Click and Donate

Februari 22, 2011

Orang Hilang


Orang Hilang

1. balai polis repot: Sipitang repot : 1245/2011
2. masa/tarikh : 0200 hrs @ 22/02/2011
3. tempat kejadian : Kg Guruh-Guruh Sipitang,
4.org hilang:Afdlin shaukin
5.i/c no : 901215-12-51**
6. pegawai penyiasat: Insp.arumugam a/l david

Bentuk fizikal
------------------
muka gelap,badan gempal,rambut hitam kerinting,ada tanda hitam di sebelah muka

pakaian semasa keluar rumah
---------------------------------------
tidak membawa kad pengenalan,berbaju sweater coklat,seluar jean,ada memakai selipar besar

Barang siapa yang terjumpa dengan budak seperti butir-butir di atas di sekitar Sipitang atau Beaufort,sila berhubung dengan balai polis Sipitang di no tel : 087-821*** atau berhubung terus dengan ibunya Puan Halimah di no tel : 01953352**...sebab mak dia mo pakai selipar tu pergi market..heheheh...(joking)

Februari 18, 2011

Top 10 Pertandingan Akhir Lagu Dusun Popular

Pertandingan akhir Lagu Popular Dusun Musim Ke-3 anjuran siaran Sabah VFM (RTM) bakal berlangsung di Dewan Masyarakat Tambunan pada 26 Feb 2011 jam 8 malam. Sepuluh lagu yang bakal berentap ialah:-
1.Pointopot Tupusku (Francis Landong),
2.Sosol Ku Doho (Jovell),
3.Tupus Om Pirotion (Donna Masidah),
4.Au Milo Boroson (Wilson Lion),
5.Matai-Patai Do Masi (Papier Mache),
6.Sopirosi-Rosi (Ridah Malanjang),
7.Tupus Polombusanku (Angat),
8.Piginawaan (Florieand Kohming),
9.Poingkaa Nangku Katapatan (Esther Subin)
10.Ester - Ron.

Huh??Musykil kan??Knapa patik boldkan Au Milo Boroson (Wilson Lion.Sbb beliau merupakan salah sorang drpada staring kami di Faber Medi-Serve.Memang hobby beliau menyanyi.Walaupun patik xfaham apa yg dia nyanyi, tatap vote sbb suara dia mmg sadap.Tp tia bule kana makan.

Cara-Cara mo Vote :

1.Misti daftar dulu, supaya sanang kana kira tu vote.Free sak bha.Tia bayar ni.Cara daftar:

ON DUSUN nama anda lokasi anda.
Cth : ON DUSUN EDJA KOTA KINABALU lepastu hantar p 32776

2. Untuk Vote Wilson Lion ni, cara dia snang sak.Gini~
taip JLD WIL dan hantar p 32776

*Setiap vote, di cas 30sen utk yg sudah mendaftar.Utk yg belum mendaftar di cas sebanyak 50sen (Nah!nda kamu rugi?)
*Undi sebelum persembahan peserta ke-10 berakhir pada 26hb tu.


Februari 15, 2011

Esok Lapor diri di Opis Baru


Hati ni gelilah gelisah menanti hari esok.Hari pertama berkerja di tempat baru.Selamat Pengantin Baru Tinggal di Ucapkan kepada Opis lama patik, KATA General Engineering Sdn. Bhd. Petang td, sempat p tgk opis baru tu ngan Encik Asben.Parking Lot agak terhad..walah!Kena berebut la camni.Sok kena gerak awal sket dr opis.Selalu masuk opis kul 9.Start sok...mungkin jam 8am la tu..xpun 8.30am.Walah!!
Harap-harap semuanya berjalan lancar.Patik kena sesuaikan diri dgn persekitaran dan org baru.D KATA dulu pun, hanya sempat kenal rapat dgn bbrapa staff sahaja.Kak June,Kak Liz, Ida..Staff2 lelaki, patik mmg xrapat sgt.Tegur alakadar sja.Maklumlah...isteri orang.Ngehehe~

Mungkinkah kerja patik akan semudah semasa d KATA,selasak di UKT,KKLW ataupun serilex d SHAH Architect? Kita tunggu jawapannya esok.

