Click and Donate

Jun 21, 2011

Kuching Trip Part 1

Flight dari Terminal 2 Kota Kinabalu Jam 8am dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit.Kami tiba di Lapangan Terbang Kuching pada 9.30am.Wah~skemanya ayat aku..

17 June 2011 (Jumaat) - Bermulalah pengembaraan yang menakjubkan antara Aku,En Husband dan keluarga kecik kami ke Bandaraya Kuching, Sarawak.Actually percutian pada kali ini sama mcm percutian2 sebelumni. Sebenarnya percutian yang kami buat ni adalah sekadar untuk suka2 dan atas idea bapa kitaorang.(Encik Osman).

Tunggu Masa Mo Check-In
Aku,apa lagi..tukang booking tiket.Mula2 mo p KL, uda inform Azura untuk atur penginapan dan transport sepanjang berada d KL.Tapi akhirnya xjadi pla.Bapa lebih suka ke Sarawak.Mama pula mo ke KL.Sudahnya, kemenangan berpihak kepada Bapa dengan menang majoriti.

Aksi Mas menggayakan "Bahai"(Plastik Bising)

Beberapa hari sebelum percutian keluarga ni bermula,Mas(kakak aku) mengalami sedidkit kecederaan pada bahagian kak semasa sesi latihan Netball.Tp berdegil juga mo ikut kami p Sarawak. 
Darwisy (Awisy) dan kakaknya Dania(Kaka/Nanak/Podong)
Ha~ni anak buah aku yg memang menggamatkan suasana dengan hilai tawa dan tangisan masing-masing.C kaka ni memang moody dan bossy sikit.Pembuli no 1.Nanti ada masa, aku upload vid dia lagi. Awisy pula cepat merajauk dan manja.Mmg comel bila tgk dia merajuk.Mudah memberikan senyuman kepada orang lain.Walaupun dia xkenal orang tu.

Utk Makluman, yg bdiri di belakang tu.,xda pertalian keluarga dengan kami, k.
Beraksi sebelum di Sound oleh kakitangan AirAsia -"Maaf Cik, disini tidak boleh ambil gambar"..
Saja suka2 ambil gambar.Memang tau akan ada staff Air Asia tegur "Maaf cik, disini tidak boleh ambil gambar".Saja ja..supaya Staff tu ada kerja dan berlari-lari mendapatkan kami.hahaha~Rasanya xda masalah pun kalau ambil pic tempattu.Bukan Kapal tu boleh meletuppun..~Kan?kan?kan?~

Laki bini..sama ja..trip2 cute
Main Tapuk-tapuk 

Ijan mmg suka betul melayan 2 anak buah dia bmain-main.Dalam kapal terbangpun boleh lagi main tapuk2(sembunyi2) sama Awisy.
Besarnya Sungai Sarawak..padanla ada bujang senang.Sbb, senang2 jak dia mo berenang di sana.
Beberapa minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kuching, aku sempat minta tolong Ijan Capture bbrapa pic.Ni lah antarnya.Beasr gila Sungai Sarawak ni.


Besar juga Roundabout tu.Boleh buat Taman Perumahan ditengah-tengah

Yeah~sampai sudaa~
Kuching Signboard

Selepas melepasi pemeriksaan Imegeresen dan mengambil bag yang diletakkan di cargo, Bapa bertindak pantas menyewa 2 buah teksi untuk menghantar kami ke Hotel yang telah ditempah 2 minggu lebih awal.Abell Hote.Pemandu teksi bertanya  “Hotel Abell atau Abell Residence?”Wah~ada beza kah antara keduanya?Kalau silap cakap, habisla aku.Akupun dengan yakin menjawab “Abell Hotel”..Aku menjadi rujukan segala tempat tinggal dan tempat2 yang akan dikunjungi sepanjang berada di Kuching.(Sbb aku yg membuat segala research ttg tempat penginapan,pelancongan dan tempat makan di sana berpandukan entri2 rakan blogger dan Laman sesawang perlancongan Sarawak).Silap2 pilih..habis aku..haha~


video


Abell Hotel

Sewa sebuah teksi dengan kadar RM28.50 sehala.2buah teksi..jadinya RM57 la.Perjalan dari airport ke Hotel mengambil masa cuma setengah jam. Buat pertama kali juga, aku menembak berbekalkan camera  model Nikon dan Camera Handphone yang tidak seberapa.Penting bagi aku untuk menembak gambar Abell Hotel yang akan kami duduki selama 3 hari 2 malam.Sebagai seorang yang amat tertarik kepada nilai estitika sesebuah bangunan..bagi aku..design hotel ni mmg cantik dr segi luarannya.Dari segi dalaman..xtau lagi, sbb belum masuk..huhu~..Layanan yang kami terima mmg cukup istimewa.Kakitangan hotel tersebut mmg cukup peramah dan bell boy hotel tu mmg cukup bersopan santun.



