Click and Donate

Disember 01, 2010

3 Lelaki KUAT dan Jin

Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu berkepit kemana saja. Tapi ketiga tiga mereka mempunyai kegemaran berlainan.

Si A suka main segala jenis perempuan
si B pula suka minum segala jenis arak
si C pula suka segala jenis rokok dan benda benda yang berasap

Satu hari ketiga tiga sahabat ini berjalan jalan ditengah tengah padang pasir. Tiba tiba ketiga tiga mereka terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin). Lalu salah seorang mengutip nya lalu menggosok gosok cerek tersebut. Tak semena mena keluar asap berkepul kepul dari corong cerek tersebut dan asap tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan ia itu seekor Jin yang ganas.

Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha ha, Aku lah jin aferit. Oleh kerana kamu telah membebaskan aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan setiap satu dari kamu." Tiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan peluang dan kemahuan masing masing yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap tiap mereka memilih kemahuan mengikut kegemaran masing masing.

Berkata si A, "Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dari berbagai bangsa dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun". Puffff dengan sekelip mata Jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing seperti mana yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, bila terbuka saja maka keluarlah si A dengan keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak gerak lutut sebab hari hari main. Tiba tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati.

Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka, maka keluar si B dengan perut yang tersangat buncit kerana hari hari mabuk. Jalan pun terhuyung-hayang. Tiba-tiba si B pun jatuh ketanah lalu mati.

Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba tiba si C keluar dengan keadaan sihat seperti sedia kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun si Jin dengan berkata... ... ... ... ..

























"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN. BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API."

0 comments:

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)