Donation

Mac 22, 2011

Hantu Kak Limah Balik Opis


Harap maaf kepada blogger2 dan non-blogger yg menyinggah d teratak blog patik yg usang ni, kerana mendapat layanan yang kurang memuaskan.Lama sudah xupdate blog.Busy memanjang .Banyak kerja ba.Na kan~cakap Sabah suda ni.

Tajuk entri patik kali ni agak pelik.Saja jak ba.Buat saspen.huhu~Kami warga KATA General Engineering mmg terkesan dgn watak2 dalam HKLBR.Terutamanya watak Usop, bekas penari kebudayaan yg terbawa-bawa kelembutannya dan kakinya lumpuh selepas digilis mesin pembajak padi sehingga dia terpaksa menggunakan welca (wheelchair) utk bergerak.

Tidak padan dengan kakinya yang lumpuh itu, mulutnya pula ‘jahat’ selain pada masa ‘syok’ pula dengan Hussin lakonan Awie. Melucukan ketika dikejar hantu, kaki yang lumpuh jadi elok dan boleh pula mengangkat kerusi roda.

Siapa sbnarnya Usop ni? Jom kita berkenalan dengan beliau.Nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri atau Shy8. Mengenai pembabitannya dalam seni, Shy8 berkata, kerjayanya dalam bidang seni bermula sebagai penyanyi apabila menerbitkan album sendiri berjudul Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996 dengan menggunakan nama Syed sahaja.

“Dalam album itu, semua lagu dan seni kata dicipta dan dituliskan oleh saya sendiri. Disebabkan beberapa perkara yang tak perlu dijelaskan, saya kecewa dengan industri ini, dan beransur-ansur cuba keluar dari kepompong seni.

“Selepas itu, Shy8 kembali menjadi manusia biasa bernama Syed Mohamad Asri dan bekerja di sebuah syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas. Jadi sejak itu, pembabitan saya dalam bidang seni agak terbatas kerana tugas dengan syarikat ini,” katanya.

Shy8 menjelaskan dalam filem Zombi Kampung Pisang, watak Usop dianggap dalam proses suaikenal kerana ketika itu di kelilingi oleh nama besar seperti Awie, AC Mizal, Que Haidar dan Ezlynn.

“Watak Usop adalah satu eksperimen saya. Tapi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, watak Usop sudah di kenali. Apabila Mamat memberi tanggungjawab yang lebih kepada Usop, saya gunakan peluang ini untuk menjadi yang lebih.

“Alhamdulillah semua usaha saya berbaloi. Di atas berkat kesabaran selain dorongan dan bimbingan Mamat bersama sokongan rakan pelakon turut banyak membantu menjadikan Usop makin di kenali,” katanya.

untuk pengetahuan, HKLBR mencatatkan kutipan RM4.2 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya.Wah..banyak owh.Tahniah Mamat Khalid.Lepasni, buat la lagi filem yg kelakar.

Sumber: bharian

0 comments:

Donate

Isi Mengandung

anak buah (1) anniversary (1) artis (4) cuti (8) e (1) eksaited (10) family (2) fieldtrip (6) gaduh (3) geology (4) gosok (1) honeymoon (1) ikan (1) ilusi (1) isteri (5) jawatan kosong (2) kemalangan (3) kereta (3) laporan (1) laptop (1) Lawak (4) midterm (1) Movie (2) nikon (1) pasar (1) perkahwinan (3) pinjaman (2) pregnant (6) PTPTN (1) puasa (1) resipi (1) sabah (1) solat (1) UMS (5)