Darwisy yg keletihan dan pakcik2 yg trip2 ensem


Oleh kerana kami tiba terlalu awal..Hanya sebuah bilik yang boleh kami gunakan sbb 2 bilik lagi, sedang dibersihkan.Bilik pertama, mama memutuskan agar aku dan suami tinggal dibiliktu, bersesuaian dengan tema Honeymoon kami.hahaha~Segala beg ditempatkan dalam bilik aku dan kami akan turun mencari  makanan untuk sarapan
Berkampung di bilik aku & En Asben
Beg.Datang Sarawak 6 bag..bailk ke Sabah mesti lebih drp 6


Aku, Encik Asben dan Ijan memulakan langkah pertama menyelusuri Bumi Kenyalang.Perut tengah lapar.Singgah bakery di Tun Jugah, bertentangan dengan Sarawak Plaza.Sempat capture bbrapa pic berganti2 ditempat yang sama.

Sangat seronok dapat berborak bersama walaupun cuaca di bandaraya Kuching agak terik masa tu.Kelihatan kaunter 24jam KFC di Sarawak Plaza.Wah~ini mmg sah2 xkan kebulur
Posing wajib (Menyembunyikan lemak dagu)
Ensemboi la kunun

Selang 10minit, Mas&Suami (Guy) bersama 2 bala tenteranya menyusul.Nampak sangat kelaparan.Beli bun juga sebelum Lunch.Dan sama seperti kami, bgambar berlatar belakangkan Sarawak Plaza


Awisy dan Pakcik Jan

Xlama lepastu, mama dan bapa menyusul dan lantar kaki digerakkan meneroka perut Sarawak Plaza
Pengantin Purba
Menahan Lapar
Awisy pencubit tersohor
Posing sakit pinggang.
Online
Tun Jugah?Kenapa tidak Tun Tijah?Hehe~

Mas yg sakit kaki akibat terseliuh semasa Netball selection, secara automatic jd sihat bila Nampak Shooping Complex. 
Pastu peruts lapar la pula.Mo cari tempat makan best, xtau.Ingatkan senang2 la mo makan laksa atau Mee kolok di Kuching ni.Bila perut meronta minta makanan, KFC juga yang dipilih.Kedai makan banyak, Cuma timbul rasa was2..halal atau tak.Jalan selamat, KFC.Rasa pelik bila ayam kat KFC tu kecik2.Biasa aku share ngan En Asben, snack Plate..xhabis makan.Mungkin secara kebetulan stock ayam2 besar sudah habis ditempah masatu
Ayam Kepsi yg belum cukup umur

Kenyang perut, balik hotel dan tunaikan Solat Fardhu Zuhur.Van sewa telah diatur untuk perjalanan esok hari ke Pasar Serikin dan Kedai Kek Lapis.Yang paling excited adalah akak dan mama.Sebab telah dikhabarkan bahawa Pasar Seikin tu syurga bagi wanita yg suka membeli-belah.Lupakan tentang hari esok..


Lokasi malamni, adalah Waterfront.Ingatkan sama mcm Esplanade di Sipitang,Kg Halamanku.Rupanya, lagi jauh.Lenguh kaki berjalan.Disepanjang Waterfront tu, kelihatan peniaga2 membuka gerai makan dan menjual kraftangan dan gambir.

Malam
Mcm Mama & Anak2

Mas memeriksa keadaan kakinya yg bengkak  sambil diperhatikan Dania
Perahu penambang  

En Asben bertemu dengan member lamanya semasa menuntut dulu.Sama2 SLPK, tp member yg bernama Ben tu, terpaksa mencari kerja lain setelah dikeluarkan daripada SLPK selepasa patah kaki akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya.Tp, kuasa ALLAH yang akan memberikan rezeki kepada setiap umatnya, Ben mendapat perkerjaan di PGA, Sarawak.Dan kini beliau pun sudah berumahtangga, seminggu lebih awal dari tarikh pernikahan aku dan En Husband

En Husband dan bestfriendnya (Ben)
Hadapan James Broke Bistro


(Cmana kunun mo rotate pic ni?xaku pandai)

Berlatar belakangkan bangunan DUN Sarawak

Sarawak Cruise
xsempat naik, bgambar pun jadila~



Si Mabuk dan Busker
Apa yang menarik perhatian aku adalah pemuzik Jalanan/ Busker yang sangat best.Hanya dengan instrument Acustic Guitar,Percusion,Mini seksofon dan maracas versi modern, ianya mampu menggamit sesiapa saja yang melalui tempat tu.Lagi seronok bila si”mabuk” menari bersama.Pecah perut aku gelak.haha~Masa balik, sempat beli key-chain sbg ole2 untuk member2 di Sabah.Tgk jam..alamak..padanla lapar, rupanya dah dkt jam 11 mlm.Kerana kesangsian halal dan xhalal, sekali lagi KFC jadi pilihan untuk makan malam.Dan balik hotel~

..bersambung Part 2..


2 comments:

Mus berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

memang besar bulatan di area kuching..

Bunda Awwa berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

bestnya..jeles hehe bila la sampai p sana...cepat sambungan part 2 lg

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)