Februari 14, 2011

Maulidur Rasul (Hari Keputraan Nabi Muhammad s.a.w)

pic dari iluvislam.com

Mengikut kalendar islam, esok adalah 12 Rabiulawal.Maknanya, esoklah hari keputraan Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammada S.A.W. Dulu time skolah, selalu cikgu2 arahkan patik dan ging-ging lain utk berbaris dan berarak sambil membawa sepanduk yg dihias cantik.Ada pula pertandingan sepanduk tercantik lepas tu.Pertandingan nasyid dan pertandingan kompang.Memang best.Masa skolah dulu, patik gak salah sorang drpada pemain kompang di bawah Kumpulan Al-Qayyum 2.Hehehe~

Mari kita tengok sejarah Maulidur Rasul ni.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Untuk blogger beragama Islam,rajin2 lah muhasabah diri (pesanan utk diri sendiri juga)

http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1685-ya-rasulullah.html

Sumber :Wikipedia

Februari 11, 2011

Ritual Serah Tubuh

Ajaran sesat..emm~memang sdh banyak kes mcm ni...Ingatkan sudah xada bnda mcmni.Memang patik sendiripun rasa pelik, mcamana keadaan mcmni boleh jadi.Kpd member2 d luar sana..hati2 bila menuntut ilmu.Kalau rasa sangsi,was-was,musykil...rujukla kepada pihak yg berwajib,k.Teruskan membaca.....

KUALA LUMPUR: “Dia banyak melakukan maksiat. Bukan saja menari dengan pengikut wanita penuh keseronokan tapi pernah mencabul serta merogol anak seorang pengikut kanannya.

“Setahu saya, mangsa nafsu serakahnya itu sanggup menyerahkan tubuh mereka dalam upacara dipanggil acara penyerahan.”

Demikian kata wanita dikenali sebagai Liza ketika mendedahkan salah laku dan penyelewengan ketua satu kumpulan ajaran sesat yang diikutinya hampir empat tahun lalu dan masih aktif di beberapa lokasi terutama di Selangor dan Perak.

Wanita berusia 30-an itu berkata, dia meninggalkan kumpulan ajaran sesat berkenaan selepas mendapati terlalu banyak penyelewengan dan amalan bertentangan ajaran Islam diajarkan ketuanya.

Kata Liza, lelaki berusia 50-an itu berselindung di sebalik sifat warak dan mencampuradukkan amalan songsang dalam majlis zikir yang diajar kepada pengikutnya.

“Pada setiap malam Selasa dan Jumaat dikenali sebagai malam tawajjuh (berdepan), kami berzikir dalam gelap dengan mata dipejam rapat.


“Muka ahli perempuan ditutup dengan kain telekung manakala ahli lelaki menutup muka dengan serban sambil berniat kepada syeikh (ketua) ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, upacara aneh itu diadakan di markas di pinggir ibu kota secara beramai-ramai dalam keadaan taksub dan separa sedar, disusuli dengan amalan tawajjuh iaitu berdepan dengan syeikh oleh seorang ahli yang ditugaskan dengan cara meletakkan tangannya di kepala ahli lain.

“Amalan itu memang pelik, tetapi pada peringkat awal saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah semakin lama saya menyertainya bermacam-macam lagi yang saya tahu, termasuk tidak melakukan solat Jumaat di kalangan lelaki.

“Mereka beri alasan di kawasan markas itu tidak mencukupi 40 orang (jemaah), tidak wajib kepada mereka mengerjakan solat Jumaat.

“Jadi, ketika umat Islam mengerjakan ibadat mingguan itu, mereka tidur. Jika berada di khalayak umum, mereka berlakon mengikuti solat Jumaat, namun sebaik selesai, mereka mendirikan solat lain kerana beranggapan solat Jumaat itu tidak sah,” katanya.

Liza yang juga seorang kakitangan awam berkata, dia tertarik menyertai kumpulan itu bersama suami sebelum ini kerana melihat kepada aspek luaran ahli dan ketua ajaran berkenaan.

