Click and Donate

Mei 17, 2012

Makna Dalam Konteks Komunikasi

Mahu xmahu, tpksa p jugak la class harini.Bukan buat apa pun.Sign attendance, lepastu dah boleh balik.Lecturer bernama Madam Jane  ni mmg sempoi dan suka bagi pelajarnya A.Huh~harap2 kamipun dapat A jugakla. Dgn pnuh skema, aku dtgla p class.Sampai jak class, trus on lappy.Sambil tgk group lain buat presentation.Group aku sudah lepas.Group no 1. Sambil2 tu berkomen2 ngan kwan2 se'course'



Tertarik aku dgn presentation group jejaka2 k-pop ni.Guna ayat "I Love You Too"



Yg ni lagi ganas "Hey you pig! Babi kau"...Kalau masih d taraf sekolah, cnfm kna tindakan disiplin sudah ni.Jumpa guru disiplin dan pengetua.Nasibla taraf universiti.Rilex jak..


Mei 13, 2012

Buat Mama

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Rendahkalnlah suaraku, perindahkanlah ucapanku dan lembutkanlah hatiku untuk ibuku
Puan Hajjah Kamaliah Binti Haji Tengah
Dan ibu mertuaku Puan Ati Binti Bachu
Berilah ia balasan sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Peliharalah dia sebagaimana dia memeliharaku

Ya ALLAH Ya tuhanku
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
sebagaimana dia mengasihaniku sejak dari kecil
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga
sesungguhnya engkaulah yang memiliki kurnia  maha agung dan engkaulah yang maha pengasih diantara semua pengasih

Amin Ya Rabbal Alamin

J/K

Dalam Geologi, J/K tu merupakan Jurus dan kemiringan.Bukan Team Kereta JK AutoGarage ya.Setiap lapisan batuan, kekar,sesar dan banyak lagi struktur2 geologi, harus dibaca J/K nya.Jd maknanya di sini, Kompas memainkan peranan yang sangat penting.

Petang td, lepas bersopink dan temankan kawan2 ni sopink di Wawasan Plaza, kami p Airasia.Cik Piqa ni p tukaq tarikh balik ke Penang.Pastu baru la p panjat bukit di Sepanggar untuk ambik J/K lapisan batuandan kekar di sana.Prof. Felix perlukan 500 bacaan.Wah.Nasibla mmber2 yg lain ada juga p sana, seperti yg telah dijanjikan.Alhamdullillah, janjiku pada hari ini dapat dilunaskan.Walaupun terdapat, keconfusean sedikit, akhirnya berjaya juga kami.Pas amik J/K, aku panjat hingga ke puncak (xtinggi mana pun)..Nampak juga McD yg baru buka di Sepanggar tu, UMS nampak, UITM nampak, perkampungan Kg. Delima nampak, 1B nampak, Alamesra nampak....Emmm ~smuala nampak..

Pastu p makan di IP, Spoink baju dan boxer, hantar Fatin balik IP, hantar adae & Piqah balik UMS dan aku trus ke Funfair.Kakak aku mo blnja.Wah! Rezeki lagi Jho!


Mei 12, 2012

Hujung Minggu

Rutin hujung minggu.Sopink utk org yg sudah bkluarga..Pasar.
Sorry Piqa, smpi 2 miskol ko aku xjawab.Hp yg pada mulanya aku letakkan di kerusi sblh pemandu,jatuh dan terus  bersembunyi di bawah kerusi setelah aku tekan break mengejut bagi mengelakkan kreta buruk aku melanggar kereta sorang pak aji yg tiba2 brek kreta dia di depan aku masa aku mo p pasar td..Huh~nasib xlanggar owh.Kalau x...duit lagi tu..
Sensitif kalau cakap pasal duit, bagi seorang yg bergelar pelajar mcm kami ni.Fldwork hujung bulan ni,kena sediakan RM500 lebih..
Gulp~

Petang i, mo ambik J/K di sepanggar..apakah itu J/K? JK AutoGarage kah?? Kita tunggu petang ni.Nnti aku cerita..

xda parking owh

pasar sayur dan skala,pakcik baju biru

org tgh punggah ikan

aku suka ikan basung dan udang...hehe~

Mei 07, 2012

Prof. Annoying



Semakin lama, semakin menjadi.
Sudah2la riak tu
Sudah2la memperkecilkan ilmu org lain
Org lain xpnahpun buat ko mcmtu, even orgtu adalah yg paling hebat bagi kamu semua.
Jgn riak & bangga dgn ilmu sejemput yg Allah bagi pinjamkan tu.
Bersyukur...sudah...

Masa mengajar, penuhkan dengan ilmu bermanfaat dan berkaitan dengan pelajaran, bukan cerita mengarut .
KamI xmahu dengarpun cerita  ttg kekayaan, kehebatan, keterreran ko & anak2,keberanian ko berdebat dgn pensyarah sendiri bbrapa puluh tahun dulu.kecerdikan anak mengendalikan sempoa & ipad,isteri kau yg tlng check paper kami, cukup2la bgtau yg ko ada ramai kawan datuk2, professor2, cerita 4 buku ko yg kurang text dan bnyk diagram tu disamping memperkecilkan buku org lain. cerita pasal golf bagai..Mcmla ko hebat sangat. Pui!
Annoying.......tau x?

