Click and Donate

September 18, 2012

Jijik

Apa perasaan kamu bila terpaksa duduk dengan org yg suka tarik kahak ikut idung,lepastu di hembus ikut idung juga.Dan terpaksa berhadapan dengan keadaan tu dari 7.45pagi hingga 9.30 pagi.Benda tu xpernah berhenti.Akupun xfaham la knapa mamat tu buat mcm tu.Habit kah? Bila dia dah tarik kahak dan besar kemungkinan juga hingus akan tertarik sekali.Persoalannya,dimanakah benda2 asing itu akan pergi?Yah! Betollll!!!!!!Mamat tu telan.Bukan itu saja, sesekali mamat tu akan masukkan jari telunjukkanya ke dlm hidung dan mengeluarkan benda asing dari dalam hidung tu,lalu digentel-gentel dan dibuang ke bawah kerusi.Disgusting.Konsentrasi aku untuk modul kimia harini, mmg xda langsung.Knapala Mamat tu dduk sebelah aku.Em,nxt wek,aku kena lebih berhati-hati.
Sekian

September 15, 2012

Bermulanya "Musim Kahwin"

September - Disember merupakan musim yg sesuai untuk buat kenduri kawen selain drp bulan Mei.Ada juga yg kawin pada bulan yg x disebutkan,tp xla dapat menandingi kehebatan bulan September hingga Disember.

Ini teori saya,knapa kenduri kawen selalu dibuat pada bulan2 tersebut :

1) Budak2 dah cuti skolah,makcik2 xla sibuk sangat mo urus anak2.Jd dapatla makcik2 p potong daging,sayur,bwang2 tanpa kegusaran dan gundah gulana.

2) Selalunya bulan ni lah juga dapat save budget drp beli baju baru untuk datang kenduri.sbb,kita kan baru pas raya.pakai ja la baju raya tu.(Sbnarnya akupun xfaham knapa ada org suka pakai baju baru sangat masa dtg knduri kawen,pdhal dtg skejap jak pun.Xda nya org mo tgk ko pkai baju baru atau lama.Org dtg cuma mo tgk pngantin dan makan free jak tu)

3) Makcik2 yg ada anak dara,yg baru bis exam,dapat suh anak2 dorang tu prektis buat kerja dapur dan show off skill masing2.Pancingan dpt besan dikalangan geng2 seangkatan.Jd nnti bila anak dara tu dah kawen, senangla ati makcik td,menantu dan anak xduduk jauh.xpayah gaduh2 mo balik beraya di kg siapa , stiap kali menjelangnya lebaran.

4) Bukan musim tengkujuh.Jalan yg xberturap berpotensi utk becak kalau buat knduri msa musim tngkjuh.lgpun, org malas mo kluar rumah time2 hujan.(Teori ni dah xblh pakai skang ni.Musim tngkujuh dah xikut jadual.)

Sekianla dahulu pembentangan teori saya berkenaan dengan knapa knduri selalu dibuat pada bulan September hingga Disember. Esok, saya akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat msa sama2 belajar di Poli KK dlu.Reunion trus.Yeyeh~

September 14, 2012

Instagram dan Twitter

Kesiannya aku.Org lain sudah berabad bermain dgn Instagram.Aku baru mo start.Sakai..Dan begitu juga dgn Twitter.Akaun sudah  lama buat,tp xpndai  gunakan.Disebabkan rasa ingin tahu, aku pun gatal2 tangan la tekan apa juga button yg ada dalam aplikasi tu di samping tunjuk ajar org yg lebih pro.Seronok juga rupanya bermain dgn benda tu.Teruja dan boleh dtgkan gian.hehe.Suka tgk gambar2 yg org ambil melalui aplikasi Instagram tu.Rupanya,xla susah mana... ;)




tQ kawan2 yg follow dan rajin meLIKE dan COMMENT. 
Aplikasi ni sesuai sangatla untuk org yg suka sangat dengan fotografi.Dan kemudian melalui photo2 itulah, segalanya diceritakan. 



Bagi yg suka membebel...gunakan aplikasi Twitter..Bebel la banyak mana.Xda  siapa mo hairan.


