Click and Donate

Julai 15, 2010

suamiku kuat kentut

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin, si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidor mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi ia mengegarkan bilik tidor . si bini ni memang slalu komplen pasal kentut tu dan banyak kali termuntah sebab tak tahan, tapi silaki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semula jadi yang baik untuk kesihatan. satu hari si bini yg dah lama tak tahan perangai si laki berkata,

" satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar, semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka", silaki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba, keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak banyak bungkusan tu ada perut lembu, hati, paru-paru.. maka timbul lah idea si bini nak pekena laki dia. masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokkan perut lembu yang berjela jela betul betul kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya.

Dipendekkan cerita, maka laki dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dasyat bunyi nya dan maha belantung baunya, si bini tunggu dengan penuh kusyuk, dari dlm bilik tido terdengor suara laki dia menjerit sakan, histeria gitu, sibini tertongeng tongeng dan guling guling ketawa. 20 minit pastu si laki pun kedapor untuk sarapan, sibini pun buat buat donno dan kontrol macho.

"Masin betul lah mulut awak, habis tali perut saya terkeluor macam yang awak cakap aritu. kata laki dia bersunguh sunguh.

"Habis tu abang buat macam mana" tanya sibini sambil kontrol suara dan perut yg nak pecah sebab nak ketawa.

"Nasib baik abang tak panik, abang terus ke bilik air, dan sekarang semua dah settle".
"Hah dah settle! abng buat macam mana" tanya sibini, agak suspen.

"Dengan menggunakan jari sahaja abng berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi... tak payah susah susah pegi hospital untuk operasion" Si bini diam kaku...

moral: perut lembu tak boleh di salahgunakan

Extra

Alkisah sebuah kisah benar di sebuah kg di dalah daerah negeri pahang. Maka pada suatu hari seorang tok imam dan ahli2 masjid masuklah ke sebuah kg org2 asli bagi menjalankan upacara pengislaman mereka. dan setelah selesai upacara mengucap 2 kalimah shahadah dan ceramah agama yang lain ,tibalah pula masanya tok imam ini mengajar tok batin dan anak buah mereka cara2 untuk mengambil wuduk dan solat.

Tok imam: "Baiklah, setelah semua faham cara nak ambil wuduk dan solat, saya nak tgk setiap seorang pula yang lakukan"

Maka tok batin dan anak buah pun berwuduklah sambil diperhatikan oleh tok imam ni tadi. Tapi dalam ramai2 yg ambik wuduk tu, tok imam ni pelik dgn sikap tok batin yang ambik wuduk sampai 4 kali. maka ditanyalah tok imam kepada tok batin ni tadi

Tok imam: "Maaf yer tok batin, kenapa tok ambik wuduk sampai 4 kali, ambik sekali pun dah cukup asalkan wuduk tu x batal. kalau batal boleh ambik lagi.

Tok Batin "oooooo xper, tok imam jgn rishau, amik 4 kali kan shenang, kalau shaya terkentut nanti adalah lagi 3 boleh jadi backup.. so x pyh la shaya shushah2 nak amik lagi.

Tok Imam : #$#$#%* salah ajaran ke haku ni (Dalam hati)..

3 Langkah elak susu jd masam

"Di dalam sebuah kelas, seorang guru bertanya... .." Beri tiga cara untuk membuatkan susu lembu ini tahan lama dan tak masam ? " sambil tangan memegang tinggi botol yang berisi susu lembu asli yang baru diperah...


Ahmad murid pintarnya menjawab dengan tenang... ." Kita masukkan bahan pengawet, cikgu. "
Ini bermakna tinggal lagi dua jawapan yang perlu diberikan.

Selvam pula menjawab... " Taruk dalam peti sejuk, cikgu... "

Tinggal lagi satu jawapan... . dan nama Harun dipanggil. Budak yang terkenal dengan 1001 kebodohan yang amat - amat sangat.
Harun dengan bangga, dan Slamberlen.. bangun menjawab...

" Saya pasti kali ni saya betul cikgu... ! Saya rasa semua jawapan tu salah... mana boleh taruk bahan awet... nanti lepas tamat tempoh, masam jugak... Hmm... Kalau taruk dalam peti sejuk beku... . nanti bila cair dia jadi masam jugak... . Jawapan yang betul ialah...


Biarkanlah susu tu berada dalam perut lembu tu... Lama mana pun dia tak masam.

Org kaya belanja makan besar

Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?

Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !

Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?

Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye!

Julai 13, 2010

Vacancy : KERAJAAN NEGERI SARAWAK


Senarai jawatan kosong

1.PEMBANTU AM RENDAH
2.TUKANG K3 (TUKANG CAT/TUKANG TULIS)
3.TUKANG K3 (TUKANG PAIP)
4.PEMBANTU AM RENDAH (WAKIL HULU SUNGAI)
5.PENGHANTAR NOTIS
6.JURUTEKNIK (AWAM)
7.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8.PEMBANTU TADBIR (STOR)
9.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
10.JURUTEKNIK (PERANCANG BANDAR DAN DESA)
11.JURUTEKNIK (UKUR)
12.TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
13.PENGHANTAR NOTIS
14.PEMBANTU KESIHATAN AWAM
15.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
16.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
17.PEMBANTU PERPUSTAKAAN
18.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
19.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
20.PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

Tarikh tutup : 16 Julai 2010

Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my.

Vacancy : Percetakan Nasional Malaysia Berhad


If you are interested in joining us and working at PNMB, check this page regularly where details of job opportunities will be posted from time to time.

Jawatan

1. MANAGER (MARKETING)
2. MANAGER (CORPORATE COMMUNICATION)
3. MANAGER (PROJECT MANAGEMENT)
4. INTERNAL AUDIT EXECUTIVE (IT)
5. INVESTMENT EXECUTIVE
6. FINANCE/ACCOUNT EXECUTIVE

Send your application to:

HRA Department
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur

Tarikh tutup : 30 Julai 2010 / 19 Julai 2010 / 15 Julai 2010

IKLAN LENGKAP
CLicK hErE

Vacancy : Pelbagai jawatan Jawatan di Holdings Sdn Bhd

Tarikh : 15 & 16 Julai 2010
Masa : 9.00 Pagi hingga 4.00 ptg
Tempat : Kadaram Hall, tingkat 10, Maju Junction Mall, 1001, Jln Sultan Ismail, 50150 Kuala Lumpur

Jumlah Jawatan : 10
Jumlah kekosongan : 227
pemohon juga boleh memohon melalui email , sila download iklan untuk maklumat penuh iklan

TARIKH TUTUP : 16 Julai 2010

DOWNLOAD IKLAN
CLick disini untuk Download Iklan

Vacancy : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)


Jawatan kosong : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

Bagi Calon-calon yang mempunyai kelayakan akademik yeng setaraf dengan syarat lantikan jawatan.

Jawatan kosong di Kuala Lumpur.

Jawatan

1. Jurutera J41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Teknologi Maklumat F41
4. Pegawai Penguatkuasa N41
5. Penolong Jurutera J29
6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
8. Penolong Pegawai Tadbir N27
9. Penolong Pegawai Perangkaan E27
10. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
11. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
12. Penolong Akauntan W27
13. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C27
14. Juruteknik Komputer FT17
15. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
16. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
17. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
18. Pembantu Penguatkuasa N17
19. Juruteknik J17
20. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

IKLAN LENGKAP

CLick Sini

Tarikh tutup : 25 Julai 2010

Vacancy :Pelbagai Jawatan di Lembaga Koko Malaysia


Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP dan SEMENTARA di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Jawatan

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI
4. PEMBANTU PENYELIDIK

Permohonan hendaklah dihantar ke:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5 & 6, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU,
SABAH

Iklan Lengkap Jawatan Lembaga Koko Malaysia
Download Borang Permohonan

Tarikh tutup : 23 Julai 2010

IKLAN LENGKAP
CLicK sIni

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
CLicK sIni Juga

Vacancy : Pelbagai Jawatan di Lembaga Getah Malaysia


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. PEGAWAI PENERBITAN N41
3. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
4. PUSTAKAWAN S41
5. AKAUNTAN W41
6. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
7. SETIAUSAHA PEJABAT N27
8. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
9. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27
10. PENOLONG AKAUNTAN W27
11. JURUTEKNIK J17
12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
13. PEMBANTU PENYELIDIK Q17
14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
15. PEKERJA AWAM KONTRAK R1

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

UMUR
(a) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur tidak melebihi dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CATATAN AM
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
(d) Sila cetak borang permohonona online untuk simpanan. Jika layak dipanggil temuduga, tuan/puan perlu membawa borang permohonan tersebut beserta dengan:-
(i) Salinan Sijil, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan gambar terkini berukuran pasport ditampal pada borang permohonan.
(ii) Permohon daripada Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.

