Donation

Jun 20, 2010

.:: 1st time naik kapal Terbang ::.


Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer Everybody can fly. Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?
Aku: Kelas ar Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.

Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?

Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok.. no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..
Aku: Kapal tak on lagi kut nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal. Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik? Ada masalah?
Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie.. Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku.. ... dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang

Jangan menyakitkan hati orang lain dengan menanye banyak kali

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)