Click and Donate

Jun 20, 2010

Tiket Keretapi


Tiga orang guru matematik dan tiga orang guru sains pergi kursus bersama menaiki keretapi. Di stesen keretapi tiga orang guru matematik membeli tiket mereka masing-masing tetapi guru2 sains pula hanya membeli satu tiket sahaja.

"Macamana kamu boleh pergi kalau hanya beli satu tiket untuk kamu bertiga?"..Tanya salah seorang guru matematik kepada guru sains... "Kamu tengok jela nanti" Jawab guru sains ringkas.

Mereka berenam menaiki ke dalam keretapi. Guru2 matematik duduk di tempat masing-masing dan kelihatan guru2 sains berhimpit2 masuk ke dalam bilik air. Setelah keretapi bertolak konduktor keretapi berjalan mengutip tiket, dia mengetuk pintu bilik air dan berkata "TIKET!..TIKET!". Pintu terbuka dan hanya sebelah tangan kelihatan menghulurkan tiket. Konduktor tersebut mengambil dan beredar. Guru matematik melihat adegan tersebut dan merasa bahawa guru2 sains tersebut amat bijak.

Setelah selesai kursus guru2 matematik ingin mencuba cara guru sains buat lalu hanya membeli satu tiket untuk pulang. Tetapi yang pelik nya guru2 sains tersebut lansung tidak membeli walau satu tiket... Lalu guru2 matematik kehairanan dan bertanya "Macamana kamu nak balik kalau lansung tidak membeli tiket?"..Dengan bongkak guru sains menjawab "korang tengok je la nanti"...

Setelah mereka menaiki keretapi guru2 matematik berhimpit di bilik air dan guru2 sains juga berhimpit masuk ke dalam bilik air yang lain. Dan keretapi pun bertolak... Setelah seketika salah seorang guru sains keluar dari bilik air dan pergi kedepan pintu bilik air yang guru2 matematik bersembunyi. Guru sains itu mengetuk pintu bilik air tersebut dan berkata "TIKET..TIKET"

0 comments:

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)