Donation

Julai 11, 2012

[ FW ] Sungai Taviu di "Tagal"


Catatan perjalanan sepanjang Fieldwork & Fieldtrip Geology round Sabah kali ni, aku mulakan dengan lokaliti pertama. Kg Taviu, Kampung Wonod Telupid.Perjalanan yang dirancangkan tidak mengikut jadual.Sepatutnya kami bertolak jam 8 pagi, dan oleh kerana terdapat masalah berkaitan dengan bas, kami bertolak lewat drp masa yg dirancangkan.

Rasa mcm malas pula mo turun dr bas slepas tidur walaupun dalam keadaan yg tidak selasa. Ya lah, jika dibandingkan dengan tidur atas tilam dan bantal yang empuk. Turun saja dari bas, maka secara rasminya, kamera kompek cabuk aku mulala beraksi,menembak sana-sini.


member dr smjungpun tanya.."Tagal tu apa?"...Akupun dgn segera merefresh kepala otak ni dan jumpa jawapannya. Tagal ni merupakan satu tradis masyarakat di Sabah (xsemua tempat) dalam pengurusan biosfera. Ianya merupakan satu langkah menguruskan sungai disamping menjaga sumber akuatik di negeri Sabah. Pendek kata beginila, di sungai ni, korang xboleh sesuka hati menjala, memancing, mencandat,mengambur, mengail...apa2la yg bkaitan dgn aktiviti mengambil ikan dr sungai ni, mmg xboleh.Kalau korang buat juga, cnfm kena sogit. Sogit? Apa lagi sogit ni? Sogit ni banyak jenis.Tp dalam konteks ni, ianya membawa maksud denda la.Lebih kurang mcmtu.Sogit 1 ekor kerbau.Dan bila aku sendiri merayau-rayau di sungai tu, mmg sah la, sudah ada orang kena sogit.Masih bau lagi bangkai kerbau ni. 


Naa kannnn~..sapa suruh.Org ckp jgn p tngkap ikan di sungai ni, ko mau juga pigi.

Cantik kan, sungai ni?..

Digi Owh Digi

Sferoidal

Batu ni sbnrnya merupakan batu basalt kesan daripada letusan volkanik. Usianya adalah Late Cretaceous iaitu 99 hingga 65 juta tahun dahulu.Tua,kan??

Baju org kampung yg hanyut, atau di jemur?Eee..santut siapa tu?Bagus kamu mengaku.

Mesti semua pelik, knapala budak2 geologi pergi tempat2 mcm ni. Sbnrnya fldtrip kali ni adalah untuk Kursus Geologi Sejarah. So, kami belajar sejarah batuan di Sabah, Malaysia dan malahan dunia serta alam semesta.Seronoknya belajar Geologi Sejarah. Ala, mcm belajar sejarah sekolah menangah.Bezanya, dalam s kursus ni, kami belajar sejarah bumi.Jangan xtahu, sebenarnya Sabah ni dahulunya berada jauh di dasar laut.Haa~terkejut bukan?Bacala entri2 aku lepasni k.Ada benda yang akan buat korang smua terperanjat dan xsangka-sangka...Aku bagi hint2 la sikit k.Sabah ada Gunung Berapi.Di mana?..Nanti la aku cerita.Akupun mo tidur ni.Ngantuk.Esok banyak kerja lagi yg perlu di buat.Daaa~~

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)