Donation

Disember 28, 2017

Resepi Sanggar Papek




Bahan-bahan :
Pisang Sabah

Cara sediakan :
1.      Kupas pisang sabah dan goreng sekejap sehingga bertukar dari warna asal. Angkat dan toskan minyaknya.
2.      Lepastu, bolehlah start penyetkan pisang yang sudah digoreng seketul-seketul tadi tu.Terpulanglah mau penyet guna apa. Yang penting penyet. Saya guna bontot lesung batu yang dibalut dengan plastic yang bersih. Kalau saya, saya suka penyetkan sampai nipis. Baru la rangup masa makan nanti. Siap penyet, simpan.
3.      Bila tiba masanya mau makan, boleh la goreng sekali lagi dengan minyak yang panas dan banyak. Goreng sampai mencapai level kerangupan yang kamu suka.

Bahan Untuk Sambal :
1.      3 biji Tomato dipotong dadu
2.      Cili padi 5 biji atau ikut suka la mau bubuh berapa banyak.
3.      Bawang merah 3 biji
4.      Bawang besar setengah biji potong dadu
5.      Udang kering segenggam. Basuh dan rendam sampai lembut.
6.      Daun basil seukupnya.

Cara masak :
1.      Panaskan minyak sucukupnya untuk menumis.
2.      Masukkan udang kering, dan tumis sampai sedang-sedang masak.
3.      Dalam kuali yang sama, masukkan tomato, bawang  merah, bawang besar dan cilipadi tadi. Tumis sampai bahan-bahan layu.
4.      Tumbuk bahan tadi dengan lesung batu. Blender pun boleh, tapi macam kurang kick rasa dia. Masa menumbuk tu, masukkan sekali daun basil. Siap untuk di makan dengan pisang penyet.


0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)