Click and Donate

April 20, 2012

RIP Rosaily Tupit (1984-2012)

Tahun Lepas(xingat tarikh)

Zyla call, bgtau dia akan ke Sabah bsama rakan2 1 opis+family dorang.Wah! excited gila aku bila dgr tu.Zyla bgtau, Rosaily Tupit (Lily) rakan satu sekolah aku dulu join skali.Lily ni, Sabahan tp kerja d JPS Putrajaya.Satu officela ngan Zyla.Stlah 10tahun, inilah kali pertama aku bjumpa Lily, sblum ni cuma bhubung melalui facebook saja.

Bila dorang tiba di Sabah, akupun spti biasa akan salam  & peluk mmber (pmpuan sja la).Perkara pertama yg muncul dr bibir Lily masatu.

Lily : Ui  apa kabar ko Tiza(Agaknya dia lupa, masa skolah dlu kwan2 panggil aku Kid) .lama suda kita jumpa kan  .Berisi suda ko owh..hehehe~

Aku :Yg mmg begini la ini.Dulu ko ingat ka?Sayat lampau kurus ni.Sampai kalau bjalan pun xstabil ni.

Itula kali pertama aku dapat tgk kembali senyuman yg sama, cara bercakap yg sama dan cara dia ketawa yg sama setelah 10tahun.Banyak lagi la perbualan selepas tu sbb kami sama2 mbantu rakan2 dr smjungni menelusuri Pasar Philipine dan Pasar Ikan Kota Kinabalu utk membeli barangan dibawa balik ke Semenanjung. Bila petang, kami lepak di First Beach,Tanjung Aru sambil menikmati air kelapa di tepi pantai.

Aku duduk di antara Lily & Zyla.Mmg best la masatu, diapit dengan 2 mmbr lama.hehe~
(Zyla, pic ko sngaja aku xupload, kang ko marah plak kat aku yg comey nih)



Masa dorang mo balik smjung tu, sempat aku salam dan peluk Lily..

Lily :"Tiza, xtau lagikan bila ko dapat jumpa saya lg"


4 April 2012
Masa tu, aku tgh drive dr DKP Baru menuju ke UMS Library.Zyla (mmber 1opis smasa sama2 berkhidmat bsama Unit Khidmat Teknikal (UKT), KKLW di Wilayah Persekutuan Putrajaya) call.Bgtau dia mo datang ke Sabah, melawat rakan sekerja yg tgh sakit.Kebetulan rakan yg tgh  sakit tu, aku kenali.Rosaily Tupit (Lily).Kami pernah bersekolah yg sama, SM Teknik Likas,Kota Kinabalu, dan pernah tinggal dalam dorm yg sama juga. Wah gembiranya a bila dapat jumpa kawan lama ni.Xsabarnya.Dalam masa yg sama, aku agak terkejut juga bila dgr berita yg Lily tgh sakit.Hajat dihati mmg mo p melawat.Ttp terhalang oleh jadual yg sungguh padat.Nantila aku p melawat Lily,kalau dia sudah kluar ward, aku dan member p melawat di rumah mertua dia la.Kg Kolupis, Penampang.



18 April 2012
Ptg td, aku skip Lab Basic Geology 2 utk jemput 2 member (Zyla & Kak Nida)  di Terminal 2.Aku direct dr class ke terminal dgn perut yang kosong.Lapar sangat.Kbtulan Zyla & Kak Nida ni pun tgh lapas.Dlm kapalterbangpun, dorang cuma cium bau makanan org sja.huhu~Aku bawa dorang makan di Restoran Kak Nong di Habour City.Lepas makan dan beli buah tangan, kitaorg gerak ke Hospital Queen Elizabeth untuk melawat Lily.Jarak dari Habour City xla jauh mana pun.Jam 4.20ptg camtu kami smpi d ward TB.(Atas Bukit) Rupanya xboleh pula parking di atas tu.Tpksala turun bawah cr parking haram (tepi jalan), supaya xjauh bejalan .Aku parking kereta dan sempat lagi menulis kata2 semgata untuk Lily,tumpang2 card dr Zyla dan budak2 opis dia.Aku mendaki bukit bersama2 Zyla & Kak Nida untuk berjumpa Lily.