CARA MEMOHON
Calon dikehendaki memohon secara online dengan melayari laman web http://www.lgm.gov.my (Online Services/Job Vacancies)

PERMOHONAN ONLINE
http://www3.lgm.gov.my/RIIS2/vacancy/Login.aspx?alert=9

Julai 09, 2010

Vacancy :Pengurus Medan Infodesa KKLW


Bagi yang memenuhi syarat yang diperlukan oleh Kementerian Kemajuan Luara Bandar dan Wilayah, anda dipelawa untuk memohon jawatan seperti diatas.Tiada tarikh tutup untuk permohonan ini.Sila klik link dibawah untuk melihat iklan dan cara memohon jawatan tersebut

MEMOHON JAWATAN TERSEBUT
CLick Sini Laju-LajU

Julai 08, 2010

r.i.p Antonio Puerta

video

Puerta meninggal dunia pada 28 Ogos 2007 selepas tidak sedarkan diri ketika beraksi dalam perlawanan Liga Sepanyol menentang Getafe.

Pemain muda paling berpengaruh itu meninggal dunia pada usia 22 tahun sele- pas membantu Sevilla memenangi gela- ran berganda Piala UEFA dan Piala Raja Sepanyol pada musim 2006/2007

R.I.P Miklos Feher -Striker tim Benfica Hungarian International

video

Striker team Benfica Hungarian International, Miklos Feher meninggal ketika masih dalam perlawanan di Liga Portugal di Guimares, Portugal pada Januari 2004. Beliau disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

Feher sempat dikejarkan kehospital berhampiran.Feher mengembuskan nafas setibanya di hospital tersebut. Menurut pihak Benfica Hungarian International, Feher hanya bermain selama 60 minit sebagai pemain cadangan. Ketika menundukkan kepala, jejaka kelahiran 20 Julai 1979 itu,jatuh ke belakang dan tidak sedarkan diri.

Vacancy :Eon Bank Group

Asid Folic

Kepentingan Asid Folic untuk ibu mengandung/mahu mengandung

Wanita yang mengambil asid folik sekurang-kurangnya empat minggu sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala bayi sebanyak 70%.

Untuk memastikan wanita mempunyai cukup asid folik, pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik digalakkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan kehamilan. Kebanyakan pil tersedia dalam kuantiti 5,000 mikrogram (milligram), ini juga selamat diambil.

Bagi wanita yang pernah melahirkan bayi dengan kecacatan di atas, asid folik disarankan diambil sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum memulakan kehamilan. Memandangkan anda tidak dapat menjangkakan bila akan hamil, eloklah memulakan pengambilan asid folik dari sekarang. (Dr. Adilah Ahmat, hmetro)





Vacancy : MAYBANK



Maybank menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada graduan menganggur dan warganegara Malaysia.Bagi yang berkelayakan, bolehla memohon jawatan-jawatan kosong tersebut. Pastikan anda memenuhi kreteria yg dikehendaki.

CLICK LINK DI BAWAH UNTUK MELIHAT KEKOSONGAN JAWATAN TERSEBUT

http://siva-my.jobstreet.com/_ja/jobstreetAssist.asp?companyid=3220

Julai 07, 2010

Penjual Sayur

Suatu hari,seorang penjual sayur,merasa sungguh sedih
kerana tiada seorang pelanggan pun yang datang
membeli sayur-sayurannya.

Dalam kesyahduannya itu,tiba-tiba penjual itu mendapat satu akal .
Lalu,dia pun menggerak-gerakkan gerobok yang berisi
sayur-sayuran dengan kuat dan berteriak,
"Tolong... .tolong... .tolong..!!"Maka,
terkejutlah orang-orang yang lalu lalang disitu.

Seorang wanita bertanya,"Kenapa encik?"Penjual sayur itu menjawab dengan sopan,
"Ni... .ada kangkung,bayam,bawang merah,lobak,petai dan
jering.
Segar lagi ni... ... Tolonglah beli kak..

Julai 06, 2010

Main dlm tnds 18SX

Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : .....

Doktor &Operation

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : "

Syukurlah, semuanya sudah berlalu... "

"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya.

"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi... .!"

Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."

Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

3 pakar dan hakim

Hakim, Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...

Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum... ".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan... "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif... " Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan...

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan... "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.. "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.. "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat di bawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata... "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..". "Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!". Pelawak itu kemudian dibebaskan..

