Click and Donate

Ogos 20, 2011

Belajar Bahasa Brunei


Sebagai sorang anak berbangsa Brunei (Brunei Kg Guruh-Guruh Sipitang + Kg Laut Benoni Papar) aku terpanggil untuk berkongsi bahasa ibunda yg telah aku gunakan dari kecil sampaila skang ni. Akupun bukannya pro sangat berbahasa Brunei ni, memandangkan aku hidup secara nomad (Wah~mcm zaman batu pla ni taw). Mama dan bapa sering ditransfer dr satu daerah ke daerah yg lain.Tp kira okey jugala..aku dapat belajar basic bahasa lain..bahasa bajau,dusun,suluk,bugis,idaan,bisaya..emm mmg banyak la.Syukur sangat hidup di bumi Sabah..

Ok..berbalik kepada sesi pembelajaran kita.Aku buat dalam bentuk dialog.So, sapa2 yg mahu belajar bahasa brunei tu, bolehla eksyen sikit bila berbual dgn kawan berbangsa brunei nnti..haha~Kalau ada kesilapan, tegurlah aku.Bersama kite memartabatkan bahasa Brunei.



Aku bagi 1 situasi perbualan antara aku dan sorang babu (makcik) di tamu (pasar minggu).

AKU : Assalamualaikum Bu.Apa abarnya?Batah inda keliatan ah,kemana kita kan ?
AKU : Assalamualaikum Makcik.Apa khabar?Lama tidak nampak,makcik pergi mana sebenarnya?

BABU : Waalaikumussalam.Eh,kau rupanya Tijah.Alhamdulillah..camani tah, orang tetua.Sakit batisku Lai.Atutah ku nada.Di kikih bah ku sebatah puasa ani.Sungkai arah bis si Jaki.
BABU : Waalaikumussalam.Eh,kamu rupanya, Tijah.Alhamdulillah.Memang macamni kalau orang sudah tua,Sakit kaki aku, sayang/anak.Sebabtu la aku tiada.Sejak puasa ni, aku pergi KK.Berbuka puasa di rumah Jaki

AKU : Owh..padan tah jua rumah kita atu bepatang saja.Batah kita di sana Bu? Bisdia inda mulih ke sipitang kah ari raya ani?
AKU :Owh, padanla rumah makcik tu gelap-gelita.Lama kah makcik di sana? Dorang tidak balik Sipitang kah hari raya ni?


BABU: Barutah jua 2 minggu ku d sana.Si Jaki bepadah, raya ke 3 baru tah ia mulih ke sipitang.Begilir pulang bisdia atu.Tahun ani, raya pertama sampai raya ke 3, arah bininya ia beraya.
BABU :Baru saja 2 minggu aku di sana.Jaki beritahu, hari raya ke 3 barulah dia balik ke sipitang.Dorang tu, ikut giliran.Tahun ni, dari hari raya pertama sampai la hari raya ke tiga, dia berraya di rumah isterinya.




Cukuplah utk kali ini.Belajar cara Org Berbangsa Brunei bertutur.Skarang akan dedahkan pula kamus org Brunei

RUMAH
Kabat : Tutup
Tabuk : Jendela
Tambak : Dapur
Antakkan : Jerangkan
Kudut : Pinggan
Aing = Air


BUAH
Piasau = Kelapa
Kepayas = Betik
Sikui = Tembikai

WARNA
Taruk Tarung = Ungu
Gadung = Hijau
Pacah Talur = Kuning Telur

LAIN-LAIN
Ambung = Sombong
Damit = Kecil
Kuyutan = Buaian
Kantung = Beg
Bekuruh = Berdengkur
Karit = Lokek
Mun = Kalau
Iski = Teruja
Kanyat-Kanyat = Berdenyut
Kajar-kajar = Ketar
Lampuh = Gemuk
Buntak = Pendek
Mengalai = Menari
Beibun = Bergurau
Karap-karap = Berkelip
Ingar = Bising
Bekurapak = Bercakap
Bekunyanyang = Membebel
Tuyu = Lembab
Damal = Lembap
Menyamal = Merajuk
Kepisan = Pengsan
Kebukuan = Tercekik
Mengalih = Penat
Gugur = Jatuh
Belusir = Berlari
Kamah =Kotor
Mulih = Pulang
Siring = Tepi
Ampas = Pukul
Temparik = Petir

Cukupla untuk kali ni, ada masa..aku akan sambung lagi sesi belajar bahasa brunei ni..chow~












1 comments:

Bunda Awwa berkata... [Rasa Mcm Mo Comment Plak]

wah like2 ada lg kah boleh kak tambah pengetahuan bahasa brunei ni

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)