Click and Donate

April 21, 2010

.:: Pisang Goreng ::.

Di sudut sebuah Kampung, terdapat seorang Tua yang tinggal seorang diri. Suatu hari dia teringin nak makan pisang goreng. Lalu bergerak lah dia ke dapur untuk mengoreng pisang. Setelah diselongkarnya segenap penjuru dapur tu, cuma minyak je yang dia ada. Pisang, tepung dan gula langsung takde. Maka terbantut la impiannya untuk memakan pisang goreng. Untuk melupakan keinginan memakan pisang goreng tu, dia pun membaca majalah mastika yang sudah 2 tahun terdapat di rumahnya. Sampai lah ke suatu artikel, "Perniaga Pisang Goreng yang Berjaya", dia teringat kembali tentang hasratnya ingin memakan Pisang Goreng. "Tak boleh jadi ni, aku nak juga makan pisang goreng" katanya dalam hati. Maka, dia pun menyeluk saku seluarnya untuk melihat berapa banyak duit yang ada untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak pisang goreng. Diseluknya poket kanan... kosong... Diseluknya poket kiri... . Pun kosong juga... Kesian dia... . Hancur lagi hasratnya untuk memakan pisang goreng.
Untuk mengubat hati yang luka, dia pun berjalanlah ke pekan. Sampai di satu kedai runcit dia pun bertanya kepada 'Taukeh' kedai tu.
"Taukeh, lu ada jual pisang tak?" Tanya orang tua tu.
"Ala, mau belapa kilo?" Jawab 'Taukeh' tu.
"Baguuuss... Tepung ada?" Tanya orang tua tu lagi tanpa menjawab soalan 'Taukeh' tu."
"Ala, lu mau belapa kilo?" Jawab 'Taukeh' tu lagi.
"Baguuuss... Gula ada?" Tanya orang tua sekali lagi tanpa menghiraukan pertanyaan 'Taukeh' tu.
'Taukeh tu pun jawab la lagi, "Ala, lu mau belapa kilo?"
"Baguuuss... " Balas orang tua tu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Orang tua tu pun masuk ke dalam kedai dan 'round' kat dalam kedai runcit tu.
Taukeh tu rasa pelik, orang tua ni betul ke tak betul? Napa tanya semua barang tu? Dia ni nak beli ke tak?
Lalu, 'Taukeh' tu pun tanyalah kat orang tua tu. "Halo Pakcik, macamana? Kenapa tanya itu barang?"
Pakcik tu pun menjawab, "Kalau ada barang tu semua, tunggu apa lagi? Masaklah Pisang Goreng, saya dah lapar ni"

Memang pandai la Orang tua tu. Tapi kita janganlah ikut cara dia ok? Nanti kita yang jadi goreng pisang

1 comments:

Jihad berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

klaka siot.tp, panjang sangat la citer ni.Jenuh baca eh

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)