Donation

November 20, 2013

Hari isnin lepas, p review doctor Sutha di Rafflesia Medical Center

Sejak kebelakangan ni, baby sangat aktif bergerak.
Mcm xsabar2 ja mo kluar nih ;)
Kepala pun sudah di pusingkan betul2 ngam2 di pintu keluarnya.
Haa...berdebar aku bila docto cakap, dalam 2 atau 3 minggu lagi akan melahirkan.
Omaigat..
Ya Allah..permudahkanlah segalanya

November 12, 2013

Fldwork ke-4

Petang smlm dpt text dr member, ajak buat fldwork harini.
Memandangkan  bacaan J/K utk menentukan arah cangaan aku xcukup dan utk dimasukkan dl Tesis nnti, akupun bersemangat kembali utk brfldwork. 
Walaupun bawa baby yg sdh berusia 33W1D dalam kandungan ni ;) 
Nasib la ada senior yg blh on call bwa p fld.hehe..btw, thanks Jue.
Seperti biasa, aku akan booking tugas menulis memandangkan keadaan yg xmembenarkan aku utk terlalu aktif memanjat macam zaman muda-muda dulu.
Muda la sangat
(tangan dibahu, mata keatas)
hahaha~
Alhamdulillah, arini, adalah dpt bacaan lbh drp 60 J/K.
C baby pun rilex ja dlm perut.
Mcm dibuai-buai.
Tidurla tu mungkin.
Tp sebelah malam..awas..confirm bangun.
Aaa macam skrang la. Sudah jam 1.05am, mmg masa utk dia bermain-main ;)
Ntah jam brapa la dia mo tidur ni.
Tp, bagus jugala baby mcmtu.
Dapat juga aku bereskan kerja-kerja yang berlambak ni.
Dengan Tesis, Lab Report dan Midterm.
Buat ja slow2, nnti insyaAllah, siap juga tu akhirnya.
InsyaAllah

November 08, 2013

Fieldwork Semasa Pregnant

" Fieldwork semasa Pregnant atau Pregnant semasa Fieldwork "
Mcm pelik jak tajuk tu.
Alhamdulillah, sepanjang 3 hari fldwork Allah beri kekuatan untuk aku dan rakan2 buat kerja.
Pada tika ini, usia kandungan adalah 32 minggu 5 hari dan usia perkahwinan sudah 3 tahun 3 hari ;)
Agak lama juga xupdate blog.
Bz ba kunun ni.
Ni lagi, sudah di tahun akhir...bz siapkan Thesis.
Dan dlm masa yg sama, tgh bdebar menghitung hari mo melahirkan c baby ni ;)
Sedikit persiapan utk baby sdh dibuat.
Tp xla banyak.Cukp yg basic2 saja.
Elakkan pembaziran :)
Lgpun nnti baby cpt besar.Sayang sja bli baju banyak2, pastu xmuat.
kan?kan?kan?

Julai 20, 2013

Yard Sale

Memikirkan harta benda yang telah memenuhi stor rumah bapa dan mama di kampung, rasa mcm mo buat Yard Sale la pula.Daripada ianya menyemak dan reput didalam stor, lebih baik dijual dgn harga murah.Dapat juga menjana pendapatan. Dan lepastu, stor akan dapat diperbesarkan lagi.Dan lbh banyak harta benda dapat disimpan. hahaha~Lain pula objektif ni. Mana2 yg terjual tu akan disedekankan pada yg lebih memerlukan, fakir misikn dan badan2 kebajukan yng juga memerlukan.

Tapi, seriously, aku rasa, mana2 rumah pun ada masalah yang sama.
Lambakan barang2 yg tidak digunakan.
Lagi2 untk mereka yang suka shoping tu.
Perabot stahun skali tukar.
Baju tiap minggu beli.
Belum cakap barangan dapur.
Chef Wan pun kalah.
Tu belum ambil kira eksesori kereta lagi.
Huwah! Penuh stor.
Kdng2 smpi mo tmuntah stor tu.

Di harap, kampung aku (Sipitang) akan masukkan aktiviti ni dalam program Daerah, sama macam Pesta GATA (Gasing dan Tamu Besar).
Mo bagi cadangan, tp xtau kemana perkara ni mahu diusulkan.
Luahkan didlm blog sajalah.
Kalau sudah tahu caranya, InsyaAllah akan diusahakan juga ;)

Julai 15, 2013

Pembelian dihujung jari

Lately , malas pula mo turun naik quaters ni, p beli barang dapur mahupun shopping baju utk sendiri dan husband. Mulala gatal jemari ni cari baju mengandung online.
Dpt dua baju yg dibeli melalui online. Niat dihati cuma untuk tgk servis dan kualiti baju yg bakal dimiliki tersebut.
Adakah sama dengan apa yg dinyatakan diblog atau laman sosial.
Aku carila di www.ibumanja.com. Servis mmg terbaik.
 Transfer duit hari isnin, hari rabu dah blh dapat barangan.
Dan alhamdulillah, baju adalah seperti yang diiklankan dari segi kain , saiz dan juga kualitinya. 