Sekian saja luahan hati untuk hari ini.
Apapun, terima kasih atas ilmu yg kau curahkan

Mei 05, 2012

Congrats Schawal (Scha + Awal)

Semalam, semangat mo tgk majlis pernikahan Awal & Scha Live d tV.Skali...tertidurla pula..Sebagai seorang yg meminati Awal Ashaari dari awal kemunculannya, pastinya akupun turut gembira dgn khabar dia akan memperisterikan Scha Al-Yahya. Wow~untunglaaaaa~..Apapuu, semoga ikatan suci mereka akan berkekalan...Amin~
(Xpa, aku pun ada Awal Ashaari aku sendiri d rumah..kekeke)

Marathon Oggy & The Cockroaches

Mmg fullblastlah harini tgk cartoon C616.  7.03am-9.03am . Puaslah ketawa sorang2. Best juga skali-skala tgk cartoon ni. Kepala ni pening sejak ari Khamis disbbkan selesma & batuk.Haish!..

Cartoon ni mengisahkan kehidupan dua ekor kocing yg tinggal serumah, Oggy & Jack yg kehidupannya tidak tenteram kerana diganggu oleh 3 ekor lipas yg bernama, Joey,DeeDee & Marky. Mmg berani punya budak la 3 ekor lipas ni.Tabik ngan cara jalan cerita yg di olah.Xbanyak bercakap, cuma gerak-geri dan tindakan dorang tu yg uat cartoon ni menjadi.Sama juga dalam kehidupan realiti, biar kurang bercakap, asal kerja jalan. Banyak cakap saja, tp kerja xpandai siap2...buat apa kan...(Wow! Adakah ini satu sindiran)..hehheehe~

Selamat berhujung minggu semua..

Mei 04, 2012

SAMSUNG GALAXY S III



Haih~bila la boleh dapat ni??  =)




PRODUK: Samsung Galaxy S III 
RANGKAIAN: GSM, HSPA+, 4G 
SKRIN: 4.8” inch HD Super AMOLED (1280x720) 
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) 
SETORAN: 16/ 32GB, microSD 
KAMERA: 8 Mega pixel (utama) , 1.9 Mega pixel (depan) 
DIMENSI: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm 
BERAT: 133g 



LONDON: Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan Galaxy S III, siri telefon pintar generasi ketiga bagi Galaxy S yang memahami pergerakan pengguna sekali gus menawarkan kebolehgunaan secara maksimum.
Presiden merangkap Ketua Bahagian IT dan Komunikasinya, JK Shin berkata, Galaxy S III mempunyai pelbagai ciri menakjubkan antaranya, mengenali suara dan memahami niat serta membolehkan pengguna berkongsi saat menarik secara cepat dan mudah. 
"Sekiranya anda sedang menaip SMS kepada seseorang tetapi kemudiannya menukar hasrat dan ingin menelefon individu itu, anda hanya perlu melekapkan telefon ke telinga dan ia akan terus mendail nombor telefon orang berkenaan," katanya.

Berbanding telefon pintar lain, Samsung Galaxy S III menyediakan pengalaman canggih antara peranti dan pengguna. Ia mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana individu serta cukup pintar untuk mengesan wajah, suara atau pergerakan pengguna.



Beliau berkata, dengan ciri 'Smart stay' yang inovatif, Galaxy S III mengenali corak penggunaan telefon pengguna.

"Contohnya ketika pengguna membaca buku elektronik atau melayari Internet, telefon ini akan mengekalkan paparan skrin cerah melalui pengenalan mata pengguna menerusi kamera depannya.

"Aplikasi 'S Voice' pula mampu mendengar dan bertindak balas terhadap perkataan yang dilafazkan pengguna. S Voice menampilkan fungsi kawalan dan arahan peranti yang sangat maju.

“Anda boleh menggunakan S Voice untuk memutarkan lagu kegemaran, menaik atau menurunkan tahap bunyi, menghantar SMS dan e-mel, menyusun jadual atau mengguna dan mengambil gambar secara automatik," katanya.

Beliau berkata, peranti serba canggih yang diinspirasikan alam semulajadi bukan sekadar telefon pintar yang memahami kehendak pengguna, malah mampu menjadikan kehidupan seharian lebih mudah.

“Paling membanggakan, Galaxy S III membuka lembaran baru membabitkan telefon pintar yang membolehkan pengguna menikmati hidup secara luar biasa," katanya pada 'Samsung Mobile Unpacked' 2012 di London, awal pagi hari ini.

Samsung Galaxy S III juga menampilkan paparan skrin Super Amoled HD 4.8 inci, kamera lapan megapiksel (MP) serta kamera depan 1.9 MP selain sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Galaxy S III didatangkan dalam varian putih dan biru gelap dan akan dipasarkan di 145 negara.

Produk berkenaan dijangka akan menemui pelanggan di Malaysia sekitar Jun ini. 


cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)