana-mana pipi dan mata dibundarkan/dibesarkan..

2. Profile pic bertudung, tp pic yg di post di wall @ dalam album FB , xpula bertudung.Emm~2 alam ka?

3. Friends FB ramai sangat, tp ramai friends tu adalah dr golongan yg dia xkenal.Di ADD, atau dia yg ADD... Tp pastu, xda pla nak bkenalan.Haha~

 4.Suka tukar2 STATUS mengikut turun naik graf dalam perhubungan.Kalau masa tu hubungan baik dan mesra alam..status: MARRIED....kalau gaduh besar, status :  SINGLE...maka ramai la balak2/dan minah2 akan meLIKE dan memberikan nasihat dan ada juga jd batu api.

5.SPAM.Link2 berkaitan sex sudah semestinya menduduki carta pertama.Once korang click Link tu, automatic  korang benda tu akan terPOST ke wall korang.Seolah2 korang yg sebarkan benda lucah tu.Agak Memalukan~

6.Suka Skodeng pic dan profile org, tp xtanya2 khabar pun.Walaupun Wall di private kan..kan boleh PM.hehe~


7."POKE" jarang digunakan.Sbb xtau, apa guna benda alah tu.

10.Taik2 game akan post mcm2 kat WALL,yg xmain game menyampah dan akan remove/hide post dr memebrr tu, atau trus UNFRIEND.

11. Paksa orang lain untuk meLIKE benda yg ntah apa2.Semata2 untuk merebut pelbagai hadiah.Org yg meLIKE pun akau meLIKE kerana terpaksa, bukan ikhlas pown~

12.Blogger ambil kesempatan untuk meningkatkan trafik dengan buat page/group dan gunakannya.(Emm mcm aku juga la...hahaha~)

13.Para peniaga gunakan page/group sebagai medium pengiklanan produk masing2.

14.Suka buat tulisan biru.

15.Bujang mengaku dah kawin, yg sudah kawin mengaku bujang pula dan profile pic, bukan gambar sendiri..(Yg ni mcm aku gak..haha~)




Ogos 23, 2011

Boleh Tangguh Bayar Yuran masuk U??









Aku baru saja dapat sms dr PTPTN menyatakan bahawa permohonan aku telah diproses.Aik?Haritu aku sudah dimaklumkan bahawa permohonan aku telah diluluskan..Skang dapat sms permohonan diproses..Haha~aku rasa pelik.

Tp apa yg lebih pelik ttg teks ni.Betulkah?So boleh xbayar yuran la ni kan? Nanti potong saja dr PTPTN aku.Huh~Jadi, bolehla aku joli duit 2K ni?haha~Apa2pun, kita tunggu dan lihat..


PUTRAJAYA 22 Ogos - 
Seramai 41,267 pelajar baru yang bakal mendaftar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) sesi akademik 2011/ 2012 bermula 3 September ini boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin berkata, yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon pelajar sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.

Katanya, langkah itu sebagai meringankan beban mereka terutama golongan berpendapatan rendah sekiranya terpaksa mengumpul wang atau berhutang semata-mata untuk tujuan itu.
"Pelajar tidak perlu fikir untuk membawa wang semasa sesi pendaftaran nanti. Walaupun surat tawaran ada menyatakan kos yuran pendaftaran yang perlu dibayar, tetapi mereka tidak perlu ambil kira semua itu dan boleh pergi daftar tanpa perlu bayar apa-apa.

"Jadi tidak ada sebab mereka tidak mahu pergi universiti kerana tidak ada duit. Ini satu berita baik untuk mereka," katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu sesi temu bual khas di pejabatnya, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, PTPTN menyediakan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada kira-kira 206,938 pemohon pinjaman pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM53.4 juta diperuntukkan sebagai Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada seramai 35,664 pelajar yang layak berjumlah RM1,500 setiap orang.
"Semua pelajar layak membuat pinjaman PTPTN. Bagaimanapun, WPP itu hanya ditawarkan kepada mereka daripada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 dan belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN.

"Namun, mereka yang lain turut mendapat manfaat apabila mereka boleh menangguhkan yuran semester pertama melalui pemotongan pinjaman PTPTN," katanya.
Tambah Mohamed Khaled, PTPTN telah meluluskan pembiayaan kepada 1.8 juta pelajar sehingga tamat pengajian mereka berjumlah RM39.87 bilion setakat 31 Julai lalu.
"Pada 2010 sahaja, PTPTN membelanjakan RM3.86 bilion kepada 188,000 pelajar.

