Donation

Jun 06, 2011

Waja Yg "Lidut" & Salesman Yg "xpandai membaca"

PAGI

Mood hari Isnin ni agak terganggu.Awal pagi, terlewat bbrapa minit masuk office.Rasa geram dengan sebuah kereta Waja yang telah di'sukan'kan..Sport la kunun~.Tp heran juga knapa la pandu slow sangat.Tahu la kawasan kampung, tp agak2la.Xda halangan didepan, xda basikal, xda motor,xda budak2 skolah d tepi jalan.Cuma kereta dr arah yg bertentangan saja yg ada.

Kalau xda kereta dr arah bertentangan, awal2 lagi aku sudah over take.Perjalanan sejauh 3km dari taman perumahan ke Jalan utama yg sepatutnya ambil masa kurang 10 minit, jadi 20minit gara2 Waja yg dipandu sorang mamat pada kelajuan yg tidak wajar ditemani aweks/cikaro/bini.Bercinta2 pula dalam kereta.Aku tgk side mirror,pergh..banyak kereta bersusun di belakang, ada yg xsabar dengan selamba membunyikan hon kereta masing2 berkali-kali.

Akupun bg signal la supaya mamat ni boleh beri laluan.Mula2 aku hi-beam...pastu Signal...Huh~xfaham juga...Geram dowh! Aku pun cucuk2 belakang kereta dia dengan harapan dia dapat la pandu laju sket.Dia buat xtau plak.Aish~!(bukan ajak racing ya, sbb kereta aku d reka bukan untuk tujuan racing.Kapasiti enjin pun xla cukup utk berlumba.Cukupla sekadar asal kereta tu dapat p dan balik kerja, aku sudah bersyukur).

Ada jak peluang utk overtake, aku pun memecut,dan sempat tgk muka mamat tu.Dia pun tgk aku mcm aku yg salah.Cis! Aku pun hangin, lantas membunyikan hon kereta aku yg xseberapa tu.Maik aih?! Boleh2 pula dia keluarkan penumbuk dan jari tengah ditegakkan.Aku dengan selamba, race2 kereta aku.Ngam2 exhaust standard kanc aku di tepi tingkap dia.Makan asap la ko bro.Skali boleh pula dia mmecut kejar aku. Aik?Ingatkan kereta dia tu xblh pandu laju.Nasib la kereta aku kecik,boleh main cilok2 dan menghilangkan diri dr dikejar mamat tu.Hehehe~Mesti mamat tu panas ngan aku.Lagi2 aweks dia ada kat sebelah.Xsempat dia mo tunjuk yg dia tu hebat.Hahahaha ~~ ( Harap2 esok dapat main cilok2 ngan ko lagi la)

PETANG

......" Boleh saya tau siapa yang in-charge di sini?....

Kelihatan kelibat sorang mamat kurus tinggi lampai ditemani 2 akak yg xberapa cute masuk dalam opis aku.Siap tekan bell lagi (sbnarnya bell tu sdh lama tidak berfungsi). Tgk jak muka dan cara dorang berpakaian, aku assume dorang ni PEMBANCI dr Jabatan Perangkaan.Siap bawa2 file lagi.Akupun layan la..Ikuti perbualan aku dan mamat tu.

Mamat : Boleh saya tau siapa yang in-charge di sini?

Aku : Ah?...(xfaham soalan)...Ow tiada dia (Teringat Kak Liz yg sdg cuti bersalin)

Mamat : Xpa la kak.Saya Faizal dari bla~bla~bla...saya ingin menerangkan promosi dari syarikat kami.Percuma kak

Aku :..(Hampeh! Salesman rupanya.Pandai baca atau x ni, atau dia xnampak "No salesman" d pintu tu.Xpa, nnti ko.)..Owh~free la ni kan.Xpayah bayar langsung..Okey~ (Mcm berminat)

Aku pun biarkan dia berbuih mulut explain benda yg dia mo jual tu dr A smpi Z.

Mamat : ...bla~bla~bla (penerangan selama lbh kurang 10minit)...dan kami ada satu lagi pakage yg mana kakak cuma perlu bayar RM29.90 dan kakak akan dapat kesemuanya.Jika dikira, semua servis ini melebihi RM150.Bukankah untung tu kak, berbanding dengan hanya membelanjakan RM29.90 untuk kesemuanya.

Akak 1: Ya Miss, ambil la tu.Memang untung Miss (Masa minah ni menyampuk, mcm mau jak aku hempuk kepala dia sama Punch Kertas aku yg warna pink tu)

Aku : Naaaa~bayar juga kan?.Tadi bilang free.

Mamat : Iya la kak.Mau bayar jugala sikit

Aku : ..(senyum2 sambil alihkan perhatian ke PC dan pura2 bz)..Owh, kalau begitu, ndakla..Ndakpa lah.Ko p tanya la yg ada kereta d dalam tu.

Mamat: Semua dorang bizi kak.D bawah pun, bizi dorang smua ni.

Aku: Owh~Ia mmg dorang tu.Bz..bnyk kerja.Kesian pula dengan ko, xda org layan.Aku kesian juga sama ko, tu la aku layan ko ni sbb xda org layan ko.

Mamat :..(Nampak muka mcm xpuas ati)..Ini bukan pasal kesian atau ndak kak.Itu tandanya dorang tidak peduli akan keselamatan dorang.(Bunyi mcm perli)

Aku: Owh..ialah~~(melayan)

Mamat: Kalau kaka xberminat, xpa la kak.Terima kasih ya..
(masa ni, mcm gatal pula mulut aku mo cakap, "kalau xpandai membaca, saya boleh ajar.Tp xpula sampai ati.Huh~mood aku harini mmg betul2 terganggu)


Persoalannya, adakah kamu (salesman2) mmg dilatih untuk tidak menghormati orang lain.Maksud aku, tentang Notice "No Salesman" yg di lekat di pintu office tu..huhuhu~Nampaknya, notice tu xberkesan, atau kedudukannya terlalu tinggi?Emm xpa, kita buat plan B pla.Huh~ cerita Aku&Salesman xberkesudahan dan mungkin akan ada lagi entri ttg aku dan salesman selepas ni



0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)