Donation

Januari 14, 2011

AF9 adalah yg terakhir



AF?? Apa tu? Aletrnative Frequency ka?..Mustahil xtahu.Tu la Akademi Fantasia.Start April ni, AF akan memekik lagi d speaker tivi masing2. AF Musim ke-9 ni merupakan yg terakhir..Kenapa?

"Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata keputusan menamatkan program itu dibuat kerana Astro mahu meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton mereka. "

Emm~mmg sesuaila sangat.Rakyat patik pun bosan sbb tiap2 tahun...sama saja.

Semuanya patik ambil dr Berita Harian k.Terusakn membaca.Membaca amalan mulia.

Keputusan tamat program kerana Astro mahu teroka format baru

KUALA LUMPUR: Program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang bakal memulakan siarannya April depan akan menjadi program AF yang terakhir.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata keputusan menamatkan program itu dibuat kerana Astro mahu meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton mereka.
“Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan AF. Bagaimanapun keputusan untuk menamatkan program ini tidak ada kena mengena dengan kritikan yang sering dilemparkan serta rating yang semakin jatuh," kata Azlin ketika ditemui pada majlis sidang media di sini, semalam.

Mengenai desas desus mengatakan komposer dan penerbit terkenal dari Indonesia, Erwin Gutawa, bakal menjadi pengetua AF musim baru itu, Azlin enggan mengulas perkara berkenaan.

Bagi musim kesembilan ini, AF akan memperkenalkan uji bakat menerusi dalam talian bagi memudahkan peserta, memandangkan sesi uji bakat dijalankan di dua lokasi saja pada kali ini, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur.

Peserta yang berminat bolehlah memuat naik klip video persembahan mereka di www.akademifantasia.com.my mulai hari ini.
Lapan juara yang dilahirkan menerusi program diperkenalkan sejak 2003 ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)