"Keperluan menampung kos pengajian tingi meningkat setiap tahun. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelajar dapat ditampung melalui bentuk pinjaman," katanya.

Majlis Berbuka Puasa & Mini Re-Union


Sangat seronok apabila dapat bertemu semula bersama 3 rakan sekuliah semasa menuntut di Politeknik Kota Kinabalu pada  tahun 2005 dulu..Almost 6 years ba kan xjumpa.Masing2 sudah berkeluarga dan ada juga yg masih bujang(muda masi ba tu)...



Yana, ko semakin mengurus..apa rahsianya?hehe~

Mengikut perancangan awal, mo reunion semasa majlis perkahwinan sorang genk ni, Meen.Saat2 akhir, aku pula xdapat dtg.Jadual Clash ngan kenduri doa selamat Org Tua aku di kampung.

Last week, my friends CT, mempelawa jika aku berminat untuk menyertai mereka ke majlis berbuka puasa ICU bersama anak-anak Yatim.Hah?Makan?Wow~siapa yg xmau cik adik oi.Aku pun bersetuju..


Hari yg dijanjikan telah tiba.Promenade Hotel menjadi lokasi pertemuan kami kali ini.Wah excited sungguh. Tp Cute Couple Yana & Rafie ni datang agak lewat disebabkan kesesakan lalulintas.


Majlis Re-Union kami kali ni, mmg betul2 MINI.4 org jak..haha~.Terkenang kisah semasa masih belajar dulu, kisah pasangan kekasih romantic yg kini sudah mengupgrade status kekasih itu..kepada Pasangan Suami Isteri.Tahniah Rafie & Yana sbb telah membuktikan xsemua cinta monyet itu..akan jd monyet terus.Melompat sana-sini.hehe~Smoga cepatla juga dapat baby ya.


Ct, mmber sama2 bersengkang mata dalam menyiapkan final project dlu.Masa tu menumpang pla di rumah Ameng.(Mmber sama2 ambil Sijil dulu, skang uda jd Staff Poli KK). Mmg syok la masa tu.Dahla rumah Ameng ada hantu.Hantu yg suka bermain guli dalam rumah.

Lagi aku xboleh lupa, aktiviti santai menghalau penyengat tebuan yg bersiar-siar dalam rumah Ameng.Ct juga la harapan...Tuan rumah dan aku, betapuk disebalik pintu.

Ogos 20, 2011

PTPTN

Bagi seorang bakal mahasiswi IPTA spt aku, menunggu PTPN atau secara panjang lebar disebut juga sebagai  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, merupakan suatu penantian yg menyeksakan.Mcm aku ni, buat PTPTN for the 1st time.So, banyak benda yg aku xtahu.Nasibla En Gugel dan Group UMS berserta bimbingan dari Buku Panduan Pendaftaran membantu aku.




Akhirnya, setelah menerima E-Mail dr pihak PTPTN, dengan iringan doa, aku xsabar-sabar lagi mengecheck..Horrray~! Pinjaman  sebanyak 21k di luluskan.Dan apa lagi, bergegas aku mencari Printer zaman Parameswara aku yg sudah hampir 2 tahun tidak digunakan.Last aku gunakan untuk Final Project tahun 2009.


Lega apabila Encik Canon sedia berkerjasama memprint segala dokumen dr pihak PTPTN tu..


Berbekalkan Broaband berkuasa tenuk ni, aku tetap juga mo online.Main Baking Life..haha~Biasanya, hujung minggu, ada saja aktiviti  luar yg aku lakukan.Tp mingguni, aku d rumah saja.Menjalankan aktiviti 5S di rumah sendiri dan online sambil menonton tv bersama Tiger yg pemalas,kuat tidur,penakut dan comot sbb belum mandi lagi mingguni.








Belajar Bahasa Brunei


Sebagai sorang anak berbangsa Brunei (Brunei Kg Guruh-Guruh Sipitang + Kg Laut Benoni Papar) aku terpanggil untuk berkongsi bahasa ibunda yg telah aku gunakan dari kecil sampaila skang ni. Akupun bukannya pro sangat berbahasa Brunei ni, memandangkan aku hidup secara nomad (Wah~mcm zaman batu pla ni taw). Mama dan bapa sering ditransfer dr satu daerah ke daerah yg lain.Tp kira okey jugala..aku dapat belajar basic bahasa lain..bahasa bajau,dusun,suluk,bugis,idaan,bisaya..emm mmg banyak la.Syukur sangat hidup di bumi Sabah..

