Click and Donate

Julai 05, 2011

Kuching Trip Part 3 (Pasar Serikin)

Lepas breakfast dan menunggu,akhirnya Lan tiba juga bersama van Ford nya.Seorang yg cukup peramah dan membuatkan kami begitu selesa sekali sepanjang sesi lawatan tersebut.Chewah~mcm ayat journalis perlancongan pula ba. 

video
Semasa berada di Lobby Hote

Sebelum bertolak ke kuching, aku sempat juga print-out beberapa tempat menarik dan boleh dilawati disekitar kuching. Mama aku seperti biasa, dengan selamba akan berbual dengan slang dan accent Sabahnya, walau di mana juga dia berada.Kekeke~Salute sama mama.Memang selamba abis..Nasib juga org lain faham, apa yg dia cakap.Kami ni punya la susah mo tahan ketawa..



video
        Dalam Van, baru bertolak dari Hotel

Ni lah dia rupa2 pelancong dr Sabah.
Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Seikin hanya mengambil masa selama 1jam20minit. (Kelajuan standard la 80-100km/j). Dan Pasar Seikin ni cuma dibuka hanya pada Hari Sabtu dan Ahad Sahaja Bermula jam 7pagi sampaila lewat petang. Dan dinasihatkan agar siapa2 yg xtahan panas tu, bawa la payung.Xkisah la payung jenis apa pun.Janji dapat berteduh dari terik mentari.  Sepanjang perjalanan tu, aku cukup kagum dengan tahap kebersihan Bandaraya Kuching sehinggalah samapi ke Serikin. Aku rasa, negeri2 lain patut contohinya.Memang bersih.Dan mama aku selaku pesara Jabatan Pertanian amat mengkagumi sikap penduduk yang mengambalkan konsep "Bumi Hijau". Apa barang tu "Bumi Hijau"?...

Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19 Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.
Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik dan menarik.
Baca lebih lagi di sini
Sepanjang perjalanantu kita akan dapat meyaksikan kerajinan penduduk yang bercucuk tanam segala jenis sayuran di halaman rumah. Sebelum bersara, mama aku pun mmg mengamalkan konsep Bumi Hijau di rumah kediaman kami di kampung.Dan hasilnya sekarang, agak memberangsangkan.Cakap mau apa saja, semua ada disekeliling rumah.Limau kasturi, Bunga Kantan, Serai, Limau Purut,Lengkuas,Mangga, Longan, Kedondong,Pisang,Nenas,Lada,Pokok Daun Kari, Pandan.....pergh..mmg lengkap. Kalau rumah di kk ni, jangan harap la.Semua kena beli. Tu la pasal, kalau balik kg saja, mesti tapau semua tu dr kampung.Jimat~.

Mama tengah mengenalpasti lokasi untuk dilawati selepas ni.
Menuju ke Bau


Awisy dan Datuk
Ada apa dengan Serikin??Kamu semua harus ke sana sbb mmg berbaloi dan xrugi.Kenapa??

Deretan gerai di kiri dan kanan sepanjang lebih kurang 2km 
Barangan Semuanya Murah dan boleh tawar menawar
Dapat merasai situasi berada di Indonesia


No Pendaftaran Indonesia. KB=Kalimantan Barat.

Antara barang dagangan yang terdapat di Pasar Serikin: 

1)Segala Jenis Bag
     -Ciplak@tiruan..mmg banyak pilihan.Baru2 dan pelbagai jenama.Kebanyakkannya dibawa dari Indonesia.Boleh tawar menawar sampai korang jadi beli.
     - Handbag, Backpackers,Travelling Bag,Laptop Bag, Pouch Bag,Wallet,Purse

2) Telekung
    - Telekung pelbagai pilihan.Mcm2 pesen.Kerawang2..dari indonesia juga.Harganya juga murah2.