“Memang dari luar mereka kelihatan alim, membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan suami untuk menyertai kumpulan mereka.

“Saya masih ingat lagi, pada hari pertama ke markas itu iaitu selepas Asar pada pertengahan 2006 saya dikehendaki mandi sunat taubat dan mengerjakan solat sunat taubat. Saya pelik, kenapa ada solat sunat selepas Asar kerana setahu saya tiada solat sunat selepas waktu itu.

“Pada malamnya pula solat Isyak dilewatkan kepada jam 9.30 malam, kemudian saya dibaiah (ikrar) oleh ketua. Saya dikehendaki mengikuti lafaznya supaya sumpah setia kepada ajaran berkenaan.

“Selepas itu semua lampu dipadamkan, mata dipejam dan muka ditutup untuk melafazkan zikir beberapa ratus kali, kemudian datanglah seorang ahli meletakkan tangannya di kepala setiap ahli melakukan tawajjuh.

“Dalam majlis itu dianggarkan 50 ahli, lelaki dan perempuan terdiri pelbagai lapisan usia. Ada antara mereka datang dari jauh,” katanya.

Menurutnya, ahli kumpulan ajaran itu juga diberi minum sejenis air supaya mereka terus taat dan taksub kepada tuan guru.

“Selepas tahu banyak perkara yang tidak betul, saya nekad meninggalkan kumpulan itu, tetapi saya takut kerana ada antara pengikutnya memburu saya supaya kembali kepada mereka,” katanya.

Mengenai salah laku seks ketua ajaran sesat itu dan amalannya menari dengan wanita, Liza berkata dia mendapat maklumat itu daripada orang kanan kumpulan berkenaan, malah mempunyai bukti mengenainya.

“Setahu saya, wanita termasuk anak gadis menjadi mangsa nafsu serakahnya apabila mereka ingin melakukan upacara penyerahan, kerana ada antara mereka menyerah maruah diri, selain barangan yang berharga.

“Ketika inilah ketua mengambil kesempatan. Kemudian, barulah seseorang itu boleh menyempurnakan amalan suluk (menyepikan diri) di bilik kecil yang tersedia di markas itu.

“Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai semua aktiviti dan amalan dalam kumpulan itu serta menyerahkan bukti yang saya ada, namun sehingga kini belum ada tindakan diambil,” katanya.

Sumber ; MyMetro

Februari 10, 2011

Karamunsing Complex unsafe?




Karamunsing tu adalah syurga bagi penggemar segala pc, laptop dan yg sebangsa dengannya.Yg ni, patik amik dr FB salah sorang mmber patik.Bahaya ow..Em~sendiri baca la...

JAWATAN KOSONG @ iKM


JAWATAN : Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Bangunan) GRED J29

PENEMPATAN : IKM Kota Kinabalu

SYARAT MEMOHON: 1) Warganegara Malaysia
2)Lulus B.Melayu dalam SPM
3) Memiliki Diploma Teknologi Bangunan daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan

TARIKH TUTUP : 25 February 2011

CARA MEMOHON : cLick sini

Ayah Keparat


Agak kasar tajuk entri patik arini.Ini barulah lah d namakan haruan jual anak.Dia sedap2 berhutang,anak pula jd cagaran.Aish~Wajib kena indik ni taw.Jom baca sampai abis.

JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.

"Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.


“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.

Sumber: Metro

Februari 07, 2011

Kahwin..Kenapa xjemput orang??

Sayu hati patik bila xdjemput menghadiri hari bersejarah dia.Yeah~my ex-boyfriend wedding yg berlangsung pada 5/2/2011. Patik tahu pun. sbb kebetulan lalu depan rumah dia. semasa menghadiri birthday barty Dania.Aish!!~! Bukan sedih sbb dia kawen,..patik sendiripun dah kawen la.Cuma sedih sbb dia lupa janji kami masa muda2 dulu.Kalau siapa2 kawen, duluan mesti jemput..sbb kami akan jd kawan utk selamanya.Anyway..xpa..xpa..jumpa d majlis perkahwinan anak masing2 la nnti.ahax!Selamat Pengantin Baru utk ko dan wife.Jaga dia baik2 taw.Jgn jahat2..huhu~

Jom kita beralih pula ke cerita perkahwinan yg satu ni.Patik godek dari geekologie.






