Donation

Disember 28, 2010

Punca Sakit Kepala

Rentetan daripada kesakitan melampau terhadap kepala patik kelmarin, patik ingin mempersembahkan kepada kalian semua tentang punca2 sakit kepala yg kita hidapi.Are U ready guys??

Punca Pening :
1. intrakranium,
2. ekstrakranium,
3. organik
4. psikogenik.

Apa barang tuh??

intrakranium
disebabkan jangkitan seperti encephalitis, meningitis atau abses (pengumpulan nanah daripada tisu rosak atau jangkitan) pada otak, ketumbuhan dalam otak, masalah trauma seperti pendarahan di luar selaput otak dan pendarahan di dalam otak atau migraine (disebabkan dilatasi atau pengembungan saluran darah ke otak).

ekstrakranium
berpunca daripada ketegangan otot pada bahagian kepala, rabun, sinus atau jangkitan telinga, sakit gigi atau masalah tulang sendi leher

organik
disebabkan demam panas, darah tinggi, penyakit lupus atau neurofibromatosis.

psikogenik
Psikogenik pula boleh berpunca daripada masalah ketegangan (tekanan) atau kemurungan.


Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.



0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)