Baru tadi beli produk rawatan untuk En Hubby melalui online juga. Cepat gila dorang respon. Petang ni barangantu akan dihantar. InsyaAllah, rabu ni sampai la ketangan kami.
Huh! xsabarnya.

Rasa seronok pula Ramadhan kali ni. Ada semangat sikit mo berhari-raya nnati. Memandangkan akan beraya bertiga bersama baby dalam perut.hehe
Syukur Ya Allah atas pemberianMu ini.

Jun 26, 2013

Jangan ingat kerja remeh itu senang

Bila terpaksa scan sendiri map besar gilak babas bersaiz A0..lepas tu scanner muat2 saiz A4 saja.
Mmg baru terasa betapa payahnya kerja budak2 kedai fotostate dan scanner.
Senget la, ada yg xterscanla.
Lepastu kena main cantum2 la pula supaya kelihatan mcm map asal.
Memandangkan sayani bukanlah org yg pakar menggunakan komputer, lagi2 software yang ntah apa2, saya usahakan juga. Demi Final year project.

Masalah dalam mbuat grid di map baru keluaran 2007 dengan merujuk gridline lana tahun 1982.
Mungkin bagi sesetengah orang, ianya bukanlah masalah besar dan xpenting.
Tapi bagi saya, penting juga la.
Risau kalau2 nnti sdh siap trace, lepastu lecturer tanya, 

yg ni kamu buat ikut grid yg saya bagi atau cmana?
Kamu ada buat grid dimap baru tu?
Cmana kamu buat grid tu?
Kamu yakin, ianya tepat?
Kalaulah di tanya soalan mcm tu.
Apala aku mo jawab..
Saya : Errr... saya main agak2 saja ni Dctr..
Dctr ;  Emm..saya pun agak2 juga ni mo bagi kamu markah.
haha~

Bertanya kawan2 lain..mcm2 cara dorang gunakan. 
Saya pula gunakan cara tersendiri sbb kedua2 map punyai scale yg sama.
Untunglaa...
Cuma tindihkan dua map..lama dan baru, dan buat garisan grid dan unjurka  garisan sampai ke map yg baru.
Gitu saja
Harap2 cara ni betullah..

Kalau mo ikut cara saya, silakan.kalau xsetuju cara saya, abaikan.
Apapun, terimakasih kerana membuang masa mbaca blog saya
Datang lagi  ;)

Mac 06, 2013

Kelucahan yang tidak disengajakan

credit di transfer kepada OhTidak.com

Pose yg menduduki rangking tertinggi ketika bergambar adalah dengan menunjukkan peace sign.Dilakukan dengan pelbagai gaya.Tetapi~haa..ada tetapinya.Kita terpaksa lah mendalami lagi ilmu simbol2 ni supaya kita sendiri tidak malu dan dimalukan kerana perbuata kita sendiri.

Tahukah kamu apa maksud sign jari2 di atas.(tgk gambar)..tau??Ianya ada bermaksud "Hey, lick my pussy / "hey you pussy"...haaaa~baru tau, betapa lucahnya perbuatan tu.Rasanya org lelaki lebih arif ttg simbol menyimbol ni kan.Sama juga budaya yang menunjukkan jari hantu."Fuck sign"

Jika korang mau tahu ttg sejarah penggunaan Peace symbol,gugel la sendiri. Rajin2 membeca, jangan asyik buka FB saja.hehe..

Share

Mac 02, 2013

Hubungan Menantu & Besan antara UMNO & Kumpulan Militan

AMARAN : 
KALAU TAK MINAT MENGETAHUI POLITIK NEGARA,TAK PAYAH BACA.TERIMA KASIH =)

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

_________________________________________________________________________________

Sumber: Sabahkini.net

‘Abah dah meninggal’

“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.
Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Seorang lagi anggota PDRM yang terbunuh dalam kejadian jam 10 pagi itu ialah Koperal Sabarudin Daud, 46, manakala tiga lagi rakan setugas mereka cedera. Dalam insiden itu, 12 penceroboh yang dikatakan dari pasukan tentera Sulu dilaporkan terbunuh, namun jumlah yang cedera tidak dimaklumkan kepada media. Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, di sini, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.
Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.

Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.

Malah, Nor Aziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Rambutan, di sini, dikatakan pengsan tiga kali sepanjang tempoh berada di rumah bapa angkatnya itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013030203120320130302031203/Article#sthash.liqktJ1T.dpuf

Mac 01, 2013

Pencerobohan di Lahad Datu: UMS jamin keselamatan pelajar

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka selamat dan tidak terancam dengan insiden pencerobohan di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Korporat UMS, buat masa ini tiada sebarang aktiviti pelajar dan aktiviti penyelidikan dijalankan di kawasan tersebut.

Tambahan pula, jarak sejauh lebih 400 kilometer antara Lahad Datu dengan kampus UMS di Kota Kinabalu juga membolehkan warga UMS terhindar daripada kemelut yang berlaku di Pantai Timur Sabah itu selain kawalan ketat pihak keselamatan negara, menurut kenyataan itu.

Dua kampus cawangan iaitu UMS Cawangan Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan juga terletak jauh dari tempat kejadian.

Pihak universiti juga meningkatkan tahap keselamatan di dalam dan sekitar kampus untuk memastikan sesi tutorial dan kuliah terus berjalan dengan lancar, kata kenyataan itu. - BERNAMA

ref : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencerobohandiLahadDatu_UMSjaminkeselamatanpelajar/Article/

2 komando Polis terbunuh

kopipes :

LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - BernamaArtikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 -

 See more at:
http://www.hmetro.com.my/articles/LahadDatu_Duakomandopolismaut/Article#sthash.okIpDvRc.dpuf

Februari 22, 2013

[LAWAK] Bila semua binatang berbentuk bulat

Lucu juga bila tgk binatang2 menjadi bulat dan kembung.Binatang yg ganas pun akan jadi sungguh comel.Xpercaya?Jom tengok video sampai habis.

JOM TGK VIDEO BINATANG BULAT DI SINI   

Februari 11, 2013

Tips Paling Mudah Memilih Calon Suami

Bagi seorang gadis, memiliki suami yang soleh dan bertanggungjawab ,merupakan kreteria utama dalam  membina rumahtangga yang bahagia.Salah satu perkara yang kelihatan agak simple, tp inilah yang akan mendedahkan siapakah bakal suami itu yang sebenarnya.Bakal suami yang bukan plastik.Bagaimana?

BERJUMPA DENGAN IBU BAKAL SUAMI DAN LIHAT BAGAIMANA DIA MELAYAN IBUNYA.

Percayalah..bagaimana dia melayan ibunya, begitulah kamu akan di layan. Alhamdulillah, walaupun saya langsung tidak pernah berjumpa dengan bakal ibu mertua semasa masih dalam proses mengenali hati budi bakal suami, tp saya selalu memerhatikan dan mendengar bila mana suami (yang pada ketika itu, masih bertitle kekasih) berbual dengan ibunya di telefon.Bukannya ingin memuja suami mahupun ibu dan bapa mertua, tp ini sekadar perkongsian rentetan kehidupan saya yg sudah bergelar isteri selama 2 tahun lebih.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Sebelum berkahwin, saya seperti orang lain.Pasti ada rasa takut jika punyai mertua yang garang.Ala mcm dlm filem2 melayu dan indonesia.Mertua yg jahat dan garang, di samping punyai sifat pendendam. Hehe..Pertama kali berjumpa dengan bakal ibu dan bapa mertua adalah semasa bakal suami dtg merisik khabar ;)

Ternyata, mertua saya memang sorang yang tidak ubah seperti ibu bapa saya sendiri.Melayan saya ibarat anaknya sendiri tanpa sedikitpun memeberikan gambaran bahawa saya ni seorang yg asing dalam keluarga suami.Cuma saya saja yang tidak mampu menjadi menantu yang sempurna.Saya sedang berusaha ke arah itu, memperbaiki diri dan berusaha untuk lebih matang. Ingin menjaga suami, sebagaimana mertua menjaga makan minumnya, pakaiannya dan perasaannya.Bertuahnya mendapat suami dan keluarga suami yang sangat baik. Terima kasih ibu dan bapa mertua dan juga adik2 suami saya, dan juga biras saya kerana menerima saya seadanya =)

Februari 07, 2013

Azli Paat Meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAM

Februari 01, 2013

Pregnant Kembar

Dari zaman bujang dulu, teringin sangat ni mo ada baby kembar.kalau ditanya, cnfm aku mo baby kembar, sorang lelaki dan sorang pempuan.senang mo bezakan dorang.hehe.Hasi dari pembacaan, banyak la org sajes, kena makan asid folic untuk kesuburan.pastu makan Kentang, xlupa juga banyakkan minum susu. Susu Anumu Materna pun bagus sbb ianya mengandungi asid folic dan rumusan kesihatan yang lengkap dalam ramuannya.