September 09, 2012

Happy Anniversary

 Alhamdulillah..Tq Allah sbb bagi rezeki kpd kami.
Tq Hubby & happy anvsry. 
Yg ni utk anvsry kapel kan? (9.9.2001 - 9.9.2012)
Hadiah utk anvsry kawen, lain lagi kan??
Hahhaa

September 07, 2012

Belajar...... jangan berhenti

Petang tadi, baru dapat senarai agihan kumpulan dari Ketua Program Geologi merangkap lecturer untuk modul Fotologi dan Penderiaan Jauh untuk semester ni.Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat group A untuk makmal geokimia.Maknanya, hari jumaat aku cuma ada 1 klas saja.Yahoo....Dapatla aku menjimatkan duit minyak dan duit makan. Sem ni, aku kena pandai uruskan duit.Xblh terlalu boros.Kesian la pula dengan 'orang tu'.Dia penat2 kerja, aku senang2 tolong abiskan duit dia =) Amboi~amboi~amboi~..Banyak cantik.

Harap2 sem ni, aku akan lebih fokus dalam pelajaran.Lagi2 aku rasa sem ni, modul2 agak susah jugak kalau xbelajar betul2.Pengajaran di ambil daripada semster lepas.Padan dengan muka aku.


Bermula sekarang, kena simpan duit untuk overhaul kereta. Maklumla, kereta lama dan dah lama pakai kereta tu.Baru sekali tukar enjin.Enjin asal, sudah angkang tahun 2010.Skang gear la pula lagi.Gear 5 susah mo masuk.Kena tekan cluth  dua tiga kali baru dapat masuk.Apa2pun, kereta buruk aku tu la banyak berjasa.Dari kerja, belajar di poli, kerja di KGESB, lepastu skang belajar di UMS...banyak sangat jasanya.Masa buat final project dulu pun, kereta buruk tu la juga yang aku gunakan.Tq kereta burukku =)

September 06, 2012

Hantu atau cuma ilusi?


Makhluk halus mmg wujud.Terpulangla kepada kamu untuk mmpercayainya ataupun sebaliknya. 
Ada juga yg cakap

"Owhh~ ko ni kuat betul berimaginasi, padahal benda tu xda pun,ko mmg saja mengada-adakan benda yg xda.Aku xnampakpun tu sebagai makhluk ka apa."

Suka hatimu la mo cakap apa.

Gambar ni aku xsngaja ambil semasa sedang test2 kamera kompek aku. Hairan kenapa kadang2 gambar cantik, kadang2 tidak.Jd memandai2la aku p tukar2 setting dalam kamera ni.Tu lah kerja aku bila xda benda lain mo di buat. Aku balik kampung selama 4 hari, sbb En Hubby p Tenom dgn kwan2 dia.Ada 4x4 offroad ntah apa2 ntah.Akupun xtau apa benda tu smua.Daripada sorang2 tinggal di rumah kami tu, ada baiknya aku balik kampung. Ada juga mama, bapa dan adik bongsu aku di rumah tu.xla bosan.

Berbalik kepada cerita gambar di atas..Sebelum rumah ni dibangunkan dalam tahun 1992 (Masa tu, aku baru Darjah 2), di tapak ni, ada kubur budak2 betul2 di dinding bilik mama bapa aku.(Di tingkap kawsan gelap yg aku bulatkan tu).Dan sebelum pembinaan rumah ni juga, kawasan sekitar adalah deretan rumah sewa milik moyang aku. Hajah Hafsah Bin Hj Zainal.Mmg banyak la.Lebih daripada 30 buah rasanya.Kubur budak kecik tu telahpun dipindahkan ke belakang rumah kami ni, ditempatkan sekali bersama kubur2 lama yang lain. Menurut moyang, kubur2 tu adalah kubur Syeikh2 Islam.Masa aku masih kecik, selalu juga aku main di sana .Nisannya adalah batu yg ditegakkan dan sempadan kubur pula disusun batu2 mengelilingi tiap kubur tu.

Aku ingat lagi masa raya 2001, arwah moyang yang tinggal sebelah rumah ni saja, datang.Lepastu dia tunduk.Agak lama juga la.Lepas tu, dia tanya mama /kakak aku yg duduk berhampiran dia masa tu.
"Siapa yang panjang rambut, sama mukanya putih tadi tu?"
Sambil dia tgk pintu utama kami.
Malam pula tu.Siapala xmeremang bila diajukan soalan mcm tu.

