Click and Donate

Disember 30, 2010

Buah yg menjadi pertanyaan??


Jom kita story2 pasal c munyit/kuya/ambuk dan c kucing ni

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kucing..


Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu..

Kucing : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau!
(Monyet merasakan bahawa kucing pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

kucing : Aku rasa jawapannya ialah... . GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

kucing : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu... . Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

kucing : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

kucing : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

kucing : Salah..

Monyet : Rambutan

kucing : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

kucing : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah... . apa jawapannya?

kucing: Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

kucing : Tu.. kau dah buat pertanyaan... .. Ini bermakna buah epal lah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

wakakaa~

0 comments:

cLick IkLan uTk kEtErAnGaN LanJuT

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)