Donation

Februari 11, 2013

Tips Paling Mudah Memilih Calon Suami

Bagi seorang gadis, memiliki suami yang soleh dan bertanggungjawab ,merupakan kreteria utama dalam  membina rumahtangga yang bahagia.Salah satu perkara yang kelihatan agak simple, tp inilah yang akan mendedahkan siapakah bakal suami itu yang sebenarnya.Bakal suami yang bukan plastik.Bagaimana?

BERJUMPA DENGAN IBU BAKAL SUAMI DAN LIHAT BAGAIMANA DIA MELAYAN IBUNYA.

Percayalah..bagaimana dia melayan ibunya, begitulah kamu akan di layan. Alhamdulillah, walaupun saya langsung tidak pernah berjumpa dengan bakal ibu mertua semasa masih dalam proses mengenali hati budi bakal suami, tp saya selalu memerhatikan dan mendengar bila mana suami (yang pada ketika itu, masih bertitle kekasih) berbual dengan ibunya di telefon.Bukannya ingin memuja suami mahupun ibu dan bapa mertua, tp ini sekadar perkongsian rentetan kehidupan saya yg sudah bergelar isteri selama 2 tahun lebih.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Sebelum berkahwin, saya seperti orang lain.Pasti ada rasa takut jika punyai mertua yang garang.Ala mcm dlm filem2 melayu dan indonesia.Mertua yg jahat dan garang, di samping punyai sifat pendendam. Hehe..Pertama kali berjumpa dengan bakal ibu dan bapa mertua adalah semasa bakal suami dtg merisik khabar ;)

Ternyata, mertua saya memang sorang yang tidak ubah seperti ibu bapa saya sendiri.Melayan saya ibarat anaknya sendiri tanpa sedikitpun memeberikan gambaran bahawa saya ni seorang yg asing dalam keluarga suami.Cuma saya saja yang tidak mampu menjadi menantu yang sempurna.Saya sedang berusaha ke arah itu, memperbaiki diri dan berusaha untuk lebih matang. Ingin menjaga suami, sebagaimana mertua menjaga makan minumnya, pakaiannya dan perasaannya.Bertuahnya mendapat suami dan keluarga suami yang sangat baik. Terima kasih ibu dan bapa mertua dan juga adik2 suami saya, dan juga biras saya kerana menerima saya seadanya =)

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)