Bestnya dapat anak kembar.Best tu, best juga, tapi kita kena tahu juga risikonya. Jom baca berkenaan bayi kembar neh.Tambah2la sikit pengetahuan tu ya =). Tq

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.

KOPIPES : http://pama.karangkraf.com 

Pregnant

Bestnya bila dengar khabar kawan2 dan isteri kawan2 sudah pregnant.Excited tak terkata aku.Mcm akula pula yg pregnant. Tp, rezeki tu belum sampai lagi, jadi, kita tunggu saja la. Usaha tangga kejayaan.Xsabar neh =)

Januari 28, 2013

Dating with Husband

Akhirnya, semalam dapatlah kami meluangkan masa bersama setelah agak lama kami tidak keluar dating.Dia sibuk bekerja, aku sibuk study.Rasa mcm baru kahwinla pula.Datang dating,jalan2 berpimpin tangan, menyusuri lampu neon pada waktu malam di Bandaraya Kota Kinabalu.Chewah~~

Round pasar malam Sinsuran, xpuas hati, pergi lagi Pasar Malam kampung Air. Penat bjalan, En Husband bawa p makan, tp aku cakap, aku sudah masak sebelum kami keluar tadi.Lalu depan Gaya Street, aku teringan satu kedai yang pada dulunya menjadi sainga KFC, iaitu Sugarbun.

"Hubby, bankrupt suda mengkali Sugarbun tu kan.Apa nda, makanannya ba.Pelik2 ni."
"Owh Honey mo minum di SyugarBun kah"
Kbtulan ada parking kosong, trus la husband aku parking kereta.
"Eh bukan hny mo minum sini, hny cakap ja sbb dulu, besar betul kedai dorang ni"
"Apa jua yg dorang jual"
"Ntah xingat, mcm kentang2 goreng, ayam, nasi"
"Owh mcm nasi ayam la tu kan?"
"Emm mengkali"

haha..sama ja laki bini..Sot dua2.

Akhirnya minum juga di SyugarBun, yg bsebelahan ngan BB Cafe.,Wow~ini sudah macam open pub.Best juga dgr suara makcik penyanyi tu menghibur pendatang pengunjung.Cerita2 smpi xsedar sudah pagi.Tq Hubby sbb bawa saya ke sana =)

Aku xda amik gmbr kawasan tu, jd aku amik dr blogger lain.Credit to : Pepper

Januari 19, 2013

uBi punya pasal

SITUASI SEBENAR :

 Seorang nenek pergi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama -
 "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." 

Harian Metro - 
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan!" 

Utusan Malaysia - 
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" 

Harakah -
 "Kami tiada beca." 

Malaysiakini - 
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah." 

Obefiend - 
"Nenek meleis mati. Aku suka vodka." 

Twitter @NajibRazak - 
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!" 

Blog Melayu Paranoid - 
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca." 

Ibrahim Ali - 
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 

Pancaindera -
 "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." 

Mastika - 
"Misteri penarik beca: Temubual eksklusif dengan hantu ubi." 

Samy Vellu -
 "Beca tak bayar tol dicari."

Lek ko Jho, jgn ko serius betul.Untuk hiburan semata-mata saja ni  =)

Downloading

Masa cuti ni, xtau mo buat apa..belajar utk subject sem depan???Oh semestinya tidak.
Dengan mengharapkan broadband digi yg ntah brapa gig ni, mau juga la download movie konon.nah! ambik ko.!!!!

1117.56.32 REMAINING

...berapa lama la tu konon?Kensel..kensel..Mo pakai wifi jiran, xkena kasi pula password.

Januari 08, 2013

Final Exam hampir ke penghujungnya

          Alhamdulillah...lusa, merupakan paper terakhir untuk semester ni.Subjek kegemaran.Sedimentologi dan sekitaran sedimen.Mudah2an dipermudahkan segalanya. Semalam, tiba2 la pula deman.Batuk, selesma, pening dan muntah2.Ingatkan sudah pregnant.haha...apabila diuji, ternyata belum lagi.Myb sbb penat otak saja tu.Bukan penat belajar, tp penat memikirkan dan meramalkan soala yang akan diajukan masa final exam untuk paper petrology.Killer paper.

Januari 07, 2013

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)