Akula org yg paling xsabar mo jumpa Lily ni.Ya la..mmber lama juga tu.Xsabarnya aku mo bcakap sma dia.Wlaupun lama dia di smjung, keSabahaan dia tu xpandai hilang.Cayala Lily.Begitula ba kalau org Sabah ;) Kamipun masuk dalam ward.Lily ditempatkan dalam bilik yg bercermin dan dapat diperhatikan dari luar.Hampir luluh jantung aku masatu.Air mata berderai secara tiba2.Nelson, husband Lily, nampak kelibat Zyla & Kak Nida dan signal supaya tunggu sekejap.Kamipun faham, sbb masatu doktor yg merawat, tgh check Lily.

Dr cermin yg memisahkan antara ruang bilik dan kaunter tu, aku dpt tgk Lily dalam keadaan yg sangat lemah, bernafas dgn bantuan oksigen, badannya yg semakin menyusut.Difahamkan Lily letih setelah menjalani kemoterapi semalam..Lama juga la kami menunggu..ntah mo brapa org doktor kluar masuk bilik tu.Masing2 check Lily.Kami dapat tgk doktor scan jantung Lily.Lajunya jantung Lily berdegup.Hubby Lily nampak tabah.Dlam bilikktu juga kami nampak Mummy Lily. Btambah lagilah kesayuan aku masatu.Besarnya pengorbanan seorang yg bergelar ibu, menjaga anaknya sejak kecil.Air mata mummy Lily aku lihat bjatuhan juga masatu.

Bila Nelson signal kami sudah boleh masuk bjumpa Lily,kamipun xbuang masa, trus masuk.Lepas bsalaman ngan fmly Lily dan bagi buah tangan, Zyla mintak kbnaran dr Nelson utk bcakap gan Lily.Lily duduk di kerusi sebelah lily dibaringkan dan dalam masa yg sama, Nelson mengusap kepala Lily dan membisikkan sesuatu kepada Lily (mungkin cuba untuk memberitahu Lily akan ketibaan kami masa tu).Ya Allah, tabahnya suami Lily ni.Lepas Zyla, giliran Kak Nida dan seterusnya giliran aku.

Aku pegang jemari Lily,sejuk.Lily semakin kurus.Di lenganya banyak kesan tusukan jarum akibat proses pengambilan sampel darah dan sebagainya..Bahu Lily,ku pgang dan aku minta dia supaya kuat,aku xdapat tahan sebak aku...Lily xda bagi respon, nafasnya turun naik, matanya sedikit terbuka tp xda gerakan anak matanya tu.Aku dpt nampak juga,air mata Lily mengalir.Mungkin Lily hanya dapat mendengar,tp xdapat bg respon.Mmg masa tu suasana agak sedih.Ya lah, siapa yg xsedih bila tgk keadaan kawan mcmtu.Lepastu, nurse check Lily skali lagi dan ambil sampel darahnya.

Bdasarkan pemeriksaan doktor sebelum kami masuk tadi, terdapat air pada jantung Lily dan airtu perlu dipam keluar.Xlama lepastu, kami diminta tunggu diluar.Lily perlu di bawa kebahagian lain untuk pembedahan tu.Kami tunggu diluar dan sehinggalah Lily dimasukkan dalam Ambulans.Mummy Lily hanya mampu melambai kepada kami, xmampu untuk berkata-kata lagi.Tabahnya Mummy Lily ni.Lepas ambulans bgerak, kamipun balik keteratak aku.(Thanks Zyla & Kak Nida sbb sudi bermalam di rumah aku, walaupun ianya serba kekurangan).Sepanjang malam fikran aku menerawang memikirkan keadaan sahabat yg bernama Lily.Modul Meaning In Communication Context ku buka dan try baca sbb esok aku aku ada midterm untuk modul tu.Harap2 smuanya okey.Xputus-putus aku panjatkan doa akan Lily disembuhkan.

