Donation

Mac 01, 2013

Pencerobohan di Lahad Datu: UMS jamin keselamatan pelajar

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka selamat dan tidak terancam dengan insiden pencerobohan di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Korporat UMS, buat masa ini tiada sebarang aktiviti pelajar dan aktiviti penyelidikan dijalankan di kawasan tersebut.

Tambahan pula, jarak sejauh lebih 400 kilometer antara Lahad Datu dengan kampus UMS di Kota Kinabalu juga membolehkan warga UMS terhindar daripada kemelut yang berlaku di Pantai Timur Sabah itu selain kawalan ketat pihak keselamatan negara, menurut kenyataan itu.

Dua kampus cawangan iaitu UMS Cawangan Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan juga terletak jauh dari tempat kejadian.

Pihak universiti juga meningkatkan tahap keselamatan di dalam dan sekitar kampus untuk memastikan sesi tutorial dan kuliah terus berjalan dengan lancar, kata kenyataan itu. - BERNAMA

ref : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PencerobohandiLahadDatu_UMSjaminkeselamatanpelajar/Article/

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)