Donation

Januari 19, 2011

RM74,000 bertaburan di lebuh raya


Wah~ bayangkan duit bertaburan d jalanraya.Pastu kebetulan tuan hamba berada dilokasi tu.Adakah tuan hamba akan mengutip duit tu?atau abaikan saja?Slalu tgk dlm filem, duit btaburan, pastu orang ramai berebut2 kutip duit tu.Kejadian ni bukan filem..tapi betul2 berlaku.Duit syiling sebanyak RM74K.Wow!banyak tu~~Semua yg kutip tu, lelaki.Pempuan xda ka?haha~

Sumber : Berita Harian

REMBAU: Sebahagian daripada RM74,000 wang syiling bertaburan di tengah lebuh raya selepas sebuah pacuan empat roda yang mengisi wang itu dalam sebuah tong besar terbalik di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, sebuah Toyota Hilux dipercayai milik syarikat mengedarkan wang syiling kepada premis perniagaan di Melaka, terbabas sebelum terbalik ke tepi jalan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain.
Mereka kebanyakannya penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengutip syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen itu dengan memasukkannya ke dalam topi keledar, plastik serta beg yang dibawa.

Keadaan itu menyebabkan polis dan petugas PLUS menutup laluan itu selama lebih 10 minit bagi mengelak mereka dilanggar kenderaan lain, sekali gus menyebabkan kesesakan serius.

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)