Hospice nurse Christine England, 40, married her fiance Keith, 44, in full costume and make-up in front of 100 guests who were also in fancy dress.


The new Mr and Mrs Green (yes, really), of Barnstaple, Devon, had spent three hours having their make-up done before walking down the aisle.

Christine said: 'The idea just came to me. I knew what we would go as because Keith looks just like Shrek.

Februari 06, 2011

Sedikit Pembaharuan




Harini, patik mengupdate dan memodify sikit belog patik.Percubaan membuat Tab Menu.Huhu~Buat Masa ni, hanya ada 4 menu yg patik buat.. Laman Utama, Senam Abdomen (Link cerita2 kelakar dan separa kelakar),Life Patik(smua pasal aktiviti patik dan family,kerja patik,) dan Pregnancy(wah! Ni patik baru buat juga, link... smua pasal dunia kemengandungan)..So, senang la patik membuat rujukan pada masa hadapan.

Terima Kasih kepada yg sudi bertandang ke Belog patik ni.Harap maaf sekiranya terdapat kekasaran dari segi bahasa dan tutur kata patik.Xpandai mo skema2


Pemakanan Utk Ibu Mengandung

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Tanda-Tanda Pregnant

* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...

Februari 05, 2011

Nenek Yg Kempunan


Tasem sangat2la nakal.Kenakalannya itu telah mencapai tahap super saiya dan amat2 merunsingkankan.Xda siapa yg mampu utk menghalangnya lagi.Tasem ni tinggal ngan neneknya sbb ibu bapanya telah meninggal dunia semasa berada d kasino.Kerana menang besar, ibu bapanya terkena renjatan sakit jantung dan meninggal d tempat kejadian.

Satu hari tu, nenek Tasem ni, kepingin sangat mo minum teh.Jd, nenenk ni pun, mintak la Tasem pergi ke kedai runcit Samy Buncet dan di bekalkan duit rm100.Sejak dr hari tu, Tasem xbalik ke rumah.Duit tu d habiskan berkarok d karoke jamban.Selang 8 seminggu, Tasem pun balik kerumah dan mendapati neneknya telah meninggal.Tasem sgt kesal dan beranggapan bahawa neneknya kempunana minum air teh.

Malamtu, Tasem tidur dan diberikan mimpi agar menyiram kubur neneknya itu dengan air teh.Tasem terjaga..dan membuat kesimpulan dan analisis hasil mimpi yg dialaminya itu bahawa dengan menyiram kubur nenek dengan air teh, nescaya neneknya akan aman d alam sana.Pada keesokkan harinya,Tasem pun melakukannya.Setelah itu, kubur nenek berasap dan sadenli,muncul neneknya d atas kubur dan menunjukkan isyarat tanda bagus@LIKE (mcm kacang ngan yin) sambil berkata........


BOH! ADA UUUUUMMMMPPPHHHHHHH!!!!

Februari 04, 2011

Happy Birthday to Podong




Podong?Sapa Podong.Gelaran utk anak buah patik yg sulung dan terulung,selain dr Nanank.Dania Maisarah Binti Norizan. Maisarah tu,sempena nama Arwah Nenek aku.Emm~nnti dah lahir baby, rasa mcm mo letak skali nama nenek/atok lah juga.Nama mama&bapa,nama mama&bapa mertua.hehe~

Petang tadi,p suping barang2 dapur with En Asben dan adik ipar,Ida.Kbtulan Ida cuti seminggu.Xda kuliah.UMS kasi cuti.Jd, stay la d rumah kami.Best juga.At least, xla patik sunyi sangat kalo asben kerja.Sempat juga cari baju utk Dania.Xtau mo beli apa.Memandaingkan Dania suka sgt kaler pink, patik dan asben seia-sekata merembat sehelai t-shirt pink.