3 pakar dan hakim

Hakim, Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap itik buat projek...

Lalu hakim berkata.. "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab... kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata.. "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum... ".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan... "Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif... " Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan...

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan... "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat.. Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.. "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak.. Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.. Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim.. "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat di bawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata... "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..". "Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!". Pelawak itu kemudian dibebaskan..

Julai 05, 2010

Ikan Duyung

Pada suatu hari adala seekor ikan duyung yg tinggal di dalam laut.,Memang la tinggal dlm laut, mana ada ikan duyung tinggal dalam rumah. Ikan duyung ni masih muda remaja. Cita-cita beliau ialah untuk pergi berjalan-jalan di atas darat. Tapi impiannya tu amat mustahil kerana dia xda kaki jadi cmana mo berjalan?

Setiap hari dia akan timbul ke permukaan air dan melihat aktiviti aktiviti manusia di atas darat. Dia telah jatuh hati dengan seorang pemuda yg hensem macam bapa aku. Tiap hari dia mesti x miss tengok buah hati dia.
Keinginan dia untuk bertemu dgn pemuda itu semakin mengernyam,hinggarkan pada suatu hari dia berjumpa dengan bomoh didasar lautan. Dia meminta bantuan bomoh itu untuk menjadikan dia manusia buat sementara waktu supaya dia boleh naik ke darat dan bertemu dgn pemuda itu. Tetapi bomoh itu kata that is impossible... .bomoh tu hanya boleh tukar kan dia permanently... tak boleh buat sememtara waktu. Dan kalau dia dah ada kaki, dia tidak akan dapat bertemu dgn keluarga dia lagi yg tinggal di dalam laut.

Si ikan duyung ni merayu lagi pada bomoh itu... dia kata dia terlalu ingin sangat jadi manusia tapi at the same time dia x mahu kehilangan keluarganya. So in short dia mahukan both world.
Setelah befikir sejenak, si bomoh kata ada caranya... tapi its going to be permanent and dia x mahu si ikan duyung nie menyesal belakang hari. Mendengar pejelasan ini, si ikan duyung bukan main hepi lagi... dia kata dia tidak akan menyesal..sebaliknya dia akan gembira kerana dia dapat to live in both world. So bomoh pun mulakan jampi serapahnyer.

Dengan sekelip mata ikan duyung pun ada kaki... ... ekor dia still stay... .tapi bahagian atas anggotanya menjadi kaki. So kalau dia nak naik ke darat dia just have to flip over and walk. Cumer sekarang nie dia xda muka dgn tangan lah.
SEKIAN
Pengajaran : Jgn carik ikan duyung kalau nak jadikan mata air... cari lah penyu atau kura kura pasal diorang boleh hidup kat laut dan kat darat.hahahaha~

Julai 01, 2010

.:: Jom Bunuh Syaitan ::.

Suatu petang selepas pu lan g dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersama/makelove kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami: 'yerr kerr?' Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayanggg? sambil ketawa..
Isteri hanya tersenyum panjang. Se lan g dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. Si suami tersenyum panjang.
Se lan g dua hari kemudian, si isteri berkata: 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. si suami : 'takpe... tunggulah malam'.
Esoknya si isteri berkata: si isteri : 'banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.. si suami : Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata istri : 'banggg, jom kita bunuh syaitan... '. suami : Si suami tiba - tiba marah dan berkata ... ... ... .
'Ayang nie nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang'

.:: Makcik & suRat ::.

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya. Jirannya seorang wanita tiba-tiba keluar dari rumah menuju ke kotak surat. Si wanita membuka kotak surat itu kemudian tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa kembali kotak suratnya. Pintu kotak surat dihempaskan lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika si pemuda tadi hampir menyelesaikan pekerjaanya untuk memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Namun kali ini dia menghempaskan kotak surat itu dengan lebih kuat lagi. Pemuda itu kemudian menegurnya,"ada masalah?"
"Tentu sahaja. Komputer saya yang bodoh itu berulang-ulang kali menulis. "YOU'VE GOT MAIL." jawab si wanita..

.:: Kejutkan anak saya, bila sampai daerah Papar::.

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kota Kinabalu - Sipitang. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Papar... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya... "Sudah sampai Papar, belum?". Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur sja la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Papar ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai Papar.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Papar.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Beaufort.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Papar... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Papar..

Sesampai di Papar... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Papar! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Papar?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Papar.. saya boleh makan nasi bungkus ni.Saya mahu ke Sipitang"

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)