19 April 2012

Lepas mandi dan sarapan,kami gerak ke Hospital Queen.Aku tpksa hantar Zyla & Kak Nida dulu ke hospital tu sebelum aku ambil test.Lepas test nnti, aku akan kehospital semula untuk ziarah Lily dan berharap agar Lily sudah sedar dan boleh bercakap bsama kami.Mo cari ward yg dimaksudkan punyala susah.Aku siap call kakak aku yg pnah bkhidmat di hospital tu dulu sblm ditransfer ke Tuaran.Diapun xtau.Ingat2 lupa.Aku try ja la pergi tempat yg akak aku maksudkan.Xda tmpt parking la pula.Penuh.Tu pun untuk kereta hospital dan kakitangan sahaja.Aku minta bantuan Zyla untuk tanya staff dalam bangunantu, smntara aku dan Kak Nida tunggu dalam kereta.Sbb mmg xda ruang langsung utk parking kereta.Tunggu jak la di jalan tu.Bila tgk ada kereta dibelakang kereta aku, akupun gerakkan kereta dan akan kembali semula ketempat yg sama untuk jemput Zyla.Xsampaipun 2 minit rasanya, Hubby Lily, call kak Nida.Suara kak Nida bertukar nada, dan masatu aku pun tgk cermin, tunggu Kak Nida bersuara.

Kak Nida : "Lily dah meninggal"..

Ya Allah, rasa mcm mo pengsan ja masatu.Aku teruskan memandu dengan linangan air mata, dan begitu juga Kak Nida yg duduk di belakang.Kami ambil  Zyla tempat di turun tadi.

Zyla : "Ha betullah tem...."

Zyla berhenti dari meneruskan ayat yang seterusnya.Dan memandang kami yg sedang menangis.

Aku : "Lily dah xda"

Kami masing2 mengucap bbrapa kali untuk menenangkan diri.Rasa mcm xpcya Lily sudah tiada

Aku : "Korang p dulu la ya.Nanti aku abis test, aku p sini"

Masa jawab test tadipun air mata aku bjatuhan.Tpksa tunduk saja dan aku kluar awal sikit.Pergi PPIB utk tgk tajuk Speech Midterm English. Dan terus ke KK.Otway, Zyla text aku bahawa jenazah Lily akan dihantar ke kg halamannya.

Aku xsempat untuk menatap wajah Lily untuk kali terakhir.Tp xpa la, semalam aku sudah jumpa dia.Semoga Lily tenang di sana.Semangnya Lily seorang sahabat yg baik, lembut bicaranya dan sopan kelakuannya.

Lebih sedih lagi, xlama dahulu,Lily dgn tidak rela terpaksa menggugurkan kandungannya yg pada masatu berusia menghampiri 7 bulan atas nasihat doktor kerana bimbang kandungan tersebut akan menjejaskan Lily.Isteri mana yg xsedihkan, bila terpaksa berbuat demikian.RIP Angel Nelson Michael.Lily meninggal dunia kerana menghidapi Cancer Paru-paru Stage 4

Dari Easter N. Syafeeqa
Dear All, Thank you for all the condolences.Im sorry if am unable to reply you all. Thank u for the sms, msg, calls, watapps, fb thank u, thank u for ur kind thoughts. We pray for her soul to rest in peace and may all her loved one especially her husband is given strength to go on in life. My brother Nelson we are always here with you. For those who wish to give the final respect the funeral mass will be at Kolopis tmrw morning.


Dear Lily,
Thanks sbb jd kawan yg baik & xpernah walau sekalipun menyakit hati.Ko sntiasa jaga perasaan orang lain sampai kadang2  ko biarkan diri ko sndiri terluka.Sifat rendah diri dan lemah-lembut ko tu yang mmbuat semua orang senang dengan ko.Kami betul2 rasa akan kehilangan ko Lily,semoga ko tenang disana.
 
                                                                                  From :     Khatizah,Zyla & Kak Nida


4 comments:

Tanpa Nama berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

THANK U FOR LOVING LILY

Serenity berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

sedih sgt tak dpt jumpa lily d saat nafas terakhir dia... ktika dia sakit sy ngan kawan2 y lain lansung tak ada y lawat dia... :( sehari sblm dia meninggal perasaan sy sgt kuat y lily dlm keadaan kritikal... sy kol kawan y berada dekat kk utk mengajak kawan2 y lain utk melawat lily dekat hspital queen & kawan2 pun da merancang utk pergi melawatnya ... tetapi keesokkan harinya dia da pergi meninggalkan kita smua....

Tanpa Nama berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

sy syg kak lily...
tak akn hilang kak lily dalam ingatan..

Tanpa Nama berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

sangat tersentuh dihati...
terima kasih kerana sudi berkongsi saat2 terakhir kamu dan dia.
kawan kamu adalah kawan kami juga.
kami pun sangat merinduinya. semoga dia sentiasa aman di sana.
love you lily. from me Es

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)