Smpi d rumah, aish~~Lupa pla beli kertas pembalut.Tpaksa la guna kekreatifan..Patik balut ngan plastik jak la.huhu~


Dpt msj dr Mama Dania (akak patik). Wah, bukan maen lagi.Patik telah d perintah.Patik yg camni punya comey, kena ptong sayur la pulakHuhu

Birthday dania yg tertangguh.Sepatutnya buat 1/2/2011 yg lalu.Apapun, xsabar patik mo p clbrate bday Dania esok.

Februari 02, 2011

Mr Bean & Family

Muka2 cute Mr Bean

ensemboi

Rowan Atkinson & wife dia...SUNETRA SASTRY

Anak Lelaki Rowan Atkinson...Benjamin Atkinson..ensemboi juga kan..huhu~

Anak perempuan Rowan Atkinson ...Lily Atkinson


Jom Kita Skodeng sikit sejarah Mr Bean ni

Nama :ROWAN SEBASTIAN ATKINSON a.k.a Mr.Bean
Anak Bongsu dr 3 beradik
Ayahnya, Eric Atkinson merupakan petani dan Director Syarikat.
Ibundanya Ella May (née Bainbridge),
Dilahirkan pada JANUARY,09 1955 di Newcastle-upon-Tyne , UK .
Isteri: :SUNETRA SASTRY
Anak Lelaki : BENJAMIN ATKINSON
Anak Perempuan: LILY ATKINSON

Atkinson, the youngest of three sons, was born in Consett, County Durham, England. His parents were Eric Atkinson, a farmer and company director, and his wife Ella May (née Bainbridge), who married on 29 June 1945. He has two older brothers, Rodney, a Eurosceptic economist who narrowly lost the United Kingdom Independence Party leadership election in 2000, and Rupert. Atkinson was brought up Anglican. He was educated at Durham Choristers School, followed by St. Bees School, and studied electrical engineering at Newcastle University.He continued with an M.Sc. at The Queen's College, Oxford, first achieving notice at the Edinburgh Festival Fringe in 1976.While at Oxford, he also acted and performed early sketches for the Oxford University Dramatic Society (OUDS), the Oxford Revue and the Experimental Theatre Club (ETC), meeting writer Richard Curtis and composer Howard Goodall, with whom he would continue to collaborate during his career.

Best known for his use of physical comedy in his trademark character of Mr. Bean, others of Atkinson's characters rely more heavily on language. Atkinson often plays authority figures (especially priests or vicars) speaking absurd lines with a completely deadpan delivery.

One of his better-known trademark comic devices is over-articulation of the "B" sound, such as his pronunciation of "Bob" in a Blackadder episode. Atkinson suffers from stuttering, and the over-articulation is a technique to overcome problematic consonants.[citation needed]

Atkinson's style is often visually-based. This visual style, which has been compared to Buster Keaton, sets Atkinson apart as most modern television and film comedies rely heavily on dialogue, and stand-up comedy is mostly based on monologues. This talent for visual comedy has led to Atkinson being called "the man with the rubber face": comedic reference was made to this in an episode of Blackadder the Third, in which Baldrick (Tony Robinson) refers to his master, Mr. E. Blackadder, as a "lazy, big nosed, rubber-faced bastard".

Marriage and children
Atkinson married Sunetra Sastry at the Russian Tea Room in New York City, U.S. with Stephen Fry as his best man. The couple have two children, Benjamin Atkinson and Lily Grace Atkinson, and live in Northamptonshire as well as Oxfordshire and London, while their children go to school in Oundle.


Sumber :Makcik Gugel

Drama Malaysia

Industri perfileman dan pendramaan d Malaysia skangi, boleh d katakan ada perubahan sikit.Kalau dulu,benda2 yg patik listkan d bawah,mmg terdapat pada drama dan filem Melayu kita..(Emm~rasanya masaih ada juga la yg drama mcmtu skangni..hihi~)..Jom terjah!! :

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello?? Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga... .

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas... . "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem... .

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)