Ok..berbalik kepada sesi pembelajaran kita.Aku buat dalam bentuk dialog.So, sapa2 yg mahu belajar bahasa brunei tu, bolehla eksyen sikit bila berbual dgn kawan berbangsa brunei nnti..haha~Kalau ada kesilapan, tegurlah aku.Bersama kite memartabatkan bahasa Brunei.



Aku bagi 1 situasi perbualan antara aku dan sorang babu (makcik) di tamu (pasar minggu).

AKU : Assalamualaikum Bu.Apa abarnya?Batah inda keliatan ah,kemana kita kan ?
AKU : Assalamualaikum Makcik.Apa khabar?Lama tidak nampak,makcik pergi mana sebenarnya?

BABU : Waalaikumussalam.Eh,kau rupanya Tijah.Alhamdulillah..camani tah, orang tetua.Sakit batisku Lai.Atutah ku nada.Di kikih bah ku sebatah puasa ani.Sungkai arah bis si Jaki.
BABU : Waalaikumussalam.Eh,kamu rupanya, Tijah.Alhamdulillah.Memang macamni kalau orang sudah tua,Sakit kaki aku, sayang/anak.Sebabtu la aku tiada.Sejak puasa ni, aku pergi KK.Berbuka puasa di rumah Jaki

AKU : Owh..padan tah jua rumah kita atu bepatang saja.Batah kita di sana Bu? Bisdia inda mulih ke sipitang kah ari raya ani?
AKU :Owh, padanla rumah makcik tu gelap-gelita.Lama kah makcik di sana? Dorang tidak balik Sipitang kah hari raya ni?


BABU: Barutah jua 2 minggu ku d sana.Si Jaki bepadah, raya ke 3 baru tah ia mulih ke sipitang.Begilir pulang bisdia atu.Tahun ani, raya pertama sampai raya ke 3, arah bininya ia beraya.
BABU :Baru saja 2 minggu aku di sana.Jaki beritahu, hari raya ke 3 barulah dia balik ke sipitang.Dorang tu, ikut giliran.Tahun ni, dari hari raya pertama sampai la hari raya ke tiga, dia berraya di rumah isterinya.




Cukuplah utk kali ini.Belajar cara Org Berbangsa Brunei bertutur.Skarang akan dedahkan pula kamus org Brunei

RUMAH
Kabat : Tutup
Tabuk : Jendela
Tambak : Dapur
Antakkan : Jerangkan
Kudut : Pinggan
Aing = Air


BUAH
Piasau = Kelapa
Kepayas = Betik
Sikui = Tembikai

WARNA
Taruk Tarung = Ungu
Gadung = Hijau
Pacah Talur = Kuning Telur

LAIN-LAIN
Ambung = Sombong
Damit = Kecil
Kuyutan = Buaian
Kantung = Beg
Bekuruh = Berdengkur
Karit = Lokek
Mun = Kalau
Iski = Teruja
Kanyat-Kanyat = Berdenyut
Kajar-kajar = Ketar
Lampuh = Gemuk
Buntak = Pendek
Mengalai = Menari
Beibun = Bergurau
Karap-karap = Berkelip
Ingar = Bising
Bekurapak = Bercakap
Bekunyanyang = Membebel
Tuyu = Lembab
Damal = Lembap
Menyamal = Merajuk
Kepisan = Pengsan
Kebukuan = Tercekik
Mengalih = Penat
Gugur = Jatuh
Belusir = Berlari
Kamah =Kotor
Mulih = Pulang
Siring = Tepi
Ampas = Pukul
Temparik = Petir

Cukupla untuk kali ni, ada masa..aku akan sambung lagi sesi belajar bahasa brunei ni..chow~












Ogos 18, 2011

Resign & Back to School

Harini, hari terakhir aku akan berada dalam office ni..Sedih ada, gembirapun ada.Sbb aku akan mengorak satu lagi langkah dan akan menikmati kembali alam Kolej yg sudah 2 tahun aku tinggalkan.