Rumah kami ni,mmg lama xda org tinggal.Kami semua tinggal di tuaran, sbb mama dan bapa bertugas di tuaran dan kk sejak 1997.Kami semuapun sekolah di tuaran dan kk.Kami cuma akaj balik bila menjelangnya hari raya atau bila mama dan bapa p kebun buah kami di Bukau, Beaufort.Baru saja tahun 2009, mama dan bapa balik dan menghuni balik kediaman kami ni sejak dorang dapat transfer ke kampung halaman.Bayangkan berapa lama rumah tu kosong.

.......banyak lagi yg aku mo cerita, tp malasla pula mo menaip.Lain kali lah ......

Konvo Oh Konvo


video

Tgh susun2 dan buang  file dalam harddisk, jumpa pula bideo lama, tahun 2009 masa majlis konvokesyen, time aku buat Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Kinabalu dulu. Muda remaja gitu..haha..Tambahan lagi, masa tu..mama, bapa dan Encik Tunang (skrang dah jd suami) datang..Uuuu bestnya.Nama aku disebut, muzik pun dimainkan.Huh~rasa mcm mo menari la pula masa tu.Menari tarian asli..ala2 zapin johor gitu..hehe~

Kelihatan dalam video adalah barisan classmate.Acara dimulakan dengan penganugerahan Diploma kepada YDP JPP, Alffian Robert...Sekarangni, masing2 sudah kerja dan sambung belajar ke peringkat seterusnya.Yang kerja goverment pun ada.Alhamdulillah..Dan Yg kerja di Politeknik pun ada..Seperti yang kelihatan, gadis2 cun melecun yang amik pass..bar code dr pelajar tu..salah sorangya merupakan kawan aku yg sama2 belajar dulu.Selama buat dip tu, aku menumpang tinggal rumah dia la.Rumah staff...huhu~Tq Ameng =) Sekarang, ko pun dah jadi Puan, ya ameng.Selamat bertukar status..hahaha~

Bila tgk balik video ni, semangat la pula mo belajar sungguh2.Sudah 2 kali ikut konvokesyen,...xsabar mo ikut konvokesyen untuk kali yang ketiga nanti.InsyaAllah...moga dipermudahkan segalanya =)

Ya Allah, berikanlah kesempatan kepadaku, walau sedetik cuma, untuk membahagiakan kedua orang tuaku, suami dan keluargaku dengan berkongsi kejayaaan dan kebahagiaanku Ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin

September 04, 2012

Nigger

Nigger, selamat datang dalam family kami..Ni la Nigger yg aku kutip dr kampung.Nigger ni adalah anak Tiger dan  Janda meletop lagi hot di kampung aku.Tgkla, kacukan.Bulu Nigger ni panjang, sama mcm Tiger. Nigger juga mewarisi beberapa sifat Tiger.Slow Motion dan  Cepat  menggelabah



Jelingan paling menawan
Nigger ni dibela oleh tuan punya kucing betina, c Ngiau (Wife Tiger).Tp kesian aku tgk Nigger ni..Kurus kering.Sakit.Dorang xjaga betul2.Aku nekad kidnap kucing ni.Daripada kucing ni mati, baik aku rawat.Nanti bila kucing ni dah ada anak, aku akan bagi balik ngan tuan Ngiau.Tp kalau dorang xjaga, aku akan amik balik la.(Buruk siku)haha


Handphone sebagai skala
Nigger makan ubat

Alhamdulillah, Nigger beransur sihat.Skang dah boleh lari2 dan lumpat atas riba aku =)

Tadi aku kluar skjap p beli makanan untuk Nigger.Xjauh, dekat2 dengan Airport Airasia.Lepas bayar barangan yang dibeli, dari pintu keluar tu aku nampak sorang pakcik traffik usha2 kreta.

Haha sudah~baru ingat aku belum renew roadtax.2 Srpt 2012 dah mati.Aku tunggu la pakcik tu berlalu dari sana.Dia park motor betul2 sebelah kereta aku...Diapun masuk kedai tu,dah ktorang berselisih.Aku buat xtau la.Cepat2 masuk kereta dan pecut.

Skali, haih...pakcik tu pun naik motor dan bawa laju2.Di traffic light...lampu dah kaler kuning.Betul2 aku depan trfk lght tu.Lampu trus tukar kaler merah.Haih~tawakal saja la.Trus pecut smpi rumah.Em selamat la.Pakcik tu mcm tau2 sja aku ada buat salah.Hahaha~Smpi rumah, baru terfikir...Bukankah tgk roadtax tu kerja JPJ?haha~
Apala aku ni..

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)