3) Tikar & Tottoo
     - Tentunya  para ibu2 mmg naik gila bila tgk harga tikar dan totto di sini.Rasa mcm mo borong semua saja ni.Mama akupun hampir2 memborong.hehe~

4) Barangan Antik
    -Para penggemar barangan antik seperti jamxtangan dan dinding, seterika, periuk,curut, lampu,radio dan yg paling best..ada jual kamera lama. Jenama kegemaran aku..Nikon.Tp lupa pula tanya harga.
 
5)  Baju & seluar
    - Baju,seluar jeans,blouse pelbagai jenama juga mudah didapati di sini.Confirm murah kalau pandai tawar-menawar.Baju yg kalau dipasaraya biasa dengan kualiti kain yg sama. yg selalunya berharga RM40,di Pasar Serikin, boleh dapat separuh dari harga tu.Akupun terkejut dan bagai xpercaya.Dapat beli baju RM20 sehelai..

6)  Perfume
    - Kalau jual di gerai2, mestila tiruan.Aku ada beli satu dan tahan juga la bau dia dari pagi sampai ke petang.Boleh dapat RM10 sebotol.Xkirala apapun jenama.

7) Senjata dan Periuk Belanga
    - Yg ni, bapa2 & ibu2 tentu suka sekali. Puas memilh senjata seperti parang dan kelengkapan memasak seperti periuk belanga.Murah..mcm di Tawau juga.

8) Makanan Basah
    - Dihujung Pasar Serikin tu, dijual pelbagai jenis bahan masakan, buah-buahan,kerepek, dan macam2 lagi la..

9) Madu
    - Madu pun ada jual.Siap bawak Sarang Lebah lagi untuk tunjuk madu tu betul2 asli.Macaman mo tau madu tu asli atau tak? Senang saja: -
  •  Permukaan madu mempunyai buih-buih halus, Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya,
  •  Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli,
  • Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais, Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
Panduan dari:
* Pegawai Penyelidik FAMA, Azmi Ishak dalam Khasiat Madu Lebah Tualang,


Aksi lenggang2 kangkung pasangan abang dan adik ipar
Koboi Sabah sesat di Serikin..hahaha~


Rambang mata..Paling mahal..beg tabung haji mama..
Kebanyakkan yg datang ke Serikin ni, adalah dari golongan pelancong juga.Mcm kami..
Handbag ciplak..murah2.Lagi murah daripada biasa.
Beli helmet baru..Dapatla merempit lagi walaupun bukan helmet Appolo..
Manis tak madu ini??~(Mcm Jep Sepah)
ciplak~mmg la murah
Rumah tumpangan pun ada..
Mcm pahlawan.Main keris
Waduh~waduh Wak Anto..
Sebijik mcm di Indonesia
Bakso mbak~bakso
"Madu ini mmg manis, sayangnya harganya tidak berapa manis~"
Biar koyak~asal Levi's

Beginilah rupanya gerai-gerai di  Pasar Serikin

Telekung murah dan cantik

Fenomena biasa
Ibu2 sedang mensurvey harga kuali,periuk belanga
Panas.Tgk, langit pun biru.xda awam.
Nikon
En Husband sedang mentry test kamera 

Kami difahamkan oleh Lan, bahawa perjalanan sejauh 45minit perjalanan dari Pasar Serikin, akan membawa kita ke sempadan Sarawak Indonesia. Charter Motorsikal dari Serikin Ke Sempadan tu adalah RM15 bagi motor biasa, dan motor 3 roda (mcm ala2 becha tu, boleh letak barang banyak sikit) akan di kenakan bayaran RM40. Kalau mahu ke Indonesia, sediakanlah Pasport.Kalau x, hah~siap la.

.......bersambung Part 4.....

2 comments:

florence seli berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

Hi,
Nak tau, berapa servis caj van from hotel to pasar serikin ye???

edja berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

@florence seli hi =) saya pun xsure la, brapa RM.Sbb haritu kitorang sewa van utk 1 hari. RM300/hari

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)