7 Sept..tunggu kedatangan aku ya wahai Tan Sri "U".




Kalau cakap sal belajar ni..ada 10 item yg aku listkan sebagai satu keperluan.
Kertas Pen Pensel Pemadam Pembaris Saintifik Calculator Paper Clip Staple Highlighter Tag paper

Untuk tidak menyusahkan Family dan En Husband, PTPTN telah ku apply dengan yakinnya.Tunggu 23 August ni untuk result.Harap2la dapat..Amin~

Ogos 16, 2011

Puasa dan Bala

Setelah  hampir 2 minggu xupdate blog disebabkan kesibukan melangsaikan dan membereskan baki-baki kerja, hari ni, ingin patik meluahkan rasa hati ni kepada tuan hamba semua.
Mercun,Puasa dan Cedera mmg xdapat dipisahkan. Bulan puasa ni la permintaan terhadap mercun melonjak naik dan tauke mercun pun akan tersenyum gumbira mengenangkan keuntungan yg berlipat ganda. 
Org Melayu dan Islam pula yg lebih2 kegilaannya terhadap mercun jika dibandingkan dengan masyarakat cina semasa menyambut Tahun Baru Cina. Melalui pembacaan saya, masyarakat berbangsa cina menggunakan mercun sebagai satu simbol untuk menghalau segala puaka dan nasib malang.


Orang Melayu pula memasang mercun untuk apa?Oh ya, sekadar suka-suka la agaknya. Di kawasan perumahan yg aku tinggal, mmg setiap hari akan kedangaran budak-budak dan bapa budak main mercun. Buat sakit telinga dan sakit hati penghuni taman saja. Peak Hours bermain mercun adalah selepas sungkai (berbuka puasa).


Kalaulah aku ni ada anak, xkan aku biarkan anak tu bermain dengan api dan mercun.Bahaya owh~Ni cuma ada bbrapa keping pic mangsa mercun.Aku xsanggup mo upload banyak-banyak.Cukuplah ini saja..Mangsa-mangsa ni pasti rindu akan wajah dan anggota asal mereka kan? So, elakkanlah diri dari segala bahaya.Bukan bahaya mercun saja..tp bahaya dr pelbagai sudut harus diambil kira.



Ogos 04, 2011

i'KL'an GANGSTER

video

Ups..ini bukan cerita KL GANGSTER di bawah arahan Syamsul Yusof tu ya.Cuma ada persamaan sedikit saja.Skrip diubah sedikit untuk mencantikkan lagi Short Film ni..Saksikanlah~

Filem penuh di SINI


Ogos 03, 2011

Nervous terserempak JPJ

Kalau x salah, kenapa perlu takut..Ksian mat rempit ni kan ..hehe~
Siap kena suh nyanyi lagu Negaraku lagi..
Rayuan Mat Rempit ni akhirnya didengar, dan dia terlepas...

video

Ogos 01, 2011

1 Ramadhan

Syukur alhamdulillah..dengan segala nikmat yang Allah berikan..setelah 8bulan 3minggu 6hari melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang, kami melalui Ramadhan pada kali ini buat pertama kalinya bersama-sama.Hehe~alhamdulillah..Pengalaman pertama bersahur bersama suami..bangun sama2, sama2 menyediakan sahur, tunggu imsak dan sama2 menunaikan solat fardhu Subuh..Alhamdulillah atas nikmat yg Allah berikan, hidup kami suam isteri lebih bermakna pada Ramadhan kali ini.Timbulnya satu keinsafan dalam diri kami dan moga keinsafan ini sentiasa bersama kami agar kami lebih menghargai segala nikmat yang Allah kurniakan..Amin..



Kepada Suamiku, Terima kasih kerana telah menjaga isterimu ini dengan penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab. Moga Allah perkenankan doa kita pada Ramadhan kali ini..

Kepada ibu bapa ku, Terima kasih kerana menjaga,memberikan didikan yg sempurna dan mengeluarkan duit yang banyak tanpa mengharapkan balasan sejak aku kecil sehinggalah aku bersuami.

Kepada Adik-beradikku, terima kasih kerana kita berempat telah membina  dan menempuh pengalaman yang indah bersama-sama, suka duka kita harungi bersama.

Kepada Ibu dan Bapa Mertuaku, Terimak kasih kerana menerima aku dalam keluarga besar bapa dan mama. Tahun ini merupakan Syawal pertama bersama keluarga di Kunak.Moga dimaafkan segala kekurangan yang terdapat dalam diriku.

Kepada Adik-adik Iparku, Terima kasih kerana menerima aku sbg salah sorang dari lingkungan adik beradik dan harap dimaafkan segala kekurangan yg ada padaku.


cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)